Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Thursday, 14 May 2015

Mat Said Dedah 1MDB Mahu Cagar Minyak dan Gas Terengganu

Tidak sejuk lagi tentang kontroversi pembelian tanah 1MDB-1Malaysia Development Berhad oleh pihak Lembaga Tabung Haji, kini mantan menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said atau nama popularnya dikalangan rakyat Terengganu Mat Said mendakwa pihak 1Malaysia Development Berhad pernah ingin mencagar kekayaan minyak dan gas asli di laut Terengganu, tapi keputusan tersebut ditarik balik, lapor Sinar Harian.

Mat Said berkata urusniaga tersebut hampir dilaksanakan sewaktu syarikat tersebut mempunyai hubung kait dengan Terengganu Investment Authority (TIA) ketika penubuhannya pada awal tahun 2008.

Menurutnya lagi, beliau turut dimarahi oleh Datuk Seri Najib Razak ekoran penarikan kembali pelaburan tersebut atas beberapa masalah yang dihadapi

Dibawah merupakan laporan dari Sinar Harian :

KUALA TERENGGANU – Sidang Dun Terengganu dikejutkan dengan pendedahan bekas Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bahawa 1Malaysia Development Berhad (1MDB) cuba mencagarkan hasil minyak dan gas Terengganu, dan rentetan sehingga beliau dimarahi Perdana Menteri.

Adun Kijal itu berkata, 1MDB asalnya Terengganu Investment Authority (TIA) tetapi menarik diri apabila terjadi permasalahan yang tidak dapat beliau terima, iaitu cubaan mencagar hasil minyak dan gas di perairan Terengganu. 
“Saya memohon maaf, buat masa ni saya tidak dapat menjawabnya, tapi saya tunggu masa sesuai. Saya akui betul, 1MDB asalnya TIA, Terengganu Investment Authority bukan agensi yang modalnya berbayar dan saya dan kerajaan negeri yang bayar.

"Tetapi apabila kita dapati hanky panky (perkara tidak betul), ada permasalahan yang tak boleh kita terima, termasuk saya boleh sebut di sini buat permulaan ini dulu. Inilah satu sebab kenapa saya dimarah Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), termasuk kes-kes lain, akhirnya kita menarik diri dan kerajaan negeri tidak rugi apa-apa, saya minta balik wang RM1 juta sebagai modal berbayar ketika itu. 
"Ini sebagai penjelasan permulaan, tiada yang tidak benar, melainkan benar belaka Yang Dipertua,” jelas beliau dengan panjang lebar yang mendapat tepukan wakil pembangkang.

Ahmad menjawab soalan lisan Satiful Bahri Mamat (Pas-Paka) mengenai hubungan 1MDB dengan Kerajaan Negeri Terengganu ketika membahaskan titah sultan sempena Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Dun ke-13 di Wisma Darul Iman, semalam. 

Semenjak diturunkan daripada jawatan menteri besar setahun lalu, inilah kali pertama Ahmad menyertai perbahasan dan kesempatan itu, beliau memilih menyerang kerajaan dengan pendedahannya itu. 

TIA ditubuhkan pada 2008 untuk mengendalikan wang royalti minyak negeri dengan pelaburan dalam dan luar negara bagi menjamin kelangsungan pendapatan negeri pada masa depan. Selain itu, Ahmad dalam perbahasannya turut mempersoalkan penemuan kawasan medan minyak di Blok PM307 Bertam yang disahkan berada di kawasan perairan Terengganu.

Katanya, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman perlu memikul amanah rakyat bagi mendapatkan kepastian Kerajaan Pusat mengenai status telaga minyak Bertam itu. 

“Saya pernah tulis surat kepada Petronas untuk mengetahui status kawasan itu, walaupun kita tahu telaga ini milik rakyat Terengganu, tetapi Petronas membisu tanpa sebarang jawapan. 

“Kawasan medan minyak yang terletak 120 kilometer dari Pantai Geliga yang mana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah sebut ia ditemui di Pahang, dan saya menafikan, kerana ia adalah hak Terengganu,” katanya. 

Beliau berkata, syarikat dari Sweden yang menemui minyak itu, Lundin Oil mengeluarkan hasil pertama pada 4 Mac 2015 dan kini menghasilkan kira-kira 4,000 hingga 5,000 tong minyak sehari. 

“Ini melibatkan empat telaga daripada 15 telaga minyak di kawasan berkenaan yang mana secara keseluruhannya, Bertam boleh keluarkan kira-kira 18,000 barrel sehari. Kita percaya ini perkara pokok kerana ia pendapatan tambahan kepada Terengganu,” katanya.

Saturday, 11 April 2015

Jam Tangan Rosmah Mansor Berharga RM400 Ribu Ringgit

JAM TANGAN ROSMAH MANSOR BERHARGA RM400 RIBU RINGGIT. Harga jam tangan Wanita Pertama Malaysia, Rosmah Mansor mencecah RM 400, 000.

Gambar Jam Tangan Rosmah Mansor
RM400 RIBU JAM TANGAN ROSMAH

Jam Tangan Rosmah Bernilai RM 400 Ribu

JAM RM400,000, buat sekian kalinya Malaysia berbangga keranamu Rosmah. Rosmah Mansor nama yang tak henti terukir di bibir seluruh rakyat Malaysia. Belum pernah ada Isteri Perdana Menteri yang sebegitu popular.

Jenama Jam Tangan Rosmah Mansor

Saya dengan ini tanpa berselindung menyatakan sokongan dan bangga saya terhadap Datin Seri Hajjah Rosmah Mansor. Beliau benar – benar membuat Malaysia bangga dan sesungguhnya kita tidak malu apabila wanita pertama Malaysia ini berada di tengah-tengah isteri-isteri pemimpin dunia.
Terbaru tersebar gambar oleh pihak pembangkang yang iri dengan wanita pertama Malaysia yang menunjukkan kononnya beliau menggunakan jam tangan Richard Mille ‘Diamond Cruncher’ yang mana menurut carian internet harganya mencecah RM 602,500. Fahamilah semua ini lambang
kebanggan negara.

Seperti mana jika atlet mewakili negara sudah tentu kita memastikan ia dilengkapi peralatan terbaik begitu juga Ibu Rosmah Mansor dengan aksesori seperti jam tangan tersebut sudah tentu Malaysia berbangga kerana jika dia berdiri sebelah Presiden Amerika sekalipun pasti imej wanita pertama Malaysia jauh ke depan dengan dibantu aksesori mewah seperti jam tersebut.

Barangan Mewah  Palsu Isteri Perdana Menteri Adalah Buatan China

Saya kecewa apabila ada puak puak – puak tertentu yang cuba membela Ibu Rosmah dengan cara bodoh apabila menyatakan yang kononya jam dan aksesori mewah yang dipakainya buatan China dan palsu.

Ya, saya datang dari organisasi yang diasaskan oleh che GuBard yang terkenal dengan pendedahan menyerang yang kononnya dikatakan pemborosanIbu Rosmah. Saya bersetuju dan kagum daya dengan che’GuBard menyusun anak muda tetapi dalam bab menyerang ibu Rosmah saya tidak bersetuju.

Koleksi Barangan Mewah Wanita Pertama Malaysia

Che’GuBard pernah mendedahkan perihal baju bulu, cincin, beg tangan, kasut, penginapan hotel dan lain lain perbelanjaan mewah Rosmah. Kalau Chincilla Fur Coat itu benar berharga USD 44990 yang dipakai Ibu Rosmah apa salahnya?

Kalau pun 11 beg tangan Rosmah antara RM638 ribu hingga RM5 juta, apa salahnya ? Kalau pun cincin belian RM24 juta itu milik Rosmah, apa salahnya ? Dia Wanita Pertama Malaysia dia layak, kita ini siapa ? Hanta rakyat biasakan.

Kepada semua rakyat apa salahnya kita berkorban dengan susah sedikit asalkan wanita pertama Malaysia terus boleh berketerampilan hebat di mata dunia. Teruskan Ibu Rosmah ramai anak muda bangga dengan kamu, biarkanlah kami ini susah tidak mengapa.

Percayalah saya ikhlas !
Hj. Osama
Penyelaras
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kelantan

Tulisan Umum
Solidariti Anak Muda Malaysia
(Segmentasi Kelantan)
9 April 2015

Thursday, 21 June 2012

PERUBAHAN SOSIAL(MALAYSIA VS MEXICO)


1.0 PENGENALAN
Sains sosial ialah satu kajian sainstifik mengenai manusia dan masyarakat.Dalam masyarakat,manusia akan berhubungan dengan orang lain berdasarkan tingkah laku tertentu.Tumpuan kajian sains sosial ialah ke atas tingkah laku manusia dalam kelompok serta segala institusi dan sistem kawalan yang diwujudkan untuk mengawal perhubungan antara manusia dalam kelompoknya.
Dr. Abdul Rahman Embong mendefinasikan sains sosial adalah satu bidang yang amat luas jangkaannya.Ini kerana di dalamnya terdapat pelbagai jenis sub-disiplin ilmu iaitu sosiologi,antropologi,sains politik,ekonomi,psikologi,geografi dan sejarah.Pengetahuan yang terdapat dalam sains sosial pula dapat di gunakan untuk menyelesaikan masalah yang timbul(Wan Abdul Halim Othman,1983)
Konsep sains sosial adalah berkaitan dengan fenomena sosio-budaya manusia merangkumi proses sosial,interaksi,sosial,kebudayaan,susun lapis sosial dalam masyarakat,proses pembentukan personaliti,pembangunan ekonomi dan keadilan sosial.
2.0 Definasi Perubahan Sosial
Perubahan sosial adalah suatu proses perubahan individu atau kelompok daripada satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yang lain dalam satu sistem stratifikasi sosial.Terdapat beberapa dimensi perubahan sosial iaitu perubahan dari segi arah,massa,unjuran dan tandingan.Dan untuk mencapai perubahan sosial ianya dipengaruhi oleh beberapa faktor tertentu iaitu pekerjaan,pendidikan,perkahwinan,individu dan lain-lain.
2.1Definisi Pembagunan
Pembagunan boleh ditakrifkan dengan pelbagai pandangan maksudnya pembagunan itu sendiri boleh dijelaskan secara meluas dan ianya mungkin membawa maksud yang berbeza antara masyarakat,budaya dan negara.Namun halatuju maksudnya adalah sama iaitu untuk mengenalpasti cirri-ciri masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pembangunan kehidupan sesebuah masyarakat dan menjadikannya sebagai sebuah negara yang dihormati dan mampu berdikari dalam semua lapangan.
3.0 Perubahan Sosial Dan Pembangunan Di Mexico Dan Malaysia
3.1 Perubahan Sosial dan Pembangunan di Mexico
Berdasarkan sejarah Mexico,diktator Porfirio Díaz telah berjaya membimbing negara Mexico ke zaman perindustrian semasa pemerintahannya antara tahun-tahun 1878 - 1911. Namun demikian, beliau mentadbirkan negara dengan kuku besi dan mengharamkan sebarang pilihan raya bebas dan menyekat kebebasan akhbar. Kedua-dua ini, bersama-sama dengan pengawalan seangkatan tentera yang kejam, kemudiannya menjadi pencetus utama Revolusi Mexico (1910-1920).
Revolusi Mexico menyaksikan pemindahan kuasa antara sebilangan pemimipin yang mencuba untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang stabil namun kerap digagalkan oleh pergolakan yang baru. Pada asasnya, persengketaan ini berlaku antara puak liberal reformis dengan puak yang lebih radikal, umpamanya perjuangan  untuk pengagihan semula tanah dan pendapatan kepada rakyat miskin terutama kepada gologan petani dan pekerja serta menuntut agar sistem pemerintahan yang lebih adil kepada semua rakyat.
Dalam tempoh Revolusi Mexico yang berlangsung selama 10 tahun, antara 1.5 - 2 juta orang Mexico dijangka terkorban, iaitu lebih kurang seorang bagi setiap lapan orang Mexico. Namun di sebalik sebilangan tragedi yang berlaku, revolusi ini amat bermakna kepada rakyat Mexico kerana ia telah berjaya menghasilkan Perlembagaan Mexico 1917. Selepas revolusi ini tamat, kerajaan Mexico yang baru telah menumpukan perhatiannya terhadap pembinaan semula infrastruktur negara.
3.2 Perubahan Sosial dan Pembangunan di Malaysia
Masyarakat Melayu mengalami perubahan struktur dan organisasi setelah Tanah Melayu dijajah seluruhnya oleh Inggeris. Penjajahan Inggeris memperkenalkan bukan sahaja dasar-dasar baru dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan lain-lain,tetapi juga nilai-nilai baru yang terselindung di sebalik dasar-dasar tersebut. Orang Melayu, sama ada secara sedar atau tidak, turut mendokong nilai-nilai tersebut setelah menerima secara paksa atau secara paksa rela dasar-dasar penjajahan dalam bidang-bidang yang disebutkan di atas.
Pertembungan elemen-elemen baru yang diperkenalkan oleh penjajah dengan amalan-amalan tradisi orang Melayu, banyak mewujudkan konflik dan kontradiksi. Konflik dan kontradiksi ini, terutamanya atas paras nilai, berlarutan hingga ke hari ini walaupun negara kita telah bebas dari cengkeman penjajah. Ini kerana, pengaruh Barat dan nilai-nilai dari Barat terus melanda, malah menjadi kian dominan. Program-program pembangunan dan perindustriaan yang dilancarkan oleh negara-negara membangun termasuk Malaysia hari ini,masih mengambil model Barat.
Begitu juga dengan perkembangan teknologi maklumat menjadikan dunia kini semakin kecil. Segala perkembangan yang berlaku terutamanya, di negara-negara maju di Barat, akan tersebar dengan begitu cepat di seluruh dunia termasuk Malaysia.

4.0 Perbezaan dan Persamaan
4.1 Perbezaan
Dari segi pakaian tradisional
Sebelum kurun ke-20, wanita Melayu hanya memakai kain kemban sahaja.Tetapi, setelah kedatangan Islam, mereka mula memakai baju kurung yang lebih sopan.Baju kurung lazimnya diketahui sebagai sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Ianya meliputi seluruh tubuh, memperlihatkan wajah dan tangan sahaja,dilihat sebagai mematuhi peraturan berpakaian Islam.Baju kurung boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Kebiasaannya pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau tudung kepala.



Pakaian tradisional bagi kaum lelaki ialah baju Melayu.Baju Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang.Pakaian ini selalunya dipadankan dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang dan songkok.
Baju Melayu bagi rakyat Malaysia terbahagi kepada dua, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang.Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut.Baju Melayu Teluk belanga biasanya lebih terkenal di kawasan selatan Malaysia. Potongan Teluk Belanga potongan lehernya dijahit secara sulaman.
Potongan Cekak Musang lebih terkenal di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan Cekak Musang iaitu bahagian penutup atau rumah butangnya adalah bertindan.Cara memakai baju juga Melayu Teluk Belanga biasanya sampin dipakai diluar baju.Cara memakai baju Melayu Cekak Musang ialah baju di dalam sampin.
          Di Mexico,pakaian  tradisional bagi kaum wanita dikenali sebagai Huipil. Huipil boleh digambarkan sebagai kemeja tanpa lengan atau boleh secara kasarnya dikata seperti guni. Secara umumnya, kapas digunakan untuk membuat Huipil, tetapi ada juga sesetengahnya mencampurkan bulu bintang dalam pembuatannya serta menyulamnya dengan bunga yang bewarna warni.
          Bagi lelaki pula,mereka memakai seluar dan baju bewarna  putih dengan bertali pinggang,selendang disekeliling leher, dan topi tempatan.Mereka juga memakai alas kaki yang dipanggil Huaraches .






Dari segi politik
Di Malaysia,bentuk pemerintahannya mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Pemilihan kerajaan berdasarkan pilihan majoriti rakyat melalui pilihanraya yang diadakan lima tahun sekali. Pentadbiran Malaysia merangkumi tiga badan yang diketuai oleh Yang Di Pertuan Agong iaitu Badan Eksekutif, Badan Perundangan dan Badan Kehakiman.
Keperlembagaan bererti kerajaan yang terbatas atau terhad. Dalam kata lain, keperlembagaan merujuk kepada sejauh mana kuasa kerajaan tersekat atau dihadkan, undang-undang negara dihormati dan hak asasi rakyat yang termaktub dalam perlembaaan terjamin.
          Di sesebuah negara berdemokratik, perlembagaan menetapkan struktur, fungsi dan kuasa sesuatu institusi kerajaan (seperti badan perundangan, badan kehakiman, badan eksekutif, tentera, polis dan agensi-agensi kerajaan). Sesebuah Kerajaan dikehendaki mematuhi peraturan serta prinsip-prinsip yang terkandung dalam perlembagaannya.
Perlembagaan Malaysia menetapkan corak pemerintahannya. Hak-hak individu (kebebasan asasi) juga termaktub dalam perkara-perkara 5-13 perlembagaan kita. Ini adalah untuk memastikan hak-hak itu tidak dicabuli oleh kerajaan. Di samping itu, perlembagaan juga menghendaki kerajaan menjalankan kuasanya mengikut peruntukan dan lunas-lunas yang dinyatakan dalam  perlembagaan.
Di Mexico,bentuk pemerintahannya mengamalkan sistem demokrasi Berpresiden.Pemilihan kerajaan adalah berdasarkan pilihan majoriti rakyat pilihanraya yang diadakan enam tahun sekali.Pentadbiran Mexico merangkumi dua badan yang diketuai oleh Presiden iaitu badan perundangan dan badan eksekutif.
Kerajaan berpresiden merupakan sebentuk kerajaan di mana pihak Eksekutif (yang terdiri daripada Ketua Negara atau Presiden dan ahli-ahli kabinetnya) tidak bertanggungjawab kepada badan perundangan
Di bawah sistem pemerintahan ini terdapat pemisahan kuasa di antara ketiga-tiga badan kerajaan ini,badan perundangan dan badan eksekutif merupakan dua badan yang berasingan iaitu, di sini kuasa eksekutif dan kuasa legislatif adalah dipisahkan mengikut prinsip checks and balances (sekatan and imbangan). Pemisahan kuasa antara kedua-dua badan ini menjadi pelindung terhadap kezaliman, penyalahgunaan kuasa dan pencabulan hak serta kebebasan  rakyat jelata.
Dari segi migrasi
Revolusi Mexico pada 1990,telah menyaksikan perhijrahan masyarakat di negara tersebut ke Amerika kerana berlakunya kekerasan sosial di Mexico.Kebanyakan masyarakat Mexico yang berhijrah ke Amerika telah menggunakan faktor ekonomi dan politik sebagai alasan utama mereka mengambil keputusan untuk berhijrah ke sana.
Di Malaysia pula,kestabilan politik dan ekonomi telah menyebabkan ramai yang berhijrah ke Malaysia.Mereka terdiri daripada pelbagai masyarakat seperti Indonesia,Vietnam dan lain-lain lagi.Mereka masuk ke Malaysia dengan tujuan untuk mencari pekerjaan,memulakan perniagaan dan sebagainya.
 Dari segi sosial
Di Mexico terdapat pelbagai kelas dalam masyarakat iaitu terdiri daripada golongan kelas atasan,kelas pertengahan dan kelas bawahan.Kelas atasan terdiri daripada golongan elit dan mereka berkongsi kehidupan sosial yang sama iaitu berkahwin sesama golongan sendiri ,menghantar anak-anak mereka ke sekolah swasta yang sama,dan bersosial disebuah kelab yang sama.Antara contohnya,ialah peguam dan peniaga-peniaga butik yang mahal.
Kelas pertengahan pula,terdiri daripada golongan peniaga kecil-kecilan dan guru.Bagi golongan ini,mereka memperolehi pendapatan hanyalah sedikit dan hanya mampu untuk cukup makan bagi mengelakkan mereka daripada jatuh miskin.
Kelas bawahan terdiri daripada golongan petani dan kebanyakkan golongan ini telah digariskan oleh kerajaan sebagai miskin terlampau.mereka tidak mampu membeli daging atau tenusu.Selain itu,ramai kanak-kanak mudah jatuh sakit kerana kekurangan makanan yang berkhasiat dan kekurangan kemudahan perubatan yang baik.
Di Malaysia,baik yang kaya mahupun yang miskin,mereka bersosial secara bersama-sama tanpa memandang taraf antara satu sama lain.Begitu juga dalam hal perkahwinan,kebanyakan masyarakat disini tidak memandang akan kelas sosial antara satu sama lain untuk melangsungkan perkahwinan.Ini adalah hasil daripada budaya dan peranan kerajaan yang sejak dahulu lagi sudah  menerapkan nilai-nilai murni dalam masyarakat.
Dari segi pendidikan
Pendidikan di Mexico dibahagi mengikut kelas sosial mereka. Para pelajar dari keluarga berada akan belajar di sekolah swasta yang lengkap dengan pelbagai kemudahan serta bahan rujukan manakala pelajar dari golongan miskin biasanya tidak mampu untuk pergi ke sekolah atau pergi ke sekolah yang serba kekurangan. Kaum yang paling terpinggirkan ialah kaum Indian. Pada 1990, diperkirakan lebih 40% penduduk Indian berusia lima belas tahun ke atas tidak boleh membaca. Ini telah mewujudkan jurang pendidikan yang ketara dikalangan rakyat Mexico. Namun pemerintah telah mencuba dengan sedaya upaya untuk menggalakkan perkembangan pendidikan di kalangan remajanya.
Antara lain, pemerintah telah menetapkan bahawa pendidikan adalah wajib sampai kelas enam.Malangnya akibat tekanan kewangan, kebanyakan pelajar dari kelas bawahan lebih berminat bekerja daripada bersekolah. Di Mexico, tiada undang-undang yang mewajibkan pendidikan menengah. Di sekolah rendah mereka mempelajari matematik, ilmu sosial,ejaan,tulisan, membaca dan sukan. Sedangkan nilai-nilai moral dan kekeluargaan di pelajari di rumah.Kepentingan menambah pendapatan melalui kanak-kanak yang bekerja dalam sebuah keluarga bermakna pemilihan antara “survival” dan pendidikan. Namun demikian, pada lima tahun belakangan ini kehadiran pelajar ke sekolah semakin bertambah.UNICEF(United Nations Intelligent Children in Eight Point One Federation) melaporkan 84% kanak-kanak yang memulai sekolah akan mencapai tingkat lima. Tingkat penyingkiran pelajar yang rendah bermakna lebih banyak remaja akan melanjutkan pelajaran yang tinggi dan ini akan membantu mengurangkan kemiskinan. Kini, lebih 8 juta remaja telah mendaftar di sekolah menengah, iaitu 2 juta lebih dari tahun 1994.
Di Malaysia,sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan perakuan Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan jawatankuasa ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.
Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992.Sehingga kini usaha untuk penambahbaikan sistem pendidikan negara terus diteruskan untuk mengikut peredaran masa dan keperluan.
4.2 Persamaan
Dari segi sosial
Dalam era globalisasi tanpa sempadan, komunikasi dan  penyebaran maklumat boleh dilakukan melalui pelbagai saluran dalam merencanakan pembangunan masyarakat. Kemunculan laman sosialseperti Facebook, Twitter, Myspace,Friendster dan Tagged sekarang telah menjadi kegilaan kepada masyarakat Malaysia terutama golongan remaja.
Golongan remaja sekarang sudah mula memilih untuk menggunakan laman sosial sebagai saluran interaksi di antara mereka.Facebook dan Twitter merupakan di antara laman sosial yang sangat popular serta paling digilai oleh golongan remaja.Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemunculan laman sosial ini seakan-akan menjadi fenomena dan kegilaan dalam kalangan masyarakat terutamanya remaja bukan sahaja di Malaysia dan Mexico bahkan di seluruh dunia.
Dari segi ekonomi
Pengaruh Kapitalisme terus bergerak ke seluruh dunia dengan menggunakan alasan pembangunan untuk melabur di dalam industri di sesebuah negara dan Malaysia dan Mexico tidak terkecuali mendapat perhatian daripada kumpulan kapitalis.Apabila disebut tentang kapitalisme, ia akan menggambarkan bagaimana terdapat individu, sekumpulan atau kelompok masyarakat yang mengambil kesempatan daripada keadaan untuk mengumpul kekayaan dan mempunyai matlamat untuk meraih keuntungan. Istilah ini telah mula diperkenalkan oleh Karl Marx pada abad ke 19. Kapitalisme adalah merupakan satu sistem ekonomi yang digerakkan oleh kuasa pasaran bagi menentukan pengeluaran kos, menetapkan harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan juga pendapatan. Kapitalisme sebenarnya telah lama wujud dalam sistem ekonomi dunia walaupun istilahnya hanya diperkenalkan oleh Karl Marx. Kapitalisme adalah konsep ekonomi yang telah berjaya mengukuhkan ekonomi England pada kurun ke 16 sehingga kurun ke 19.
Kapitalisme mengambil ruang dengan melabur ke dalam industri dan menggunakan tenaga pekerja untuk menjalankan aktiviti perindustrian. Golongan pekerja dilihat oleh Karl Marx sebagai golongan yang tertindas kerana terpaksa menggunakan tenaga mereka tetapi hanya diberikan pulangan yang tidak setimpal sedangkan golongan kapitalis meraih keuntungan yang besar. Bagi Karl Marx, ia adalah merupakan satu pengeksploitasian terhadap golongan pekerja dan ia perlu dihentikan kerana golongan yang kaya akan bertambah kaya dan golongan miskin akan terus dengan kemiskinannya. Karx Marx percaya bahawa hanya melalui revolusi golongan pekerja dapat menyingkirkan kapitalisme daripada sesebuah pemerintahan.
5.0 Rumusan
Perubahan sosial dan pembangunan di Malaysia dan Mexico memberi impak yang positif dan negetif serta mempunyai perbezaan dan persamaannya yang tersendiri.Namun hala tujuannya adalah sama iaitu untuk mencapai kemajuan dan membantu meningkatkan pembangunan kehidupan masyarakat dan menjadi sebuah negara yang dihormati dan mampu berdikari dalam semua lapangan.
Perubahan sosial dan pembangunan juga merupakan suatu perkara yang pasti akan dialami oleh setiap bangsa di dunia, baik pada masyarakat di negara maju,negara sedang membangun dan masyarakat dunia ketiga. Dalam era global, suatu masyarakat atau negara tidak mungkin dapat mengelak diri dari proses globalisasi. Jika suatu masyarakat cuba mengelak dari globalisasi, mereka pasti akan ketinggalan di belakang.
Namun,hal yang sangat penting adalah bagaimana sikap masyarakat itu sendiri menghadapi perubahan sosial dan pembangunan yang berlaku di negara mereka.Masyarakat harus lebih bijak menilai yang mana baik dan yang mana buruk supaya budaya yang unggul dapat di kekalkan dan pembangunan yang mapan dapat dilaksanakan.

TEORI KONFLIK

PENGENALAN
Sains sosial ialah satu kajian sainstifik mengenai manusia dan masyarakat.Dalam masyarakat,manusia akan berhubungan dengan orang lain berdasarkan tingkah laku tertentu.Tumpuan kajian sains sosial ialah ke atas tingkah laku manusia dalam kelompok serta segala institusi dan sistem kawalan yang diwujudkan untuk mengawal perhubungan antara manusia dalam kelompoknya.
Abdul Rahman Embong mendefinasikan sains sosial adalah satu bidang yang amat luas jangkaannya.Ini kerana di dalamnya terdapat pelbagai jenis sub-disiplin ilmu iaitu sosiologi,antropologi,sains politik,ekonomi,psikologi,geografi dan sejarah.Pengetahuan yang terdapat dalam sains sosial pula dapat di gunakan untuk menyelesaikan masalah yang timbul(Wan Abdul Halim Othman,1983)
Konsep sains sosial adalah berkaitan dengan fenomena sosio-budaya manusia merangkumi proses sosial,interaksi,sosial,kebudayaan,susun lapis sosial dalam masyarakat,proses pembentukan personaliti,pembangunan ekonomi dan keadilan sosial.
Perubahan sosial pula adalah suatu proses perubahan individu atau kelompok daripada satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yang lain dalam satu sistem stratifikasi sosial.Terdapat beberapa dimensi perubahan sosial iaitu perubahan dari segi arah,massa,unjuran dan tandingan.Dan untuk mencapai perubahan sosial, ianya dipengaruhi oleh beberapa faktor tertentu iaitu pekerjaan,pendidikan,perkahwinan dan individu.
 TOKOH UTAMA DAN TEORI
 Karl Marx (1818-1883)
Beliau adalah seorang ahli falsafah,ahli ekonomi dan ahli revolusi.Beliau telah terbuang dari Jerman kerana idea-ideanya yang radikal dan kemudiannya meninggal dunia di England.
.
Teori Konflik
Teori konflik adalah berlatarbelakangkan tafsiran-tafsiran sosiologi terhadap karya-karya Karl Marx.Teori ini adalah berbeza dengan teori fungsionalisme dimana ianya tidak bersetuju dengan konsep konsensus dan sosiologi yang bebas nilai.
Teori konflik juga bukan semata-mata sebagai satu cara analisis sosiologi tetapi ianya merupakan satu cara reformasi sosial.Konflik di definasikan sebagai penentangan secara langsung dan sedar antara individu atau kumpulan untuk mencapai matlamat bersama.Dalam situasi konflik,penewasan lawan dianggap lebih penting berbanding pencapaian matlamat.Selain itu,konflik juga adalah satu fenomena sosial yang penting.
Dalam pemikiran sosiologi abad ke 19,Comte dan Durkheim lebih mementingkan wujudnya unsur atau institusi yang lebih mewujudkan harmoni dan integrasi manakala dalam teori konflik,ianya lebih menekankan tentang konflik sebagai satu unsur utama dalam kehidupan sosial. Konflik dianggap perkara normal yang tidak dapat dielakkan.Sesetengah ahli teori berpendapat,konflik tidak memusnahkan tetapi berfungsi dengan membina dalam keadaan tertentu.
Menurut Karl Mark,punca konflik adalah berasaskan hubungan sosial dalam pengeluaran iaitu ciri penentangan di antara dua kelas yang berbeza,borjouis dan ploteriat.Konflik ini berlaku apabila terdapat hubungan yang berbeza terhadap sumber pengeluaran.Walaupun begitu,Karl Mark menganggap pergelutan kelas bawahan adalah satu  fenomena yang negetif akan tetapi ianya mempunyai fungsi untuk memperkukuhkan perasaan perpaduan di kalangan anggota sesuatu kelas. Dan juga adalah  suatu kuasa penggerak dalam sejarah manusia.
Umumnya,Karl Marx telah menganalisis hubungan masyarakat dan sistem kapitalis dan mencipta teori melalui penelitian terhadap proses perubahan sejarah.Pemikiran Karl Mark adalah berasaskan konsep materialisme sejarah.Menurut Karl Marx,sejarah keseluruhan manusia adalah dipenuhi oleh perjuangan antara kelas.
Teori  Marx ini  adalah bersifat evolusi dan revolusi.Evolusi didefinisikan melihat perubahan sebagai melalui tahap rendah ke tahap yang baru.Tahap baru sebagai lebih maju daripada sebelumnya.
Perubahan didefinasikan sebagai menuju kearah kemajuan.Revolusi pula didefinasikan perubahan yang berlaku secara mendadak.Yang mana,ianya melibatkan perubahan seluruh sistem masyarakat termasuk sistem politik dan ekonomi.

 Materialisme Sejarah
Materialisme Sejarah menjelaskan bahawa sejarah manusia ditentukan oleh material.Material di sini adalah benda yang mempunyai erti penting dalam masyarakat iaitu alat pengeluaran(means of production). Hal penting pada masa tersebut adalah siapa yang menguasai alat pengeluaran maka mereka akan menguasai masyarakat. Alat pengeluaran adalah setiap alat yang menghasilkan produk atau barangan. Para pemilik alat pengeluaran adalah orang kaya dan yang tidak memiliki alat pengeluaran adalah orang yang ditindas dan dipaksa bekerja. Dalam materialisme sejarahnya Marx mengungkapkan selalu adanya konflik antara pemilik dan bukan pemilik alat pengeluaran yang tiada henti-hentinya.
Marx membahagi lima kelas masyarakat berdasarkan means of production:
1. Masyarakat primitif:
 Alat pengeluarannya adalah tanah. Dalam masyarakat ini penindasan akan terjadi antara pemilik alat pengeluaran iaitu pemilik tanah dengan pengguna tanah atau petani.
2. Masyarakat fuedal:
Dalam masyarakat feudal ditentukan melalui pemilikan tanah.
 3. Masyarakat kapitalis:
Alat pengeluarannya sebagai industri.Konflik terjadi antara kelas borjuis dengan buruh.Perjuangan kelas adalah perjuangan antara borjuis dan ploteriat
4. Masyarakat sosialis:
Dalam masyarakat ini berlaku penentangan terhadap masyarakat kapitalis untuk menghapuskan pengekploitasian,kesengsaraan dan sebagainya.
5. Masyarakat komunis:
Dalam masyarakat ini kelas proletariat akan menang.

Masyarakat Kapitalis
Masyarakat Kapitalis telah muncul di dunia selepas sistem perhambaan Greek Tua dan Rom, dimana ianya telah menyaksikan perubahan dalam pemilikan tanah dan buruh.Pada kurun ke 16,dunia telah menyaksikan pertumbuhan sektor-sektor swasta,kebebasan individu, pengumpulan  kekayaan material dan sistem pasar.
Selepas revolusi industri,abad 19,aktiviti perniagaan yang berunsurkan nilai terhadap barangan,buruh dan tanah telah muncul.Kesan daripada revolusi ini,pemisahan antara pemerintah dan ekonomi inilah yang telah mewujudkan kebebasan individu daripada apa jua kongkongan.
Ramai pengikut Marx telah memperkembangkan ideanya terutama berkaitan dengan hubungan antara kelas.Tetapi ianya tidak di ikuti secara seratus peratus,pandangan Karl Mark telah di ubah suai oleh pengikutnya,yang mana  mereka yang menjadi pengikut kepada teori Karl Mark ini di kenali dengan panggilan Marxist,Marxian dan Neomarxist.
Dalam masyarakat kapitalis,pembahagian masyarakat terbahagi kepada dua komponen utama iaitu struktur atas dan struktur asas.Struktur atas adalah berdasarkan ekonomi yang mana ianya menjadi penentu kepada struktur-struktur yang lain dan penentu kepada struktur atas.Struktur atas pula adalah selain daripada ekonomi dan saling berkait dengan struktur asas.
Masyarakat kapitalis memandang kebebasan adalah suatu kepentingan bagi setiap individu untuk mencari keserasian antara dirinya dan masyarakat. Kerana mereka percaya,kebebasan adalah suatu pendorong yang kuat bagi pengeluaran kerana ianya benar-benar menjadi hak manusia yang menggambarkan kehormatan kepada setiap manusia.

Ciri-ciri masyarakat Kapitalisme
1.Sistem hak milik perseorangan
Punca-punca pengeluaran seperti tanah,modal,kilang,jentera dan lain-lain terletak pada segelintir tangan kaum pemodal.
2.Wujud sistem pasaran bebas untuk pertukaran barangan
Barangan dijual untuk mendapatkan keuntungan dan bukannya untuk memenuhi keperluan manusia dan masyarakat.
3.Pasaran Buruh
Tenaga buruh juga satu komoditi untuk dibeli oleh pemodal yang membayarnya dalam bentuk upah.Contohnya kilang.
4.Buruh menghasilkan kerja dan kerja lebihan
Kerja lebihan mewujudkan nilai lebihan.Dalam ekonomi kapitalis.berlaku penindasan yang mana ada kerja lebihan yang tidak dibayar upah oleh kapitalis tetapi diambil oleh mereka sebagai sumber keuntungan.
5.Wujud dua kelas utama dalam masyarakat
Kelas ditentukan berdasarkan kedudukan masing-masing atau kelompok dalam hubungan dengan punca pengeluaran.Sama ada sebagai pemilik(golongan atasan) atau bukan pemilik(golongan bawahan).

Ciri-ciri sosialisme yang dikehendaki
1.Kesaksamaan
Kesaksamaan dalam semua aspek kehidupan manusia adalah amat penting untuk mengelakkan masyarakat daripada berlaku bersaing antara satu sama lain dan seterusnya mewujudkan peluang yang sama dalam apa jua  perkara.
2.Hak milik dikuasai bersama
Punca pengeluaran haruslah dimiliki secara bersama supaya ianya tidaklah memandang kepada keuntungan semata-mata tetapi untuk memenuhi keperluan manusia dan masyarakat.
3.Kesejahteraan sosial
Tiada persaingan,penindasan antara masyarakat dapat mewujudkan persekitaran sosial yang baik dan seterusnya dapat membentuk satu masyarakat yang unggul.
4.Tiada penindasan kerana tiada pihak dominan
Kerana terdapat pihak dominan di dalam masyarakat dan punca pengeluaran,ianya telah menyebabkan berlaku penindasan didalam masyarakat.
5. Tiada kelas sosial
Paling penting adalah masyarakat tidak lagi berpecah,tidak terlibat lagi kumpulan kelas yang kecil yang memonopoli ekonomi serta kuasa politik.

 
3.0 RUMUSAN
Teori konflik membicarakan tentang peranan struktur sosial seperti soal pembahagian kelas,konflik,perubahan sosial,kuasa dan ideologi.
Selain itu,teori ini juga memperlihatkan peluang yang tidak sama terhadap sumber-sumber terhad yang ada dalam struktur sosial dan memperlihatkan bagaimana ketegangan berpunca daripada ketidaksamaan,yang mana,ianya memberi kesan kepada kestabilan dalam perubahan.Jesteru,teori ini melihat masyarakat dari perspektif konflik dan perubahan.
Untuk berubah,konflik tidak dapat dielakkan.Konflik boleh berlaku antara kelas atasan dan bawahan,juga boleh berlaku dalam kelas yang sama serta dalam keluarga mahupun kumpulan yang menginginkan perubahan.Dalam suatu konflik,situasi menang dan kalah akan sentiasa wujud.Situasi ini akan menyebabkan perubahan berlaku.Jesteru,ketegangan atau konflik dalam masyarakat akan menyumbang kepada perubahan sosial.
Teori ini meramalkan bahawa pada masa akan datang kapitalisme akan lenyap dan digantikan dengan sistem baru yang disebut sebagai sosialisme ataupun komunisme.Ciri unggul masyarakat dikatakan oleh Karl Marx ialah masyarakat tanpa kelas.Dalam masyarakat berkenaan,faktor-faktor pengeluaran adalah hak milik bersama,semua orang adalah saksama dan kesejahteraan sosial akan tercapai.