Showing posts with label mexico. Show all posts
Showing posts with label mexico. Show all posts

Thursday, 21 June 2012

PERUBAHAN SOSIAL(MALAYSIA VS MEXICO)


1.0 PENGENALAN
Sains sosial ialah satu kajian sainstifik mengenai manusia dan masyarakat.Dalam masyarakat,manusia akan berhubungan dengan orang lain berdasarkan tingkah laku tertentu.Tumpuan kajian sains sosial ialah ke atas tingkah laku manusia dalam kelompok serta segala institusi dan sistem kawalan yang diwujudkan untuk mengawal perhubungan antara manusia dalam kelompoknya.
Dr. Abdul Rahman Embong mendefinasikan sains sosial adalah satu bidang yang amat luas jangkaannya.Ini kerana di dalamnya terdapat pelbagai jenis sub-disiplin ilmu iaitu sosiologi,antropologi,sains politik,ekonomi,psikologi,geografi dan sejarah.Pengetahuan yang terdapat dalam sains sosial pula dapat di gunakan untuk menyelesaikan masalah yang timbul(Wan Abdul Halim Othman,1983)
Konsep sains sosial adalah berkaitan dengan fenomena sosio-budaya manusia merangkumi proses sosial,interaksi,sosial,kebudayaan,susun lapis sosial dalam masyarakat,proses pembentukan personaliti,pembangunan ekonomi dan keadilan sosial.
2.0 Definasi Perubahan Sosial
Perubahan sosial adalah suatu proses perubahan individu atau kelompok daripada satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yang lain dalam satu sistem stratifikasi sosial.Terdapat beberapa dimensi perubahan sosial iaitu perubahan dari segi arah,massa,unjuran dan tandingan.Dan untuk mencapai perubahan sosial ianya dipengaruhi oleh beberapa faktor tertentu iaitu pekerjaan,pendidikan,perkahwinan,individu dan lain-lain.
2.1Definisi Pembagunan
Pembagunan boleh ditakrifkan dengan pelbagai pandangan maksudnya pembagunan itu sendiri boleh dijelaskan secara meluas dan ianya mungkin membawa maksud yang berbeza antara masyarakat,budaya dan negara.Namun halatuju maksudnya adalah sama iaitu untuk mengenalpasti cirri-ciri masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pembangunan kehidupan sesebuah masyarakat dan menjadikannya sebagai sebuah negara yang dihormati dan mampu berdikari dalam semua lapangan.
3.0 Perubahan Sosial Dan Pembangunan Di Mexico Dan Malaysia
3.1 Perubahan Sosial dan Pembangunan di Mexico
Berdasarkan sejarah Mexico,diktator Porfirio Díaz telah berjaya membimbing negara Mexico ke zaman perindustrian semasa pemerintahannya antara tahun-tahun 1878 - 1911. Namun demikian, beliau mentadbirkan negara dengan kuku besi dan mengharamkan sebarang pilihan raya bebas dan menyekat kebebasan akhbar. Kedua-dua ini, bersama-sama dengan pengawalan seangkatan tentera yang kejam, kemudiannya menjadi pencetus utama Revolusi Mexico (1910-1920).
Revolusi Mexico menyaksikan pemindahan kuasa antara sebilangan pemimipin yang mencuba untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang stabil namun kerap digagalkan oleh pergolakan yang baru. Pada asasnya, persengketaan ini berlaku antara puak liberal reformis dengan puak yang lebih radikal, umpamanya perjuangan  untuk pengagihan semula tanah dan pendapatan kepada rakyat miskin terutama kepada gologan petani dan pekerja serta menuntut agar sistem pemerintahan yang lebih adil kepada semua rakyat.
Dalam tempoh Revolusi Mexico yang berlangsung selama 10 tahun, antara 1.5 - 2 juta orang Mexico dijangka terkorban, iaitu lebih kurang seorang bagi setiap lapan orang Mexico. Namun di sebalik sebilangan tragedi yang berlaku, revolusi ini amat bermakna kepada rakyat Mexico kerana ia telah berjaya menghasilkan Perlembagaan Mexico 1917. Selepas revolusi ini tamat, kerajaan Mexico yang baru telah menumpukan perhatiannya terhadap pembinaan semula infrastruktur negara.
3.2 Perubahan Sosial dan Pembangunan di Malaysia
Masyarakat Melayu mengalami perubahan struktur dan organisasi setelah Tanah Melayu dijajah seluruhnya oleh Inggeris. Penjajahan Inggeris memperkenalkan bukan sahaja dasar-dasar baru dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan lain-lain,tetapi juga nilai-nilai baru yang terselindung di sebalik dasar-dasar tersebut. Orang Melayu, sama ada secara sedar atau tidak, turut mendokong nilai-nilai tersebut setelah menerima secara paksa atau secara paksa rela dasar-dasar penjajahan dalam bidang-bidang yang disebutkan di atas.
Pertembungan elemen-elemen baru yang diperkenalkan oleh penjajah dengan amalan-amalan tradisi orang Melayu, banyak mewujudkan konflik dan kontradiksi. Konflik dan kontradiksi ini, terutamanya atas paras nilai, berlarutan hingga ke hari ini walaupun negara kita telah bebas dari cengkeman penjajah. Ini kerana, pengaruh Barat dan nilai-nilai dari Barat terus melanda, malah menjadi kian dominan. Program-program pembangunan dan perindustriaan yang dilancarkan oleh negara-negara membangun termasuk Malaysia hari ini,masih mengambil model Barat.
Begitu juga dengan perkembangan teknologi maklumat menjadikan dunia kini semakin kecil. Segala perkembangan yang berlaku terutamanya, di negara-negara maju di Barat, akan tersebar dengan begitu cepat di seluruh dunia termasuk Malaysia.

4.0 Perbezaan dan Persamaan
4.1 Perbezaan
Dari segi pakaian tradisional
Sebelum kurun ke-20, wanita Melayu hanya memakai kain kemban sahaja.Tetapi, setelah kedatangan Islam, mereka mula memakai baju kurung yang lebih sopan.Baju kurung lazimnya diketahui sebagai sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Ianya meliputi seluruh tubuh, memperlihatkan wajah dan tangan sahaja,dilihat sebagai mematuhi peraturan berpakaian Islam.Baju kurung boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Kebiasaannya pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau tudung kepala.



Pakaian tradisional bagi kaum lelaki ialah baju Melayu.Baju Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang.Pakaian ini selalunya dipadankan dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang dan songkok.
Baju Melayu bagi rakyat Malaysia terbahagi kepada dua, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang.Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut.Baju Melayu Teluk belanga biasanya lebih terkenal di kawasan selatan Malaysia. Potongan Teluk Belanga potongan lehernya dijahit secara sulaman.
Potongan Cekak Musang lebih terkenal di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan Cekak Musang iaitu bahagian penutup atau rumah butangnya adalah bertindan.Cara memakai baju juga Melayu Teluk Belanga biasanya sampin dipakai diluar baju.Cara memakai baju Melayu Cekak Musang ialah baju di dalam sampin.
          Di Mexico,pakaian  tradisional bagi kaum wanita dikenali sebagai Huipil. Huipil boleh digambarkan sebagai kemeja tanpa lengan atau boleh secara kasarnya dikata seperti guni. Secara umumnya, kapas digunakan untuk membuat Huipil, tetapi ada juga sesetengahnya mencampurkan bulu bintang dalam pembuatannya serta menyulamnya dengan bunga yang bewarna warni.
          Bagi lelaki pula,mereka memakai seluar dan baju bewarna  putih dengan bertali pinggang,selendang disekeliling leher, dan topi tempatan.Mereka juga memakai alas kaki yang dipanggil Huaraches .






Dari segi politik
Di Malaysia,bentuk pemerintahannya mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan. Pemilihan kerajaan berdasarkan pilihan majoriti rakyat melalui pilihanraya yang diadakan lima tahun sekali. Pentadbiran Malaysia merangkumi tiga badan yang diketuai oleh Yang Di Pertuan Agong iaitu Badan Eksekutif, Badan Perundangan dan Badan Kehakiman.
Keperlembagaan bererti kerajaan yang terbatas atau terhad. Dalam kata lain, keperlembagaan merujuk kepada sejauh mana kuasa kerajaan tersekat atau dihadkan, undang-undang negara dihormati dan hak asasi rakyat yang termaktub dalam perlembaaan terjamin.
          Di sesebuah negara berdemokratik, perlembagaan menetapkan struktur, fungsi dan kuasa sesuatu institusi kerajaan (seperti badan perundangan, badan kehakiman, badan eksekutif, tentera, polis dan agensi-agensi kerajaan). Sesebuah Kerajaan dikehendaki mematuhi peraturan serta prinsip-prinsip yang terkandung dalam perlembagaannya.
Perlembagaan Malaysia menetapkan corak pemerintahannya. Hak-hak individu (kebebasan asasi) juga termaktub dalam perkara-perkara 5-13 perlembagaan kita. Ini adalah untuk memastikan hak-hak itu tidak dicabuli oleh kerajaan. Di samping itu, perlembagaan juga menghendaki kerajaan menjalankan kuasanya mengikut peruntukan dan lunas-lunas yang dinyatakan dalam  perlembagaan.
Di Mexico,bentuk pemerintahannya mengamalkan sistem demokrasi Berpresiden.Pemilihan kerajaan adalah berdasarkan pilihan majoriti rakyat pilihanraya yang diadakan enam tahun sekali.Pentadbiran Mexico merangkumi dua badan yang diketuai oleh Presiden iaitu badan perundangan dan badan eksekutif.
Kerajaan berpresiden merupakan sebentuk kerajaan di mana pihak Eksekutif (yang terdiri daripada Ketua Negara atau Presiden dan ahli-ahli kabinetnya) tidak bertanggungjawab kepada badan perundangan
Di bawah sistem pemerintahan ini terdapat pemisahan kuasa di antara ketiga-tiga badan kerajaan ini,badan perundangan dan badan eksekutif merupakan dua badan yang berasingan iaitu, di sini kuasa eksekutif dan kuasa legislatif adalah dipisahkan mengikut prinsip checks and balances (sekatan and imbangan). Pemisahan kuasa antara kedua-dua badan ini menjadi pelindung terhadap kezaliman, penyalahgunaan kuasa dan pencabulan hak serta kebebasan  rakyat jelata.
Dari segi migrasi
Revolusi Mexico pada 1990,telah menyaksikan perhijrahan masyarakat di negara tersebut ke Amerika kerana berlakunya kekerasan sosial di Mexico.Kebanyakan masyarakat Mexico yang berhijrah ke Amerika telah menggunakan faktor ekonomi dan politik sebagai alasan utama mereka mengambil keputusan untuk berhijrah ke sana.
Di Malaysia pula,kestabilan politik dan ekonomi telah menyebabkan ramai yang berhijrah ke Malaysia.Mereka terdiri daripada pelbagai masyarakat seperti Indonesia,Vietnam dan lain-lain lagi.Mereka masuk ke Malaysia dengan tujuan untuk mencari pekerjaan,memulakan perniagaan dan sebagainya.
 Dari segi sosial
Di Mexico terdapat pelbagai kelas dalam masyarakat iaitu terdiri daripada golongan kelas atasan,kelas pertengahan dan kelas bawahan.Kelas atasan terdiri daripada golongan elit dan mereka berkongsi kehidupan sosial yang sama iaitu berkahwin sesama golongan sendiri ,menghantar anak-anak mereka ke sekolah swasta yang sama,dan bersosial disebuah kelab yang sama.Antara contohnya,ialah peguam dan peniaga-peniaga butik yang mahal.
Kelas pertengahan pula,terdiri daripada golongan peniaga kecil-kecilan dan guru.Bagi golongan ini,mereka memperolehi pendapatan hanyalah sedikit dan hanya mampu untuk cukup makan bagi mengelakkan mereka daripada jatuh miskin.
Kelas bawahan terdiri daripada golongan petani dan kebanyakkan golongan ini telah digariskan oleh kerajaan sebagai miskin terlampau.mereka tidak mampu membeli daging atau tenusu.Selain itu,ramai kanak-kanak mudah jatuh sakit kerana kekurangan makanan yang berkhasiat dan kekurangan kemudahan perubatan yang baik.
Di Malaysia,baik yang kaya mahupun yang miskin,mereka bersosial secara bersama-sama tanpa memandang taraf antara satu sama lain.Begitu juga dalam hal perkahwinan,kebanyakan masyarakat disini tidak memandang akan kelas sosial antara satu sama lain untuk melangsungkan perkahwinan.Ini adalah hasil daripada budaya dan peranan kerajaan yang sejak dahulu lagi sudah  menerapkan nilai-nilai murni dalam masyarakat.
Dari segi pendidikan
Pendidikan di Mexico dibahagi mengikut kelas sosial mereka. Para pelajar dari keluarga berada akan belajar di sekolah swasta yang lengkap dengan pelbagai kemudahan serta bahan rujukan manakala pelajar dari golongan miskin biasanya tidak mampu untuk pergi ke sekolah atau pergi ke sekolah yang serba kekurangan. Kaum yang paling terpinggirkan ialah kaum Indian. Pada 1990, diperkirakan lebih 40% penduduk Indian berusia lima belas tahun ke atas tidak boleh membaca. Ini telah mewujudkan jurang pendidikan yang ketara dikalangan rakyat Mexico. Namun pemerintah telah mencuba dengan sedaya upaya untuk menggalakkan perkembangan pendidikan di kalangan remajanya.
Antara lain, pemerintah telah menetapkan bahawa pendidikan adalah wajib sampai kelas enam.Malangnya akibat tekanan kewangan, kebanyakan pelajar dari kelas bawahan lebih berminat bekerja daripada bersekolah. Di Mexico, tiada undang-undang yang mewajibkan pendidikan menengah. Di sekolah rendah mereka mempelajari matematik, ilmu sosial,ejaan,tulisan, membaca dan sukan. Sedangkan nilai-nilai moral dan kekeluargaan di pelajari di rumah.Kepentingan menambah pendapatan melalui kanak-kanak yang bekerja dalam sebuah keluarga bermakna pemilihan antara “survival” dan pendidikan. Namun demikian, pada lima tahun belakangan ini kehadiran pelajar ke sekolah semakin bertambah.UNICEF(United Nations Intelligent Children in Eight Point One Federation) melaporkan 84% kanak-kanak yang memulai sekolah akan mencapai tingkat lima. Tingkat penyingkiran pelajar yang rendah bermakna lebih banyak remaja akan melanjutkan pelajaran yang tinggi dan ini akan membantu mengurangkan kemiskinan. Kini, lebih 8 juta remaja telah mendaftar di sekolah menengah, iaitu 2 juta lebih dari tahun 1994.
Di Malaysia,sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu sistem pelajaran kebangsaan. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal berdasarkan perakuan Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan jawatankuasa ini menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.
Dasar pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah menengah. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai tahun 1992.Sehingga kini usaha untuk penambahbaikan sistem pendidikan negara terus diteruskan untuk mengikut peredaran masa dan keperluan.
4.2 Persamaan
Dari segi sosial
Dalam era globalisasi tanpa sempadan, komunikasi dan  penyebaran maklumat boleh dilakukan melalui pelbagai saluran dalam merencanakan pembangunan masyarakat. Kemunculan laman sosialseperti Facebook, Twitter, Myspace,Friendster dan Tagged sekarang telah menjadi kegilaan kepada masyarakat Malaysia terutama golongan remaja.
Golongan remaja sekarang sudah mula memilih untuk menggunakan laman sosial sebagai saluran interaksi di antara mereka.Facebook dan Twitter merupakan di antara laman sosial yang sangat popular serta paling digilai oleh golongan remaja.Memang tidak dapat dinafikan bahawa kemunculan laman sosial ini seakan-akan menjadi fenomena dan kegilaan dalam kalangan masyarakat terutamanya remaja bukan sahaja di Malaysia dan Mexico bahkan di seluruh dunia.
Dari segi ekonomi
Pengaruh Kapitalisme terus bergerak ke seluruh dunia dengan menggunakan alasan pembangunan untuk melabur di dalam industri di sesebuah negara dan Malaysia dan Mexico tidak terkecuali mendapat perhatian daripada kumpulan kapitalis.Apabila disebut tentang kapitalisme, ia akan menggambarkan bagaimana terdapat individu, sekumpulan atau kelompok masyarakat yang mengambil kesempatan daripada keadaan untuk mengumpul kekayaan dan mempunyai matlamat untuk meraih keuntungan. Istilah ini telah mula diperkenalkan oleh Karl Marx pada abad ke 19. Kapitalisme adalah merupakan satu sistem ekonomi yang digerakkan oleh kuasa pasaran bagi menentukan pengeluaran kos, menetapkan harga barang dan perkhidmatan, pelaburan dan juga pendapatan. Kapitalisme sebenarnya telah lama wujud dalam sistem ekonomi dunia walaupun istilahnya hanya diperkenalkan oleh Karl Marx. Kapitalisme adalah konsep ekonomi yang telah berjaya mengukuhkan ekonomi England pada kurun ke 16 sehingga kurun ke 19.
Kapitalisme mengambil ruang dengan melabur ke dalam industri dan menggunakan tenaga pekerja untuk menjalankan aktiviti perindustrian. Golongan pekerja dilihat oleh Karl Marx sebagai golongan yang tertindas kerana terpaksa menggunakan tenaga mereka tetapi hanya diberikan pulangan yang tidak setimpal sedangkan golongan kapitalis meraih keuntungan yang besar. Bagi Karl Marx, ia adalah merupakan satu pengeksploitasian terhadap golongan pekerja dan ia perlu dihentikan kerana golongan yang kaya akan bertambah kaya dan golongan miskin akan terus dengan kemiskinannya. Karx Marx percaya bahawa hanya melalui revolusi golongan pekerja dapat menyingkirkan kapitalisme daripada sesebuah pemerintahan.
5.0 Rumusan
Perubahan sosial dan pembangunan di Malaysia dan Mexico memberi impak yang positif dan negetif serta mempunyai perbezaan dan persamaannya yang tersendiri.Namun hala tujuannya adalah sama iaitu untuk mencapai kemajuan dan membantu meningkatkan pembangunan kehidupan masyarakat dan menjadi sebuah negara yang dihormati dan mampu berdikari dalam semua lapangan.
Perubahan sosial dan pembangunan juga merupakan suatu perkara yang pasti akan dialami oleh setiap bangsa di dunia, baik pada masyarakat di negara maju,negara sedang membangun dan masyarakat dunia ketiga. Dalam era global, suatu masyarakat atau negara tidak mungkin dapat mengelak diri dari proses globalisasi. Jika suatu masyarakat cuba mengelak dari globalisasi, mereka pasti akan ketinggalan di belakang.
Namun,hal yang sangat penting adalah bagaimana sikap masyarakat itu sendiri menghadapi perubahan sosial dan pembangunan yang berlaku di negara mereka.Masyarakat harus lebih bijak menilai yang mana baik dan yang mana buruk supaya budaya yang unggul dapat di kekalkan dan pembangunan yang mapan dapat dilaksanakan.