1.0
PENGENALAN
Sains
sosial ialah satu kajian sainstifik mengenai manusia dan masyarakat.Dalam
masyarakat,manusia akan berhubungan dengan orang lain berdasarkan tingkah laku
tertentu.Tumpuan kajian sains sosial ialah ke atas tingkah laku manusia dalam
kelompok serta segala institusi dan sistem kawalan yang diwujudkan untuk
mengawal perhubungan antara manusia dalam kelompoknya.
Dr.
Abdul Rahman Embong mendefinasikan sains sosial adalah satu bidang yang amat
luas jangkaannya.Ini kerana di dalamnya terdapat pelbagai jenis sub-disiplin
ilmu iaitu sosiologi,antropologi,sains politik,ekonomi,psikologi,geografi dan
sejarah.Pengetahuan yang terdapat dalam sains sosial pula dapat di gunakan
untuk menyelesaikan masalah yang timbul(Wan Abdul Halim Othman,1983)
Konsep
sains sosial adalah berkaitan dengan fenomena sosio-budaya manusia merangkumi
proses sosial,interaksi,sosial,kebudayaan,susun lapis sosial dalam
masyarakat,proses pembentukan personaliti,pembangunan ekonomi dan keadilan
sosial.
2.0 Definasi Perubahan Sosial
Perubahan
sosial adalah suatu proses perubahan individu atau kelompok daripada satu
lapisan sosial kepada lapisan sosial yang lain dalam satu sistem stratifikasi
sosial.Terdapat beberapa dimensi perubahan sosial iaitu perubahan dari segi
arah,massa,unjuran dan tandingan.Dan untuk mencapai perubahan sosial ianya
dipengaruhi oleh beberapa faktor tertentu iaitu pekerjaan,pendidikan,perkahwinan,individu
dan lain-lain.
2.1Definisi Pembagunan
Pembagunan
boleh ditakrifkan dengan pelbagai pandangan maksudnya pembagunan itu sendiri
boleh dijelaskan secara meluas dan ianya mungkin membawa maksud yang berbeza
antara masyarakat,budaya dan negara.Namun halatuju maksudnya adalah sama iaitu
untuk mengenalpasti cirri-ciri masyarakat yang dapat membantu meningkatkan
pembangunan kehidupan sesebuah masyarakat dan menjadikannya sebagai sebuah
negara yang dihormati dan mampu berdikari dalam semua lapangan.
3.0 Perubahan Sosial Dan Pembangunan Di
Mexico Dan Malaysia
3.1 Perubahan Sosial dan Pembangunan di
Mexico
Berdasarkan
sejarah Mexico,diktator Porfirio Díaz telah berjaya membimbing negara Mexico ke
zaman perindustrian semasa pemerintahannya antara tahun-tahun 1878 - 1911.
Namun demikian, beliau mentadbirkan negara dengan kuku besi dan mengharamkan
sebarang pilihan raya bebas dan menyekat kebebasan akhbar. Kedua-dua ini,
bersama-sama dengan pengawalan seangkatan tentera yang kejam, kemudiannya
menjadi pencetus utama Revolusi Mexico (1910-1920).
Revolusi
Mexico menyaksikan pemindahan kuasa antara sebilangan pemimipin yang mencuba
untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang stabil namun kerap digagalkan oleh
pergolakan yang baru. Pada asasnya, persengketaan ini berlaku antara puak
liberal reformis dengan puak yang lebih radikal, umpamanya perjuangan untuk pengagihan semula tanah dan pendapatan kepada
rakyat miskin terutama kepada gologan petani dan pekerja serta menuntut agar
sistem pemerintahan yang lebih adil kepada semua rakyat.
Dalam
tempoh Revolusi Mexico yang berlangsung selama 10 tahun, antara 1.5 - 2 juta
orang Mexico dijangka terkorban, iaitu lebih kurang seorang bagi setiap lapan
orang Mexico. Namun di sebalik sebilangan tragedi yang berlaku, revolusi ini
amat bermakna kepada rakyat Mexico kerana ia telah berjaya menghasilkan
Perlembagaan Mexico 1917. Selepas revolusi ini tamat, kerajaan Mexico yang baru
telah menumpukan perhatiannya terhadap pembinaan semula infrastruktur negara.
3.2 Perubahan Sosial dan Pembangunan di
Malaysia
Masyarakat
Melayu mengalami perubahan struktur dan organisasi setelah Tanah Melayu dijajah
seluruhnya oleh Inggeris. Penjajahan Inggeris memperkenalkan bukan sahaja dasar-dasar
baru dalam bidang politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan lain-lain,tetapi
juga nilai-nilai baru yang terselindung di sebalik dasar-dasar tersebut. Orang
Melayu, sama ada secara sedar atau tidak, turut mendokong nilai-nilai tersebut
setelah menerima secara paksa atau secara paksa rela dasar-dasar penjajahan
dalam bidang-bidang yang disebutkan di atas.
Pertembungan
elemen-elemen baru yang diperkenalkan oleh penjajah dengan amalan-amalan tradisi
orang Melayu, banyak mewujudkan konflik dan kontradiksi. Konflik dan kontradiksi
ini, terutamanya atas paras nilai, berlarutan hingga ke hari ini walaupun
negara kita telah bebas dari cengkeman penjajah. Ini kerana, pengaruh Barat dan
nilai-nilai dari Barat terus melanda, malah menjadi kian dominan.
Program-program pembangunan dan perindustriaan yang dilancarkan oleh
negara-negara membangun termasuk Malaysia hari ini,masih mengambil model Barat.
Begitu
juga dengan perkembangan teknologi maklumat menjadikan dunia kini semakin
kecil. Segala perkembangan yang berlaku terutamanya, di negara-negara maju di
Barat, akan tersebar dengan begitu cepat di seluruh dunia termasuk Malaysia.
4.0 Perbezaan dan Persamaan
4.1 Perbezaan
Dari segi pakaian tradisional
Sebelum
kurun ke-20, wanita Melayu hanya memakai kain kemban sahaja.Tetapi, setelah
kedatangan Islam, mereka mula memakai baju kurung yang lebih sopan.Baju kurung
lazimnya diketahui sebagai sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga
ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Ianya meliputi
seluruh tubuh, memperlihatkan wajah dan tangan sahaja,dilihat sebagai mematuhi
peraturan berpakaian Islam.Baju kurung boleh digandingkan dengan kain
tradisional seperti songket atau batik. Kebiasaannya pakaian ini digunakan
dengan kain selendang atau tudung kepala.
Pakaian
tradisional bagi kaum lelaki ialah baju Melayu.Baju Melayu merupakan kemeja
longgar yang dipakai dengan seluar panjang.Pakaian ini selalunya dipadankan
dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang dan songkok.
Baju
Melayu bagi rakyat Malaysia terbahagi kepada dua, iaitu baju Melayu potongan
Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang.Potongan tersebut merujuk kepada cara
jahitan pada leher baju tersebut.Baju Melayu Teluk belanga biasanya lebih
terkenal di kawasan selatan Malaysia. Potongan Teluk Belanga potongan lehernya
dijahit secara sulaman.
Potongan
Cekak Musang lebih terkenal di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan
Cekak Musang iaitu bahagian penutup atau rumah butangnya adalah bertindan.Cara
memakai baju juga Melayu Teluk Belanga biasanya sampin dipakai diluar baju.Cara
memakai baju Melayu Cekak Musang ialah baju di dalam sampin.
Di
Mexico,pakaian tradisional bagi kaum
wanita dikenali sebagai Huipil. Huipil boleh digambarkan
sebagai kemeja tanpa lengan atau boleh secara kasarnya dikata seperti guni. Secara
umumnya, kapas digunakan untuk membuat Huipil, tetapi ada juga sesetengahnya
mencampurkan bulu bintang dalam pembuatannya serta menyulamnya dengan bunga
yang bewarna warni.
Bagi lelaki pula,mereka memakai seluar
dan baju bewarna putih dengan bertali
pinggang,selendang disekeliling leher, dan topi tempatan.Mereka juga memakai
alas kaki yang dipanggil Huaraches .
Dari segi politik
Di
Malaysia,bentuk pemerintahannya mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan
Raja Berpelembagaan. Pemilihan kerajaan berdasarkan pilihan
majoriti rakyat melalui pilihanraya yang diadakan lima tahun sekali. Pentadbiran
Malaysia merangkumi tiga badan yang diketuai oleh Yang Di Pertuan Agong iaitu
Badan Eksekutif, Badan Perundangan dan Badan Kehakiman.
Keperlembagaan
bererti kerajaan yang terbatas atau terhad. Dalam kata lain, keperlembagaan
merujuk kepada sejauh mana kuasa kerajaan tersekat atau dihadkan, undang-undang
negara dihormati dan hak asasi rakyat yang termaktub dalam perlembaaan
terjamin.
Di
sesebuah negara berdemokratik, perlembagaan menetapkan struktur, fungsi dan
kuasa sesuatu institusi kerajaan (seperti badan perundangan, badan kehakiman,
badan eksekutif, tentera, polis dan agensi-agensi kerajaan). Sesebuah Kerajaan
dikehendaki mematuhi peraturan serta prinsip-prinsip yang terkandung dalam
perlembagaannya.
Perlembagaan
Malaysia menetapkan corak pemerintahannya. Hak-hak individu (kebebasan asasi)
juga termaktub dalam perkara-perkara 5-13 perlembagaan kita. Ini adalah untuk
memastikan hak-hak itu tidak dicabuli oleh kerajaan. Di samping itu,
perlembagaan juga menghendaki kerajaan menjalankan kuasanya mengikut peruntukan
dan lunas-lunas yang dinyatakan dalam
perlembagaan.
Di
Mexico,bentuk pemerintahannya mengamalkan sistem demokrasi
Berpresiden.Pemilihan kerajaan adalah berdasarkan pilihan majoriti rakyat
pilihanraya yang diadakan enam tahun sekali.Pentadbiran Mexico merangkumi dua
badan yang diketuai oleh Presiden iaitu badan perundangan dan badan eksekutif.
Kerajaan
berpresiden merupakan sebentuk kerajaan di mana pihak Eksekutif (yang terdiri
daripada Ketua Negara atau Presiden dan ahli-ahli kabinetnya) tidak
bertanggungjawab kepada badan perundangan
Di
bawah sistem pemerintahan ini terdapat pemisahan kuasa di antara ketiga-tiga
badan kerajaan ini,badan perundangan dan badan eksekutif merupakan dua badan
yang berasingan iaitu, di sini kuasa eksekutif dan kuasa legislatif adalah
dipisahkan mengikut prinsip checks and
balances (sekatan and imbangan). Pemisahan kuasa antara kedua-dua badan ini
menjadi pelindung terhadap kezaliman, penyalahgunaan kuasa dan pencabulan hak
serta kebebasan rakyat jelata.
Dari segi migrasi
Revolusi
Mexico pada 1990,telah menyaksikan perhijrahan masyarakat di negara tersebut ke
Amerika kerana berlakunya kekerasan sosial di Mexico.Kebanyakan masyarakat
Mexico yang berhijrah ke Amerika telah menggunakan faktor ekonomi dan politik sebagai
alasan utama mereka mengambil keputusan untuk berhijrah ke sana.
Di
Malaysia pula,kestabilan politik dan ekonomi telah menyebabkan ramai yang
berhijrah ke Malaysia.Mereka terdiri daripada pelbagai masyarakat seperti
Indonesia,Vietnam dan lain-lain lagi.Mereka masuk ke Malaysia dengan tujuan untuk
mencari pekerjaan,memulakan perniagaan dan sebagainya.
Dari
segi sosial
Di
Mexico terdapat pelbagai kelas dalam masyarakat iaitu terdiri daripada golongan
kelas atasan,kelas pertengahan dan kelas bawahan.Kelas atasan terdiri daripada
golongan elit dan mereka berkongsi kehidupan sosial yang sama iaitu berkahwin
sesama golongan sendiri ,menghantar anak-anak mereka ke sekolah swasta yang
sama,dan bersosial disebuah kelab yang sama.Antara contohnya,ialah peguam dan
peniaga-peniaga butik yang mahal.
Kelas
pertengahan pula,terdiri daripada golongan peniaga kecil-kecilan dan guru.Bagi
golongan ini,mereka memperolehi pendapatan hanyalah sedikit dan hanya mampu
untuk cukup makan bagi mengelakkan mereka daripada jatuh miskin.
Kelas
bawahan terdiri daripada golongan petani dan kebanyakkan golongan ini telah digariskan
oleh kerajaan sebagai miskin terlampau.mereka tidak mampu membeli daging atau
tenusu.Selain itu,ramai kanak-kanak mudah jatuh sakit kerana kekurangan makanan
yang berkhasiat dan kekurangan kemudahan perubatan yang baik.
Di
Malaysia,baik yang kaya mahupun yang miskin,mereka bersosial secara
bersama-sama tanpa memandang taraf antara satu sama lain.Begitu juga dalam hal
perkahwinan,kebanyakan masyarakat disini tidak memandang akan kelas sosial
antara satu sama lain untuk melangsungkan perkahwinan.Ini adalah hasil daripada
budaya dan peranan kerajaan yang sejak dahulu lagi sudah menerapkan nilai-nilai murni dalam
masyarakat.
Dari segi pendidikan
Pendidikan
di Mexico dibahagi mengikut kelas sosial mereka. Para pelajar dari keluarga
berada akan belajar di sekolah swasta yang lengkap dengan pelbagai kemudahan
serta bahan rujukan manakala pelajar dari golongan miskin biasanya tidak mampu
untuk pergi ke sekolah atau pergi ke sekolah yang serba kekurangan. Kaum yang
paling terpinggirkan ialah kaum Indian. Pada 1990, diperkirakan lebih 40%
penduduk Indian berusia lima belas tahun ke atas tidak boleh membaca. Ini telah
mewujudkan jurang pendidikan yang ketara dikalangan rakyat Mexico. Namun
pemerintah telah mencuba dengan sedaya upaya untuk menggalakkan perkembangan
pendidikan di kalangan remajanya.
Antara
lain, pemerintah telah menetapkan bahawa pendidikan adalah wajib sampai kelas
enam.Malangnya akibat tekanan kewangan, kebanyakan pelajar dari kelas bawahan
lebih berminat bekerja daripada bersekolah. Di Mexico, tiada undang-undang yang
mewajibkan pendidikan menengah. Di sekolah rendah mereka mempelajari matematik,
ilmu sosial,ejaan,tulisan, membaca dan sukan. Sedangkan nilai-nilai moral dan
kekeluargaan di pelajari di rumah.Kepentingan menambah pendapatan melalui
kanak-kanak yang bekerja dalam sebuah keluarga bermakna pemilihan antara
“survival” dan pendidikan. Namun demikian, pada lima tahun belakangan ini
kehadiran pelajar ke sekolah semakin bertambah.UNICEF(United Nations
Intelligent Children in Eight Point One Federation) melaporkan 84% kanak-kanak
yang memulai sekolah akan mencapai tingkat lima. Tingkat penyingkiran pelajar
yang rendah bermakna lebih banyak remaja akan melanjutkan pelajaran yang tinggi
dan ini akan membantu mengurangkan kemiskinan. Kini, lebih 8 juta remaja telah mendaftar
di sekolah menengah, iaitu 2 juta lebih dari tahun 1994.
Di
Malaysia,sebaik mencapai kemerdekaan, usaha ditumpukan untuk mewujudkan satu
sistem pelajaran kebangsaan. Sehubungan itu, Ordinan Pelajaran 1957 digubal
berdasarkan perakuan Laporan Razak (1956) yang mengutamakan perpaduan dan
menjadi teras Dasar Pendidikan Kebangsaan. Perakuan Laporan Razak dikaji semula
oleh Jawatankuasa Rahman Talib pada tahun 1960. Laporan jawatankuasa ini
menjadi asas kepada penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menggariskan Bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar utama pada semua peringkat pendidikan serta
penggunaan kurikulum dan peperiksaan yang sama untuk semua pelajar.
Dasar
pendemokrasian pendidikan bermula pada tahun 1962 dengan memberi penekanan
kepada pendidikan percuma untuk semua pelajar. Dasar ini diperluas dengan
mengadakan pendidikan universal selama sembilan tahun apabila peperiksaan
pemilihan masuk ke sekolah menengah dihapuskan pada tahun 1964. Penghapusan
peperiksaan pemilihan ini menyebabkan peningkatan kadar penyertaan ke sekolah
menengah. Kadar ini terus meningkat apabila terdapat perubahan dasar yang
melanjutkan pendidikan universal kepada 11 tahun secara berperingkat mulai
tahun 1992.Sehingga kini usaha untuk penambahbaikan sistem pendidikan negara
terus diteruskan untuk mengikut peredaran masa dan keperluan.
4.2 Persamaan
Dari segi sosial
Dalam
era globalisasi tanpa sempadan, komunikasi dan
penyebaran maklumat boleh dilakukan melalui pelbagai saluran dalam
merencanakan pembangunan masyarakat. Kemunculan laman sosialseperti Facebook,
Twitter, Myspace,Friendster dan Tagged sekarang telah menjadi kegilaan kepada
masyarakat Malaysia terutama golongan remaja.
Golongan
remaja sekarang sudah mula memilih untuk menggunakan laman sosial sebagai
saluran interaksi di antara mereka.Facebook dan Twitter merupakan di antara laman
sosial yang sangat popular serta paling digilai oleh golongan remaja.Memang
tidak dapat dinafikan bahawa kemunculan laman sosial ini seakan-akan menjadi
fenomena dan kegilaan dalam kalangan masyarakat terutamanya remaja bukan sahaja
di Malaysia dan Mexico bahkan di seluruh dunia.
Dari segi ekonomi
Pengaruh
Kapitalisme terus bergerak ke seluruh dunia dengan menggunakan alasan
pembangunan untuk melabur di dalam industri di sesebuah negara dan Malaysia dan
Mexico tidak terkecuali mendapat perhatian daripada kumpulan kapitalis.Apabila
disebut tentang kapitalisme, ia akan menggambarkan bagaimana terdapat individu,
sekumpulan atau kelompok masyarakat yang mengambil kesempatan daripada keadaan
untuk mengumpul kekayaan dan mempunyai matlamat untuk meraih keuntungan.
Istilah ini telah mula diperkenalkan oleh Karl Marx pada abad ke 19.
Kapitalisme adalah merupakan satu sistem ekonomi yang digerakkan oleh kuasa
pasaran bagi menentukan pengeluaran kos, menetapkan harga barang dan
perkhidmatan, pelaburan dan juga pendapatan. Kapitalisme sebenarnya telah lama
wujud dalam sistem ekonomi dunia walaupun istilahnya hanya diperkenalkan oleh
Karl Marx. Kapitalisme adalah konsep ekonomi yang telah berjaya mengukuhkan
ekonomi England pada kurun ke 16 sehingga kurun ke 19.
Kapitalisme
mengambil ruang dengan melabur ke dalam industri dan menggunakan tenaga pekerja
untuk menjalankan aktiviti perindustrian. Golongan pekerja dilihat oleh Karl
Marx sebagai golongan yang tertindas kerana terpaksa menggunakan tenaga mereka
tetapi hanya diberikan pulangan yang tidak setimpal sedangkan golongan
kapitalis meraih keuntungan yang besar. Bagi Karl Marx, ia adalah merupakan
satu pengeksploitasian terhadap golongan pekerja dan ia perlu dihentikan kerana
golongan yang kaya akan bertambah kaya dan golongan miskin akan terus dengan
kemiskinannya. Karx Marx percaya bahawa hanya melalui revolusi golongan pekerja
dapat menyingkirkan kapitalisme daripada sesebuah pemerintahan.
5.0 Rumusan
Perubahan
sosial dan pembangunan di Malaysia dan Mexico memberi impak yang positif dan
negetif serta mempunyai perbezaan dan persamaannya yang tersendiri.Namun hala
tujuannya adalah sama iaitu untuk mencapai kemajuan dan membantu meningkatkan
pembangunan kehidupan masyarakat dan menjadi sebuah negara yang dihormati dan
mampu berdikari dalam semua lapangan.
Perubahan
sosial dan pembangunan juga merupakan suatu perkara yang pasti akan dialami
oleh setiap bangsa di dunia, baik pada masyarakat di negara maju,negara sedang
membangun dan masyarakat dunia ketiga. Dalam era global, suatu masyarakat atau negara
tidak mungkin dapat mengelak diri dari proses globalisasi. Jika suatu
masyarakat cuba mengelak dari globalisasi, mereka pasti akan ketinggalan di
belakang.
Namun,hal
yang sangat penting adalah bagaimana sikap masyarakat itu sendiri menghadapi
perubahan sosial dan pembangunan yang berlaku di negara mereka.Masyarakat harus
lebih bijak menilai yang mana baik dan yang mana buruk supaya budaya yang
unggul dapat di kekalkan dan pembangunan yang mapan dapat dilaksanakan.