Thursday 21 June 2012

Protokol Montreal


Protokol Montreal adalah salah satu aktiviti yang dijalankan dalam  Perjanjian Alam Sekitar Pelbagai Hala(MEAs) dan telah mendapat kerjasama antarabangsa dengan melibatkan 191 buah negara yang bersetuju untuk menggunakan Protokol Montreal.Protokol Montreal telah dibentuk bagi menangani masalah penipisan lapisan ozon global bagi mencapai pembangunan mapan dalam melindungi habitat manusia dan alam sekitar.
Lapisan ozon berperanan sebagai lapisan perlindungan kepada segala bentuk kehidupan di bumi. Lapisan perlindungan ini perlu dikekalkan supaya hidupan tidak terdedah secara berlebihan kepada sinaran UV yang boleh mendatangkan pelbagai penyakit seperti radang kulit, sakit mata serta melemahkan sistem ketahanan badan. Peningkatan sinar UV juga akan mengurangkan hasil tanaman dan akan mengganggu rantaian makanan hidupan akuatik dan daratan.
Antara bahan yang dikenalpasti boleh memusnahkan lapisan ozon termasuklah Klorofluokarbon(CFC),Hidroklorofluorokarbon(HCFC), Halon, Metil Klorofom dan Karbon Tetraklorida.Bahan-bahan kimia ini biasanya digunakan di dalam pengeluaran pelbagai produk kelengkapan rumah,industri dan pertanian.Sebagai contoh,Klorofluokarbon dan Hidroklorofluorokarbon digunakan secara meluas bagi sesetengah peralatan elektrik seperti penghawa dingin,peti sejuk dan lain-lain.


  Isi Kandungan Protokol Montreal
  •   Setiap negara-negara anggota kepada Protokol Montreal perlulah;
  • ·         Kenal pasti pelepasan secara meluas bahan-bahan pencemar udara yang boleh menipiskan lapisan ozon dan secara tidak langsung memberi kesan sampingan kepada kesihatan manusia dan alam sekitar.
  • ·         Tegas dalam melindungi lapisan ozon dengan mengambil langkah pencegahan awal untuk mengawal pelepasan bahan-bahan pencemar global. Antaranya dengan meningkatkan pengetahuan saintifik dengan mengambilkira kemajuan teknikal dan ekonomi negara-negara sedang membangun.
  • ·         Memperakui bahawa peruntukan khas adalah amat diperlukan bagi memenuhi keperluan negara-negara sedang membangun. Ini termasuk peruntukan dari segi bantuan sumber kewangan dan teknologi baru.
  • ·         Bersetuju dengan siri langkah-langkah menghadkan penghasilan dan penggunaan bahan-bahan yang menipiskan lapisan ozon
  • ·         Harus mematuhi kawalan perdagangan yang telah ditetapkan iaitu berhenti daripada mengeksport atau mengimport bahan-bahan yang mengandungi bahan yang boleh menipiskan ozon global.