Thursday, 21 June 2012

PROGRAM 1AZAM(AKhiri Zaman Kemiskinan)


1.0 PENGENALAN
Keprihatinan kerajaan terhadap kenaikan kos sara hidup rakyat mendorong kerajaan memperkenalkan satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), iaitu NKRA menangani kenaikan kos sara hidup.Ia merupakan satu langkah yang bersifat membela rakyat berpendapatan rendah dan sederhana agar tidak terlalu terbeban dengan kenaikan harga barang yang boleh menekan kehidupan mereka.Kenaikan harga barang merupakan senario sejagat yang berlaku kesan daripada krisis ekonomi global yang masih melanda dunia sehingga kini.
Pengenalan NKRA ketujuh itu diharapkan akan memberikan kesan positif terhadap kehidupan golongan berpendapatan rendah. Sasaran kerajaan adalah membantu mereka membebaskan diri kemiskinan yang dimilikinya. Ia juga selari dengan hasrat Model Baru Ekonomi (MBE) yang meletakkan keutamaan menangani masalah jurang pendapatan dan membasmi kemiskinan.
Strategi membantu rakyat meningkatkan pendapatan memerlukan langkah operasional yang disesuaikan dengan paradigma baru transformasi ekonomi dan arus pembangunan negara. Antara program yang diperkenalkan kerajaan membantu golongan ini keluar dari kemiskinan adalah memperkenalkan program 1AZAM(Akhiri Zaman Miskin).
2.0 PROGRAM 1AZAM(Akhiri Zaman Miskin)
Program 1AZAM merupakan inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara bagi meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah(NKRA LIH) yang berteraskan konsep keusahawanan sosial (social enterprise) dan pendekatan kebajikan produktif (productive welfare).Keusahawanan sosial merupakan satu pendekatan yang mengoptimumkan potensi individu berdasarkan bidang kemahiran mereka agar tidak terus bergantung kepada bantuan kerajaan.
Azam adalah singkatan kepada perkataan Akhiri Zaman Miskin. Antara lain,objektif utama program ini ialah bagi menyediakan peluang menjana pendapatan, memperkasakan ekonomi dan menggalakkan rakyat untuk berdikari melalui projek AZAM Kerja,AZAM Niaga ,AZAM Khidmat, dan AZAM Tani.


2.1.  AZAM KERJA
AZAM  Kerja akan membantu memadankan golongan miskin dan miskin tegar dengan peluang pekerjaan yang ada dan menggalakkan mereka mengambil peluang pekerjaan dalam sektor yang kekurangan tenaga rakyat Malaysia.Projek ini memberikan fokus kepada pelbagai bidang pekerjaan bagi mereka yang produktif,mempunyai kelayakan minimum atau tanpa kemahiran.Pihak yang terlibat akan menyediakan latihan kemahiran dan  memudahkan penempatan kerja untuk jawatan berkemahiran rendah seperti pembantu rumah, pekerja stesen minyak, pengawal keselamatan, pelayan restoran dan buruh binaan.
2.2   AZAM NIAGA
AZAM Tani akan menggalakkan keusahawanan dan penubuhan perniagaan kecil,misalnya,perniagaan makanan, seperti masakan rumah, dan perniagaan dalam talian.Mereka yang terlibat akan disediakan latihan dan dana sebagai bantuan untuk memulakan perniagaan kecil.
2.3   AZAM KHIDMAT
AZAM Khidmat adalah sama seperti 1 Azam Niaga tetapi akan memberi kemudahan untuk menubuhkan perniagaan perkhidmatan kecil termasuk perniagaan perkhidmatan yang berasaskan inovasi, misalnya,kantin bergerak, pusat mencuci kereta bergerak, pusat penjagaan harian untuk warga tua atau kanak-kanak, perkhidmatan penjagaan selepas bersalin, urutan dan perniagaan pemasangan berkemahiran rendah dari rumah.Mereka yang terlibat  akan membantu dengan latihan yang diperlukan dan dana permulaan.
2.4   AZAM TANI
AZAM Tani akan membantu golongan miskin dan miskin tegar untuk terlibat dalam perniagaan pertanian kecil-kecilan yang akan mendatangkan hasil yang cepat,misalnya, penternakan ayam itik dan akuakultur. Di sini,mereka yang terlibat juga akan disediakan latihan dan dana permulaan bagi memulakan usaha berasaskan pertanian ini.



3.0 SIAPA YANG LAYAK MENYERTAI PROGRAM 1AZAM
Program 1AZAM diperkenalkan bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan rakyat Malaysia miskin tegar dan miskin serta Isirumah Berpendapatan Rendah(LIH) yang telah berdaftar dan memohon untuk menyertai program ini dengan sistem Bank Data Kemiskinan Nasional (e-kasih).Sistem e-Kasih ialah satu sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan
Pendapatan Garis Kemiskinan(PLI) ini berdasarkan kepada keperluan minimum untuk makanan oleh seisi rumah (bahagian PLI makanan) dan barangan bukan makanan seperti pakaian, sewa, bahan api dan elektrik (bahagian PLI bukan makanan). Keluarga yang hidup di bawah PLI adalah mereka yang hidup dalam kemiskinan, manakala mereka yang di bawah PLI makanan diklasifikasikan sebagai golongan miskin tegar.
Miskin adalah isirumah dengan jumlah pendapatan kurang daripada atau bersamaan dengan RM 750 sebulan.Ini adalah berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan(PLI) dan adalah jumlah purata nasional manakala Miskin Tegar menggambarkan isirumah yang mempunyai jumlah pendapatan kurang daripada atau bersamaan dengan RM 440 sebulan. Ini adalah berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan(PLI) makanan dan adalah jumlah purata nasional.
Isirumah Berpendapatan Rendah (LIH) adalah isirumah yang mempunyai jumlah pendapatan kurang daripada atau bersamaan dengan RM 2,000 sebulan,yang mewakili 75% median pendapatan di Malaysia. Ia ditakrifkan sebagai jumlah purata nasional.
Namun begitu,tidak semua daripada pemohon akan diterima menyertai program ini.Ini kerana setiap permohonan akan melalui proses tapisan dan pantauan agar produk yang dihasilkan melalui program 1AZAM akan dapat dipasarkan di masa akan datang.
4.0 BAGAIMANA PROGRAM 1AZAM INI DILAKSANAKAN
Program 1AZAM akan dilaksanakan ke seluruh negara secara berperingkat-peringkat. Program perintis dijadual dimulakan di Iskandar Regional Development Authority (IRDA) atau Iskandar Malaysia, Johor, pada akhir bulan Januari 2010. Inisiatif akan diteruskan ke negeri-negeri lain melalui kerjasama dengan kawasan-kawasan koridor ekonomi utara, timur, Sabah dan Sarawak yang dilancarkan oleh kerajaan terdahulu daripada pembentukan Bidang Keberhasilan Utama Negara atau dikenali sebagai National Key Results Area (NKRA). Secara keseluruhannya, inisiatif Program 1AZAM akan menumpukan usaha untuk membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia melalui penempatan semula pekerjaan yang diisi oleh pekerja asing. Cadangan pihak makmal NKRA agar kerajaan memperkenalkan Penetapan Gaji Minimum kepada pelbagai industri dan sektor pekerjaan yang ditawarkan kepada tenaga kerja Malaysia, pasaran kerja bakal menyaksikan pekerja-pekerja Malaysia berpendapatan sekurang-kurangnya RM750 sebulan kepada pekerja berkelulusn rendah dan separa mahir.
5.0 ORGANISASI YANG TERLIBAT DALAM MENJAYAKAN PROGRAM    1AZAM
Program ini adalah merupakan satu kerjasama diantara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan beberapa kementerian dan agensi yang dilantik menjadi peneraju iaitu;
1.      Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah dipertanggungjawabkan untuk menjayakan projek AZAM Tani.
2.      Kementerian Sumber Manusia (MOHR) telah dipertanggungjawabkan untuk menjayakan projek AZAM Kerja.
3.      Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah dipertanggungjawabkan untuk menjayakan projek AZAM Khidmat dan AZAM Niaga.
6.0 KESAN ORANG YANG MENERIMA PROGRAM 1AZAM
Program ini sememangnya sangat dialu-alukan oleh semua pihak terutamanya golongan yang kurang berkemampuan kerana ianya dapat membantu mereka untuk keluar daripada belenggu kemiskinan yang selama ini telah menghalang mereka daripada menikmati kehidupan yang lebih baik dan sempurna.
7.0 PANDANGAN ANDA TENTANG PROGRAM 1AZAM INI
Pada pandangan saya,Program 1AZAM diharap dapat diteruskan dan dipertingkatkan lagi  pada masa akan datang kerana ianya membantu meringankan beban golongan miskin tegar dan miskin serta Isirumah Berpendapatan Rendah(LIH) dalam menangani kenaikan kos sara hidup yang berlaku pada masa kini.Disamping itu juga,Program 1AZAM juga dilihat mampu membantu kerajaan dalam mewujudkan keadilan ekonomi sosial dikalangan rakyat di negara ini dan seterusnya memaju negara kearah mencapai matlamat Wawasan 2020.  

RUJUKAN
1Abu Bakar Esah,2012.Kerajaan Bantu Lonjakkan Pendapatan Rakyat,
2Bernama,2012.Kerajaan peruntuk Program 1Azam RM120 juta di Sabah,http://www.sinarharian.com.my/nasional/kerajaan-peruntuk-program-1azam-rm120-juta-di-sabah-1.22414?localLinksEnabled=false dirujuk pada 3 April 2012
3Laman web Pusat Maklumat Rakyat,2008.Program 1AZAM,
4Laman web Portal Rasmi Kementrian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,2011.1AZAM,http://www.kpwkm.gov.my/nkra/1azam dirujuk pada 13 April 2012
5Laman web Portal Rasmi Kementrian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,2011.eKasih. http://www.kpwkm.gov.my/ekasih dirujuk pada 15 April 2012
6Laman web Berita Harian Online(2012) Program 1AZAM latih 2,280 belia di Sabah, http://www.bharian.com.my/articles/Program1AZAMlatih2_280beliadiSabah/Article/ dirujuk pada 16 April 2012

9009