1.0 PENGENALAN
Keprihatinan
kerajaan terhadap kenaikan kos sara hidup rakyat mendorong kerajaan
memperkenalkan satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), iaitu NKRA
menangani kenaikan kos sara hidup.Ia merupakan satu langkah yang bersifat
membela rakyat berpendapatan rendah dan sederhana agar tidak terlalu terbeban
dengan kenaikan harga barang yang boleh menekan kehidupan mereka.Kenaikan harga
barang merupakan senario sejagat yang berlaku kesan daripada krisis ekonomi
global yang masih melanda dunia sehingga kini.
Pengenalan
NKRA ketujuh itu diharapkan akan memberikan kesan positif terhadap kehidupan
golongan berpendapatan rendah. Sasaran kerajaan adalah membantu mereka membebaskan
diri kemiskinan yang dimilikinya. Ia juga selari dengan hasrat Model Baru
Ekonomi (MBE) yang meletakkan keutamaan menangani masalah jurang pendapatan dan
membasmi kemiskinan.
Strategi
membantu rakyat meningkatkan pendapatan memerlukan langkah operasional yang
disesuaikan dengan paradigma baru transformasi ekonomi dan arus pembangunan
negara. Antara program yang diperkenalkan kerajaan membantu golongan ini keluar
dari kemiskinan adalah memperkenalkan program 1AZAM(Akhiri Zaman Miskin).
2.0 PROGRAM 1AZAM(Akhiri Zaman
Miskin)
Program
1AZAM merupakan inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara bagi meningkatkan
taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah(NKRA LIH) yang berteraskan konsep keusahawanan
sosial (social enterprise) dan pendekatan kebajikan produktif (productive
welfare).Keusahawanan sosial merupakan satu pendekatan yang mengoptimumkan
potensi individu berdasarkan bidang kemahiran mereka agar tidak terus
bergantung kepada bantuan kerajaan.
Azam
adalah singkatan kepada perkataan Akhiri Zaman Miskin. Antara lain,objektif
utama program ini ialah bagi menyediakan peluang menjana pendapatan,
memperkasakan ekonomi dan menggalakkan rakyat untuk berdikari melalui projek AZAM
Kerja,AZAM Niaga ,AZAM Khidmat, dan AZAM Tani.
2.1. AZAM KERJA
AZAM
Kerja akan membantu memadankan golongan
miskin dan miskin tegar dengan peluang pekerjaan yang ada dan menggalakkan
mereka mengambil peluang pekerjaan dalam sektor yang kekurangan tenaga rakyat
Malaysia.Projek ini memberikan fokus kepada pelbagai bidang pekerjaan bagi
mereka yang produktif,mempunyai kelayakan minimum atau tanpa kemahiran.Pihak
yang terlibat akan menyediakan latihan kemahiran dan memudahkan penempatan kerja untuk jawatan
berkemahiran rendah seperti pembantu rumah, pekerja stesen minyak, pengawal
keselamatan, pelayan restoran dan buruh binaan.
2.2 AZAM NIAGA
AZAM
Tani akan menggalakkan keusahawanan dan penubuhan perniagaan
kecil,misalnya,perniagaan makanan, seperti masakan rumah, dan perniagaan dalam
talian.Mereka yang terlibat akan disediakan latihan dan dana sebagai bantuan
untuk memulakan perniagaan kecil.
2.3
AZAM KHIDMAT
AZAM
Khidmat adalah sama seperti 1 Azam Niaga tetapi akan memberi kemudahan untuk
menubuhkan perniagaan perkhidmatan kecil termasuk perniagaan perkhidmatan yang
berasaskan inovasi, misalnya,kantin bergerak, pusat mencuci kereta bergerak,
pusat penjagaan harian untuk warga tua atau kanak-kanak, perkhidmatan penjagaan
selepas bersalin, urutan dan perniagaan pemasangan berkemahiran rendah dari
rumah.Mereka yang terlibat akan membantu
dengan latihan yang diperlukan dan dana permulaan.
2.4 AZAM TANI
AZAM
Tani akan membantu golongan miskin dan miskin tegar untuk terlibat dalam
perniagaan pertanian kecil-kecilan yang akan mendatangkan hasil yang
cepat,misalnya, penternakan ayam itik dan akuakultur. Di sini,mereka yang
terlibat juga akan disediakan latihan dan dana permulaan bagi memulakan usaha
berasaskan pertanian ini.
3.0 SIAPA YANG LAYAK MENYERTAI
PROGRAM 1AZAM
Program
1AZAM diperkenalkan bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan rakyat Malaysia
miskin tegar dan miskin serta Isirumah Berpendapatan Rendah(LIH) yang telah
berdaftar dan memohon untuk menyertai program ini dengan sistem Bank Data
Kemiskinan Nasional (e-kasih).Sistem e-Kasih ialah satu sistem pengkalan data
keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang,
melaksana dan memantau program kemiskinan
Pendapatan
Garis Kemiskinan(PLI) ini berdasarkan kepada keperluan minimum untuk makanan
oleh seisi rumah (bahagian PLI makanan) dan barangan bukan makanan seperti
pakaian, sewa, bahan api dan elektrik (bahagian PLI bukan makanan). Keluarga
yang hidup di bawah PLI adalah mereka yang hidup dalam kemiskinan, manakala
mereka yang di bawah PLI makanan diklasifikasikan sebagai golongan miskin
tegar.
Miskin
adalah isirumah dengan jumlah pendapatan kurang daripada atau bersamaan dengan
RM 750 sebulan.Ini adalah berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan(PLI) dan
adalah jumlah purata nasional manakala Miskin Tegar menggambarkan isirumah yang
mempunyai jumlah pendapatan kurang daripada atau bersamaan dengan RM 440
sebulan. Ini adalah berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan(PLI) makanan dan
adalah jumlah purata nasional.
Isirumah
Berpendapatan Rendah (LIH) adalah isirumah yang mempunyai jumlah pendapatan
kurang daripada atau bersamaan dengan RM 2,000 sebulan,yang mewakili 75% median
pendapatan di Malaysia. Ia ditakrifkan sebagai jumlah purata nasional.
Namun
begitu,tidak semua daripada pemohon akan diterima menyertai program ini.Ini
kerana setiap permohonan akan melalui proses tapisan dan pantauan agar produk
yang dihasilkan melalui program 1AZAM akan dapat dipasarkan di masa akan
datang.
4.0 BAGAIMANA PROGRAM 1AZAM INI
DILAKSANAKAN
Program
1AZAM akan dilaksanakan ke seluruh negara secara berperingkat-peringkat.
Program perintis dijadual dimulakan di Iskandar Regional Development Authority
(IRDA) atau Iskandar Malaysia, Johor, pada akhir bulan Januari 2010. Inisiatif
akan diteruskan ke negeri-negeri lain melalui kerjasama dengan kawasan-kawasan
koridor ekonomi utara, timur, Sabah dan Sarawak yang dilancarkan oleh kerajaan
terdahulu daripada pembentukan Bidang Keberhasilan Utama Negara atau dikenali
sebagai National Key Results Area (NKRA). Secara keseluruhannya, inisiatif Program
1AZAM akan menumpukan usaha untuk membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia
melalui penempatan semula pekerjaan yang diisi oleh pekerja asing. Cadangan
pihak makmal NKRA agar kerajaan memperkenalkan Penetapan Gaji Minimum kepada
pelbagai industri dan sektor pekerjaan yang ditawarkan kepada tenaga kerja
Malaysia, pasaran kerja bakal menyaksikan pekerja-pekerja Malaysia
berpendapatan sekurang-kurangnya RM750 sebulan kepada pekerja berkelulusn
rendah dan separa mahir.
5.0 ORGANISASI YANG TERLIBAT DALAM
MENJAYAKAN PROGRAM 1AZAM
Program
ini adalah merupakan satu kerjasama diantara Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan beberapa kementerian dan agensi yang
dilantik menjadi peneraju iaitu;
1. Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani telah dipertanggungjawabkan untuk menjayakan projek
AZAM Tani.
2. Kementerian
Sumber Manusia (MOHR) telah dipertanggungjawabkan untuk menjayakan projek AZAM
Kerja.
3. Amanah
Ikhtiar Malaysia (AIM) telah dipertanggungjawabkan untuk menjayakan projek AZAM
Khidmat dan AZAM Niaga.
6.0 KESAN ORANG YANG MENERIMA
PROGRAM 1AZAM
Program
ini sememangnya sangat dialu-alukan oleh semua pihak terutamanya golongan yang
kurang berkemampuan kerana ianya dapat membantu mereka untuk keluar daripada
belenggu kemiskinan yang selama ini telah menghalang mereka daripada menikmati
kehidupan yang lebih baik dan sempurna.
7.0 PANDANGAN ANDA TENTANG PROGRAM
1AZAM INI
Pada
pandangan saya,Program 1AZAM diharap dapat diteruskan dan dipertingkatkan
lagi pada masa akan datang kerana ianya
membantu meringankan beban golongan miskin tegar dan miskin serta Isirumah
Berpendapatan Rendah(LIH) dalam menangani kenaikan kos sara hidup yang berlaku
pada masa kini.Disamping itu juga,Program 1AZAM juga dilihat mampu membantu
kerajaan dalam mewujudkan keadilan ekonomi sosial dikalangan rakyat di negara
ini dan seterusnya memaju negara kearah mencapai matlamat Wawasan 2020.
RUJUKAN
1Abu
Bakar Esah,2012.Kerajaan Bantu Lonjakkan Pendapatan Rakyat,
http://www.sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=12054:kerajaan-bantu-lonjakkan-pendapatan-rakyat&catid=35:berita-sabah&Itemid=27
dirujuk pada 1April 2012
2Bernama,2012.Kerajaan
peruntuk Program 1Azam RM120 juta di Sabah,http://www.sinarharian.com.my/nasional/kerajaan-peruntuk-program-1azam-rm120-juta-di-sabah-1.22414?localLinksEnabled=false
dirujuk pada 3 April 2012
3Laman
web Pusat Maklumat Rakyat,2008.Program 1AZAM,
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/464-nkrataraf-hidup-rakyat/11472-program-1azam.html dirujuk pada 3
April 2012
4Laman
web Portal Rasmi Kementrian Pembangunan Wanita,Keluarga dan
Masyarakat,2011.1AZAM,http://www.kpwkm.gov.my/nkra/1azam
dirujuk pada 13 April 2012
5Laman
web Portal Rasmi Kementrian Pembangunan Wanita,Keluarga dan
Masyarakat,2011.eKasih. http://www.kpwkm.gov.my/ekasih dirujuk pada 15
April 2012
6Laman
web Berita Harian Online(2012) Program 1AZAM latih 2,280 belia di Sabah, http://www.bharian.com.my/articles/Program1AZAMlatih2_280beliadiSabah/Article/
dirujuk pada 16 April 2012