Thursday 21 June 2012

TEORI KONFLIK

PENGENALAN
Sains sosial ialah satu kajian sainstifik mengenai manusia dan masyarakat.Dalam masyarakat,manusia akan berhubungan dengan orang lain berdasarkan tingkah laku tertentu.Tumpuan kajian sains sosial ialah ke atas tingkah laku manusia dalam kelompok serta segala institusi dan sistem kawalan yang diwujudkan untuk mengawal perhubungan antara manusia dalam kelompoknya.
Abdul Rahman Embong mendefinasikan sains sosial adalah satu bidang yang amat luas jangkaannya.Ini kerana di dalamnya terdapat pelbagai jenis sub-disiplin ilmu iaitu sosiologi,antropologi,sains politik,ekonomi,psikologi,geografi dan sejarah.Pengetahuan yang terdapat dalam sains sosial pula dapat di gunakan untuk menyelesaikan masalah yang timbul(Wan Abdul Halim Othman,1983)
Konsep sains sosial adalah berkaitan dengan fenomena sosio-budaya manusia merangkumi proses sosial,interaksi,sosial,kebudayaan,susun lapis sosial dalam masyarakat,proses pembentukan personaliti,pembangunan ekonomi dan keadilan sosial.
Perubahan sosial pula adalah suatu proses perubahan individu atau kelompok daripada satu lapisan sosial kepada lapisan sosial yang lain dalam satu sistem stratifikasi sosial.Terdapat beberapa dimensi perubahan sosial iaitu perubahan dari segi arah,massa,unjuran dan tandingan.Dan untuk mencapai perubahan sosial, ianya dipengaruhi oleh beberapa faktor tertentu iaitu pekerjaan,pendidikan,perkahwinan dan individu.
 TOKOH UTAMA DAN TEORI
 Karl Marx (1818-1883)
Beliau adalah seorang ahli falsafah,ahli ekonomi dan ahli revolusi.Beliau telah terbuang dari Jerman kerana idea-ideanya yang radikal dan kemudiannya meninggal dunia di England.
.
Teori Konflik
Teori konflik adalah berlatarbelakangkan tafsiran-tafsiran sosiologi terhadap karya-karya Karl Marx.Teori ini adalah berbeza dengan teori fungsionalisme dimana ianya tidak bersetuju dengan konsep konsensus dan sosiologi yang bebas nilai.
Teori konflik juga bukan semata-mata sebagai satu cara analisis sosiologi tetapi ianya merupakan satu cara reformasi sosial.Konflik di definasikan sebagai penentangan secara langsung dan sedar antara individu atau kumpulan untuk mencapai matlamat bersama.Dalam situasi konflik,penewasan lawan dianggap lebih penting berbanding pencapaian matlamat.Selain itu,konflik juga adalah satu fenomena sosial yang penting.
Dalam pemikiran sosiologi abad ke 19,Comte dan Durkheim lebih mementingkan wujudnya unsur atau institusi yang lebih mewujudkan harmoni dan integrasi manakala dalam teori konflik,ianya lebih menekankan tentang konflik sebagai satu unsur utama dalam kehidupan sosial. Konflik dianggap perkara normal yang tidak dapat dielakkan.Sesetengah ahli teori berpendapat,konflik tidak memusnahkan tetapi berfungsi dengan membina dalam keadaan tertentu.
Menurut Karl Mark,punca konflik adalah berasaskan hubungan sosial dalam pengeluaran iaitu ciri penentangan di antara dua kelas yang berbeza,borjouis dan ploteriat.Konflik ini berlaku apabila terdapat hubungan yang berbeza terhadap sumber pengeluaran.Walaupun begitu,Karl Mark menganggap pergelutan kelas bawahan adalah satu  fenomena yang negetif akan tetapi ianya mempunyai fungsi untuk memperkukuhkan perasaan perpaduan di kalangan anggota sesuatu kelas. Dan juga adalah  suatu kuasa penggerak dalam sejarah manusia.
Umumnya,Karl Marx telah menganalisis hubungan masyarakat dan sistem kapitalis dan mencipta teori melalui penelitian terhadap proses perubahan sejarah.Pemikiran Karl Mark adalah berasaskan konsep materialisme sejarah.Menurut Karl Marx,sejarah keseluruhan manusia adalah dipenuhi oleh perjuangan antara kelas.
Teori  Marx ini  adalah bersifat evolusi dan revolusi.Evolusi didefinisikan melihat perubahan sebagai melalui tahap rendah ke tahap yang baru.Tahap baru sebagai lebih maju daripada sebelumnya.
Perubahan didefinasikan sebagai menuju kearah kemajuan.Revolusi pula didefinasikan perubahan yang berlaku secara mendadak.Yang mana,ianya melibatkan perubahan seluruh sistem masyarakat termasuk sistem politik dan ekonomi.

 Materialisme Sejarah
Materialisme Sejarah menjelaskan bahawa sejarah manusia ditentukan oleh material.Material di sini adalah benda yang mempunyai erti penting dalam masyarakat iaitu alat pengeluaran(means of production). Hal penting pada masa tersebut adalah siapa yang menguasai alat pengeluaran maka mereka akan menguasai masyarakat. Alat pengeluaran adalah setiap alat yang menghasilkan produk atau barangan. Para pemilik alat pengeluaran adalah orang kaya dan yang tidak memiliki alat pengeluaran adalah orang yang ditindas dan dipaksa bekerja. Dalam materialisme sejarahnya Marx mengungkapkan selalu adanya konflik antara pemilik dan bukan pemilik alat pengeluaran yang tiada henti-hentinya.
Marx membahagi lima kelas masyarakat berdasarkan means of production:
1. Masyarakat primitif:
 Alat pengeluarannya adalah tanah. Dalam masyarakat ini penindasan akan terjadi antara pemilik alat pengeluaran iaitu pemilik tanah dengan pengguna tanah atau petani.
2. Masyarakat fuedal:
Dalam masyarakat feudal ditentukan melalui pemilikan tanah.
 3. Masyarakat kapitalis:
Alat pengeluarannya sebagai industri.Konflik terjadi antara kelas borjuis dengan buruh.Perjuangan kelas adalah perjuangan antara borjuis dan ploteriat
4. Masyarakat sosialis:
Dalam masyarakat ini berlaku penentangan terhadap masyarakat kapitalis untuk menghapuskan pengekploitasian,kesengsaraan dan sebagainya.
5. Masyarakat komunis:
Dalam masyarakat ini kelas proletariat akan menang.

Masyarakat Kapitalis
Masyarakat Kapitalis telah muncul di dunia selepas sistem perhambaan Greek Tua dan Rom, dimana ianya telah menyaksikan perubahan dalam pemilikan tanah dan buruh.Pada kurun ke 16,dunia telah menyaksikan pertumbuhan sektor-sektor swasta,kebebasan individu, pengumpulan  kekayaan material dan sistem pasar.
Selepas revolusi industri,abad 19,aktiviti perniagaan yang berunsurkan nilai terhadap barangan,buruh dan tanah telah muncul.Kesan daripada revolusi ini,pemisahan antara pemerintah dan ekonomi inilah yang telah mewujudkan kebebasan individu daripada apa jua kongkongan.
Ramai pengikut Marx telah memperkembangkan ideanya terutama berkaitan dengan hubungan antara kelas.Tetapi ianya tidak di ikuti secara seratus peratus,pandangan Karl Mark telah di ubah suai oleh pengikutnya,yang mana  mereka yang menjadi pengikut kepada teori Karl Mark ini di kenali dengan panggilan Marxist,Marxian dan Neomarxist.
Dalam masyarakat kapitalis,pembahagian masyarakat terbahagi kepada dua komponen utama iaitu struktur atas dan struktur asas.Struktur atas adalah berdasarkan ekonomi yang mana ianya menjadi penentu kepada struktur-struktur yang lain dan penentu kepada struktur atas.Struktur atas pula adalah selain daripada ekonomi dan saling berkait dengan struktur asas.
Masyarakat kapitalis memandang kebebasan adalah suatu kepentingan bagi setiap individu untuk mencari keserasian antara dirinya dan masyarakat. Kerana mereka percaya,kebebasan adalah suatu pendorong yang kuat bagi pengeluaran kerana ianya benar-benar menjadi hak manusia yang menggambarkan kehormatan kepada setiap manusia.

Ciri-ciri masyarakat Kapitalisme
1.Sistem hak milik perseorangan
Punca-punca pengeluaran seperti tanah,modal,kilang,jentera dan lain-lain terletak pada segelintir tangan kaum pemodal.
2.Wujud sistem pasaran bebas untuk pertukaran barangan
Barangan dijual untuk mendapatkan keuntungan dan bukannya untuk memenuhi keperluan manusia dan masyarakat.
3.Pasaran Buruh
Tenaga buruh juga satu komoditi untuk dibeli oleh pemodal yang membayarnya dalam bentuk upah.Contohnya kilang.
4.Buruh menghasilkan kerja dan kerja lebihan
Kerja lebihan mewujudkan nilai lebihan.Dalam ekonomi kapitalis.berlaku penindasan yang mana ada kerja lebihan yang tidak dibayar upah oleh kapitalis tetapi diambil oleh mereka sebagai sumber keuntungan.
5.Wujud dua kelas utama dalam masyarakat
Kelas ditentukan berdasarkan kedudukan masing-masing atau kelompok dalam hubungan dengan punca pengeluaran.Sama ada sebagai pemilik(golongan atasan) atau bukan pemilik(golongan bawahan).

Ciri-ciri sosialisme yang dikehendaki
1.Kesaksamaan
Kesaksamaan dalam semua aspek kehidupan manusia adalah amat penting untuk mengelakkan masyarakat daripada berlaku bersaing antara satu sama lain dan seterusnya mewujudkan peluang yang sama dalam apa jua  perkara.
2.Hak milik dikuasai bersama
Punca pengeluaran haruslah dimiliki secara bersama supaya ianya tidaklah memandang kepada keuntungan semata-mata tetapi untuk memenuhi keperluan manusia dan masyarakat.
3.Kesejahteraan sosial
Tiada persaingan,penindasan antara masyarakat dapat mewujudkan persekitaran sosial yang baik dan seterusnya dapat membentuk satu masyarakat yang unggul.
4.Tiada penindasan kerana tiada pihak dominan
Kerana terdapat pihak dominan di dalam masyarakat dan punca pengeluaran,ianya telah menyebabkan berlaku penindasan didalam masyarakat.
5. Tiada kelas sosial
Paling penting adalah masyarakat tidak lagi berpecah,tidak terlibat lagi kumpulan kelas yang kecil yang memonopoli ekonomi serta kuasa politik.

 
3.0 RUMUSAN
Teori konflik membicarakan tentang peranan struktur sosial seperti soal pembahagian kelas,konflik,perubahan sosial,kuasa dan ideologi.
Selain itu,teori ini juga memperlihatkan peluang yang tidak sama terhadap sumber-sumber terhad yang ada dalam struktur sosial dan memperlihatkan bagaimana ketegangan berpunca daripada ketidaksamaan,yang mana,ianya memberi kesan kepada kestabilan dalam perubahan.Jesteru,teori ini melihat masyarakat dari perspektif konflik dan perubahan.
Untuk berubah,konflik tidak dapat dielakkan.Konflik boleh berlaku antara kelas atasan dan bawahan,juga boleh berlaku dalam kelas yang sama serta dalam keluarga mahupun kumpulan yang menginginkan perubahan.Dalam suatu konflik,situasi menang dan kalah akan sentiasa wujud.Situasi ini akan menyebabkan perubahan berlaku.Jesteru,ketegangan atau konflik dalam masyarakat akan menyumbang kepada perubahan sosial.
Teori ini meramalkan bahawa pada masa akan datang kapitalisme akan lenyap dan digantikan dengan sistem baru yang disebut sebagai sosialisme ataupun komunisme.Ciri unggul masyarakat dikatakan oleh Karl Marx ialah masyarakat tanpa kelas.Dalam masyarakat berkenaan,faktor-faktor pengeluaran adalah hak milik bersama,semua orang adalah saksama dan kesejahteraan sosial akan tercapai.