PENGENALAN
Sains
sosial ialah satu kajian sainstifik mengenai manusia dan masyarakat.Dalam
masyarakat,manusia akan berhubungan dengan orang lain berdasarkan tingkah laku
tertentu.Tumpuan kajian sains sosial ialah ke atas tingkah laku manusia dalam kelompok
serta segala institusi dan sistem kawalan yang diwujudkan untuk mengawal
perhubungan antara manusia dalam kelompoknya.
Abdul
Rahman Embong mendefinasikan sains sosial adalah satu bidang yang amat luas
jangkaannya.Ini kerana di dalamnya terdapat pelbagai jenis sub-disiplin ilmu
iaitu sosiologi,antropologi,sains politik,ekonomi,psikologi,geografi dan
sejarah.Pengetahuan
yang terdapat dalam sains sosial pula dapat di gunakan untuk menyelesaikan
masalah yang timbul(Wan Abdul Halim Othman,1983)
Konsep
sains sosial adalah berkaitan dengan fenomena sosio-budaya manusia merangkumi
proses sosial,interaksi,sosial,kebudayaan,susun lapis sosial dalam
masyarakat,proses pembentukan personaliti,pembangunan ekonomi dan keadilan
sosial.
Perubahan
sosial pula adalah suatu proses perubahan individu atau kelompok daripada satu
lapisan sosial kepada lapisan sosial yang lain dalam satu sistem stratifikasi
sosial.Terdapat beberapa dimensi perubahan sosial iaitu perubahan dari segi
arah,massa,unjuran dan tandingan.Dan untuk mencapai perubahan sosial, ianya
dipengaruhi oleh beberapa faktor tertentu iaitu
pekerjaan,pendidikan,perkahwinan dan individu.
TOKOH
UTAMA DAN TEORI
Karl
Marx (1818-1883)
Beliau
adalah seorang ahli falsafah,ahli ekonomi dan ahli revolusi.Beliau telah terbuang
dari Jerman kerana idea-ideanya yang radikal dan kemudiannya meninggal dunia di
England.
.
Teori Konflik
Teori
konflik adalah berlatarbelakangkan tafsiran-tafsiran sosiologi terhadap
karya-karya Karl Marx.Teori ini adalah berbeza dengan teori fungsionalisme
dimana ianya tidak bersetuju dengan konsep konsensus dan sosiologi yang bebas
nilai.
Teori
konflik juga bukan semata-mata sebagai satu cara analisis sosiologi tetapi
ianya merupakan satu cara reformasi sosial.Konflik di definasikan sebagai
penentangan secara langsung dan sedar antara individu atau kumpulan untuk
mencapai matlamat bersama.Dalam situasi konflik,penewasan lawan dianggap lebih
penting berbanding pencapaian matlamat.Selain itu,konflik juga adalah satu
fenomena sosial yang penting.
Dalam
pemikiran sosiologi abad ke 19,Comte dan Durkheim lebih mementingkan wujudnya
unsur atau institusi yang lebih mewujudkan harmoni dan integrasi manakala dalam
teori konflik,ianya lebih menekankan tentang konflik sebagai satu unsur utama
dalam kehidupan sosial. Konflik dianggap perkara normal yang tidak dapat
dielakkan.Sesetengah ahli teori berpendapat,konflik tidak memusnahkan tetapi
berfungsi dengan membina dalam keadaan tertentu.
Menurut
Karl Mark,punca konflik adalah berasaskan hubungan sosial dalam pengeluaran
iaitu ciri penentangan di antara dua kelas yang berbeza,borjouis dan
ploteriat.Konflik ini berlaku apabila terdapat hubungan yang berbeza terhadap
sumber pengeluaran.Walaupun begitu,Karl Mark menganggap pergelutan kelas
bawahan adalah satu fenomena yang
negetif akan tetapi ianya mempunyai fungsi untuk memperkukuhkan perasaan
perpaduan di kalangan anggota sesuatu kelas. Dan juga adalah suatu kuasa penggerak dalam sejarah manusia.
Umumnya,Karl
Marx telah menganalisis hubungan masyarakat dan sistem kapitalis dan mencipta
teori melalui penelitian terhadap proses perubahan sejarah.Pemikiran Karl Mark
adalah berasaskan konsep materialisme sejarah.Menurut Karl Marx,sejarah
keseluruhan manusia adalah dipenuhi oleh perjuangan antara kelas.
Teori Marx ini
adalah bersifat evolusi dan revolusi.Evolusi didefinisikan melihat
perubahan sebagai melalui tahap rendah ke tahap yang baru.Tahap baru sebagai
lebih maju daripada sebelumnya.
Perubahan
didefinasikan sebagai menuju kearah kemajuan.Revolusi pula didefinasikan
perubahan yang berlaku secara mendadak.Yang mana,ianya melibatkan perubahan
seluruh sistem masyarakat termasuk sistem politik dan ekonomi.
Materialisme
Sejarah
Materialisme
Sejarah menjelaskan bahawa sejarah manusia ditentukan oleh material.Material di
sini adalah benda yang mempunyai erti penting dalam masyarakat iaitu alat
pengeluaran(means of production). Hal penting pada masa tersebut adalah siapa
yang menguasai alat pengeluaran maka mereka akan menguasai masyarakat. Alat
pengeluaran adalah setiap alat yang menghasilkan produk atau barangan. Para
pemilik alat pengeluaran adalah orang kaya dan yang tidak memiliki alat pengeluaran
adalah orang yang ditindas dan dipaksa bekerja. Dalam materialisme sejarahnya
Marx mengungkapkan selalu adanya konflik antara pemilik dan bukan pemilik alat
pengeluaran yang tiada henti-hentinya.
Marx
membahagi lima kelas masyarakat berdasarkan means
of production:
1.
Masyarakat primitif:
Alat pengeluarannya adalah tanah. Dalam
masyarakat ini penindasan akan terjadi antara pemilik alat pengeluaran iaitu
pemilik tanah dengan pengguna tanah atau petani.
2.
Masyarakat fuedal:
Dalam
masyarakat feudal ditentukan melalui pemilikan tanah.
3.
Masyarakat kapitalis:
Alat
pengeluarannya sebagai industri.Konflik terjadi antara kelas borjuis dengan
buruh.Perjuangan kelas adalah perjuangan antara borjuis dan ploteriat
4.
Masyarakat sosialis:
Dalam
masyarakat ini berlaku penentangan terhadap masyarakat kapitalis untuk menghapuskan
pengekploitasian,kesengsaraan dan sebagainya.
5.
Masyarakat komunis:
Dalam
masyarakat ini kelas proletariat akan menang.
Masyarakat Kapitalis
Masyarakat
Kapitalis telah muncul di dunia selepas sistem perhambaan Greek Tua dan Rom, dimana
ianya telah menyaksikan perubahan dalam pemilikan tanah dan buruh.Pada kurun ke
16,dunia telah menyaksikan pertumbuhan sektor-sektor swasta,kebebasan individu,
pengumpulan kekayaan material dan sistem
pasar.
Selepas
revolusi industri,abad 19,aktiviti perniagaan yang berunsurkan nilai terhadap
barangan,buruh dan tanah telah muncul.Kesan daripada revolusi ini,pemisahan
antara pemerintah dan ekonomi inilah yang telah mewujudkan kebebasan individu
daripada apa jua kongkongan.
Ramai
pengikut Marx telah memperkembangkan ideanya terutama berkaitan dengan hubungan
antara kelas.Tetapi ianya tidak di ikuti secara seratus peratus,pandangan Karl
Mark telah di ubah suai oleh pengikutnya,yang mana mereka yang menjadi pengikut kepada teori
Karl Mark ini di kenali dengan panggilan Marxist,Marxian dan Neomarxist.
Dalam
masyarakat kapitalis,pembahagian masyarakat terbahagi kepada dua komponen utama
iaitu struktur atas dan struktur asas.Struktur atas adalah berdasarkan ekonomi
yang mana ianya menjadi penentu kepada struktur-struktur yang lain dan penentu
kepada struktur atas.Struktur atas pula adalah selain daripada ekonomi dan
saling berkait dengan struktur asas.
Masyarakat
kapitalis memandang kebebasan adalah suatu kepentingan bagi setiap individu
untuk mencari keserasian antara dirinya dan masyarakat. Kerana mereka
percaya,kebebasan adalah suatu pendorong yang kuat bagi pengeluaran kerana ianya
benar-benar menjadi hak manusia yang menggambarkan kehormatan kepada setiap
manusia.
Ciri-ciri masyarakat Kapitalisme
1.Sistem
hak milik perseorangan
Punca-punca
pengeluaran seperti tanah,modal,kilang,jentera dan lain-lain terletak pada
segelintir tangan kaum pemodal.
2.Wujud
sistem pasaran bebas untuk pertukaran barangan
Barangan
dijual untuk mendapatkan keuntungan dan bukannya untuk memenuhi keperluan
manusia dan masyarakat.
3.Pasaran
Buruh
Tenaga
buruh juga satu komoditi untuk dibeli oleh pemodal yang membayarnya dalam
bentuk upah.Contohnya kilang.
4.Buruh
menghasilkan kerja dan kerja lebihan
Kerja
lebihan mewujudkan nilai lebihan.Dalam ekonomi kapitalis.berlaku penindasan
yang mana ada kerja lebihan yang tidak dibayar upah oleh kapitalis tetapi
diambil oleh mereka sebagai sumber keuntungan.
5.Wujud
dua kelas utama dalam masyarakat
Kelas
ditentukan berdasarkan kedudukan masing-masing atau kelompok dalam hubungan
dengan punca pengeluaran.Sama ada sebagai pemilik(golongan atasan) atau bukan
pemilik(golongan bawahan).
Ciri-ciri sosialisme yang dikehendaki
1.Kesaksamaan
Kesaksamaan
dalam semua aspek kehidupan manusia adalah amat penting untuk mengelakkan
masyarakat daripada berlaku bersaing antara satu sama lain dan seterusnya
mewujudkan peluang yang sama dalam apa jua
perkara.
2.Hak
milik dikuasai bersama
Punca
pengeluaran haruslah dimiliki secara bersama supaya ianya tidaklah memandang
kepada keuntungan semata-mata tetapi untuk memenuhi keperluan manusia dan
masyarakat.
3.Kesejahteraan
sosial
Tiada
persaingan,penindasan antara masyarakat dapat mewujudkan persekitaran sosial
yang baik dan seterusnya dapat membentuk satu masyarakat yang unggul.
4.Tiada
penindasan kerana tiada pihak dominan
Kerana
terdapat pihak dominan di dalam masyarakat dan punca pengeluaran,ianya telah
menyebabkan berlaku penindasan didalam masyarakat.
5.
Tiada kelas sosial
Paling
penting adalah masyarakat tidak lagi berpecah,tidak terlibat lagi kumpulan
kelas yang kecil yang memonopoli ekonomi serta kuasa politik.
3.0 RUMUSAN
Teori
konflik membicarakan tentang peranan struktur sosial seperti soal pembahagian
kelas,konflik,perubahan sosial,kuasa dan ideologi.
Selain
itu,teori ini juga memperlihatkan peluang yang tidak sama terhadap
sumber-sumber terhad yang ada dalam struktur sosial dan memperlihatkan
bagaimana ketegangan berpunca daripada ketidaksamaan,yang mana,ianya memberi
kesan kepada kestabilan dalam perubahan.Jesteru,teori ini melihat masyarakat
dari perspektif konflik dan perubahan.
Untuk
berubah,konflik tidak dapat dielakkan.Konflik boleh berlaku antara kelas atasan
dan bawahan,juga boleh berlaku dalam kelas yang sama serta dalam keluarga
mahupun kumpulan yang menginginkan perubahan.Dalam suatu konflik,situasi menang
dan kalah akan sentiasa wujud.Situasi ini akan menyebabkan perubahan
berlaku.Jesteru,ketegangan atau konflik dalam masyarakat akan menyumbang kepada
perubahan sosial.
Teori
ini meramalkan bahawa pada masa akan datang kapitalisme akan lenyap dan digantikan
dengan sistem baru yang disebut sebagai sosialisme ataupun komunisme.Ciri
unggul masyarakat dikatakan oleh Karl Marx ialah masyarakat tanpa kelas.Dalam
masyarakat berkenaan,faktor-faktor pengeluaran adalah hak milik bersama,semua
orang adalah saksama dan kesejahteraan sosial akan tercapai.