Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Tuesday, 21 January 2014

MELAYU NAKAL-MALAM PERTAMA

KLIK SINI

Thursday, 16 January 2014

LAWAK-PANTUN MELAYU

Wednesday, 8 January 2014

MELAYU NAKAL-TEKA TEKI PALING SUSAH

Tuesday, 7 January 2014

LAWAK-BUDAK MAIN KETUK KEPALA

Friday, 28 June 2013

WATCHONLINE-NGEBUT KAWIN FULL MOVIE

KLIK SINI

Sunday, 31 March 2013

WATCHONLINE-LAWAK KE DER 2 FULL MOVIE (HD)

KLIK SINI

Tuesday, 3 July 2012

Cara-cara berlawak dengan roomate anda

1. Sebelum roommate balik dari kelas, bungkus diri sendiri macam kafan (siap ikat jugak) pastu baring senyap-senyap atas katil dia. Mesti dia terkujat sampai pengsan bila masuk bilik tengok2 ada mayat.

2. Mase roommate tido, bungkus dia macam kafan mayat (siap ikat), pastu panggil member dlm 10 bace yasin ramai2. Bile roomate jage pakat2 buat x nmpk ape2.

3. Pegang & gosok-gosok rambut roommate anda sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la. Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

4. Beli pokok2 bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat. Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

Selebinhya korang tambah ye..

Monday, 2 July 2012

CARA HACK PREPAID TELEFON

Dari seorang kawan yang memeberitau perkara ini. Jika nak mencuba kenalah segera kerana cara ini yang tidak sah, sebelum ia dikesan dan ditutup aplikasi ini oleh pembekal talian telefon. Boleh digunakan untuk semua prepaid di Malaysia yang menggunakan kod 01X...

Pada yang percaya dan berminat sahaja. Pada yang tak berminat tu boleh lah tengok2 entry lain kat blog ni, yang best belaka....heheheh.

Kepada yang berminat, harap baca cara2nya sampai habis dahulu, maklumlah penyampaian ni tunggang-langgang skit kerana aku diajar cara membuatnya melalui lisan.

Mula2 dail kod perkhdmatan yang anda gunakan diikuti 1415007 (contohnya: 0161415007), anda akan dengar nada... Tunggu hingga berhenti nada tersebut, kemudian dail pula 1928. Seakali lagi nada tanpa suara akan kedengaran. Tunggu hingga bunyi berhenti, masukan dail pula nombok kot kawasan mengikut kod kawasan di mana simcard dulu didafratkan... (Sel/KL - 103, N9/Mel/Joh - 106, Kel/Tre/Pah - 109, lain2 negeri-110). Anda akan dengar orang berkata "please insert your pin number" kemudian terus masukkan 0111 2234 00483 dan dail. Jika semuanya betul anda akan dengar "your pin number is accepted, please verefy your number".. sekarang dail no telefon anda... kemudian anda akan dengar "huh..mano ado bondo pree ket dunio sekarng ni, nak buang air pon kono bayar... nak top-up, poi lah boli.." Samaada dengar atau tidak dia kata mcm tu, cara ni tak perlu lah dicuba. Apa pun jangan marah aaa... nanti kena jual..

Sunday, 1 July 2012

CARA-CARA NAK COVER MALU

1.Kalau tersepak batu:
Jangan terus bangun, sebaliknya kamu baring dan terus
berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai.
Bila sudah tiada yang nampak, barulah bangun.

2.Kalau terjatuh basikal:
Cepat-cepat naik basikal kamu semula dan buat-buat jatuh
sehingga berkali-kali supaya orang ingat kamu sengaja buat lawak.

3.Kalau terjatuh tangga:
Terus bersilat seolah-olah kamu dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus.

4.Kalau terjatuh dalam longkang:
Pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka kamu seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.

5.Kalau jatuh ketika naik bas:
Jeritlah kuat-kuat "Oi! Apa ni tolak-tolak orang?"
walaupun sebenarnya tiada orang di belakang kamu.

6.Kalau terjatuh di depan perhentian bas:
Terus buat-buat pengsan sehingga ada orang yang membantu kamu.
Kalau tak ada yang membantu baring terus sampai malam
sehingga tiada seorang pun yang tinggal di perhentian bas itu.
Inilah masa yang paling tepat untuk kamu bangun semula.

7.Kalau tergelincir di lantai licin:
Tariklah kawan-kawan atau sesiapa yang ada di sebelah
kamu untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah kamu
seorang sahaja yang dapat malu. Ye tak?!!

PORNO

Orang terlalu ramai dalam bas mini. Naiklah seorang wanita muda yang sedang mengandung. Lalu dengan sopan dia berkata kepada seorang lelaki yang sedang duduk di sebuah kerusi.

“Encik, bolehkan bagi saya duduk? Saya berdiri tak apa, tetapi budak di dalam ni..”.

Lelaki tu pun memberikan tempat duduknya kepada wanita tersebut. Kemudian lelaki itu pun mengeluar rokok lalu menghisap rokok tersebut, tiba-tiba wanita itu berkata,

“Encik, boleh ke encik berhenti merokok. Saya tak apa, tapi budak di dalam ni..”.

Lelaki itu pun dengan tersipu2 membuang puntung rokok tersebut. Tetapi di dalam hati membara, geram betul pada wanita itu.

Dah lah aku terpaksa beri tempat duduk aku, ni dia boleh tegur aku yang sedang merokok. Macam mana aku nak pekena dia pula?

Tiba2 angin bertiup, dan terselaklah kain wanita itu, dan nampaklah pangkal pahanya yang putih melepak, maka dgn spotan lelaki itu berkata

“Cik puan, boleh tak cik puan tutup kain cik puan. Saya tak apa, tetapi budak di dalam (seluar) ni tak boleh.

Thursday, 21 June 2012

NENEK DAN FACEBOOK

Cucu : Nenek!! Nek..!! Datuk meninggal!

Nenek : Bila cu??

Cucu : Baru je, jatuh dari p0k0k sukun, cepat nek ke rumah, keluarga sudah berkumpul semua, mari cepat nek !!

Nenek : Sebentar cu, nenek pinjam henfon kamu dulu cu..

Cucu : Nak tepon siapa siapa nek ??

Nenek : Bukan! Nenek nak buka facebook dulu..

Cucu : Knape nenek nak buka facebook lagi waktu begini?

Nenek : Em, nek nak ubah status dari MARRIED menjadi SINGLE!

Cucu : !@#$%^&*()~

Wednesday, 20 June 2012

GANGSTER

Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan.

Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya, tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut.Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000.

Walau bagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia. Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi
dengan mereka.

Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.

Gangster : Mana wang tu?

Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu…
Si bisu menunjukkan isyarat untuk “Aku tak tahu apa yang mereka katakan.”

Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakanpistol ke arah kepala si bisu.

Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu…

Sibisu menunjukkan isyarat “Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk.”

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, “Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah…”

Saturday, 16 June 2012

Jam Dinding

Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.
Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.

Entah macam mana ada pulak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat bateri tu...beliau pun dengan bangganya memberitahukepada anak-anak buahnya.

"OOOO...patutlah tak jalan. Drivernya mati tershepittttt....!!"

Friday, 15 June 2012

KAMBING DAN AYAM

Pada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing.

Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.

Ayam : Kambing, pekabo?

Kambing : Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana
hensem-hensem ni.

Ayam : Takde ke mana. Sesajalah nak tengok riaksi engko.

Kambing : Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam, kan?

Ayam : Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya.....

Kambing : Apsal pulak?

Ayam : Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi TELUR nampak...

Thursday, 14 June 2012

CONTOH KARANGAN TERBAIK

BY MOHD HUZAIFAH MUNTALIP
ON NOVEMBER 19, 2009

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Sunday, 3 June 2012

LAWAK:ANAK RAMAI

Suatu Yayasan Keluarga di Indonesia mengadakan pertandingan siapa yang ramai anak peringkat antarabangsa.Di final pertandingan tersebut di adakan di depan orang ramai yang menjadi penonton yang diadakan di stadium bolasepak Senayan.

Diumumkan pemenang ketiga bernama Sumardi dengan membawa 50 orang anaknya. “Inilah peserta dari India dengan 50 anak !… penonton pun bersorak “fuuuuyoooo!…. ”

Kemudian dipanggil pemenang kedua iaitu Radin peserta dari China dengan membawa 100 orang anaknya. “Penonton sekalian, juara kedua peserta dari China dengan 100 anak !… penonton bersorak lagi “fuuuuyoooo!…. “Isuhangat hangat bangat deh!”

Tiba masanya diumumkan juara pertandingan, berjalan dengan ‘kerek’nya ke tengah stadium.

“Juara Pertama dari Indonesia iaitu Ajoi !”

Para Juri dan penonton TV siaran langsung agak terkejut sebentar (kenapa boleh jadi juara, ya?), tapi kemudian terdengar suara semua penonton di stadium bersorak

“Bapak ! Bapak ! Bapak !”

Wednesday, 25 April 2012

2bayi kembar dalam rahim

Bayi 1-hey,bile besar nanti ko nak jadi apa ek?
Bayi 2-emm..aku nak jadi tukang lampu. sebab aku nak pasang lampu kat dalam ni.gelap ar..eh,ko nk  jadi apa bayi 1?
Bayi 1-aku nak jadi penyiasat..
Bayi 2-eh,aneh je ko ni bayi 1.ko nak siasat apa?
Bayi 1-aku nak siasat siapa budak kepala botak yang asyik keluar masuk,keluar masuk je kat tempat kita ni..siap simbah air lagi..huh!

Saturday, 7 April 2012

LAWAK:JOI SEORANG YANG KAYA

joi adalah sorg yg kaya.Setiap hari beliau akan menyimpan RM1000 di bank. Setiap hari tepat pukul 9 pagi Ajoi dah pun bersiap sedia terpacak di kaunter bank untuk menyimpan RM1000nya. Setelah lebih kurang setahun berlalu, kehadirannya setiap hari disedari oleh Manager Bank. Menager Bank itu pun memanggilnya ke office dan bertanya…

Manager : Setiap hari saya lihat Encik akan menympan RM1000 di bank. Apa kerja encik?

Ajoi : Saya ni sebenarnya tak de kerja encik. Cuma saya suka bertaruh. Setiap hari saya akan bertaruh dan saya tak pernah kalah.

Manager : Ooo… ini sudah cukup bagus. Tapi en mungkin belum bertemu dengan orang yang teror macam saya ni. Kalau encik bertaruh dengan saya jangan haraplah nak menang.

Ajoi : Iye ke? Kalau macam tu jom kita bertaruh.
Manager : Okay. Sebutkan apa saja encik nak bertaruh dengan saya.

Ajoi : Macam ni… dalam tempoh 7 hari dari sekarang encik akan kehilangan bulu ketiak encik. Kalau betul encik akan hilang RM1000, kalau tak saya akan bayar encik RM1000.

Manager : Hahaha.. tak logiklah encik. Tapi tak pe… saya setuju.

Setelah kedua-duanya setuju mereka pun beredar. Besoknya bila bangun pagi Manager tu pun meraba ketiaknya.. ooh masih ada bulu. Begitulah seterusnya hinggalah sampai ke hari yang ketujuh dia dapati bulu ketiaknyanya masih lagi ada.. Dengan suka hatinya Manager tersebut pun pergilah berjumpa dengan Ajoi.

Manager : En Ajoi sorrylah ye! .. bulu ketiak saya masih lagi ada..
Ajoi : Betul ke? Aku tak percaya… Mari sini aku cek…

Lalu dipegangnya ketiak Manager tu. Sambil tersenyum Ajoi pun berkata..

Ajoi : Okaylah.. Betul kata kau. Nah ambil RM1000 ni..

Ajoi pun menghulurkannya.

Manager : Hari ni baru awak tahu siapa yang teror… Sorrylah En Ajoi hari ni awak tak dapat pergi kaunter bank lagi keh.. keh.. keh…

Tiba-tiba Ajoi mengeluarkan RM4000 dan pergi ke kaunter bank. Manager tersebut rasa hairan lalu bertanya pada Ajoi ..

Manager : mana awak dapat duit sebanyak tu?
Ajoi : Saya bertaruh dengan kawan pak cik Guard kat luar tu tadi RM5000.
Manager : Bertaruh apa?
Ajoi : Bertaruh yang saya dapat pegang bulu ketiak Manager Bank..