Showing posts with label kasih sayang. Show all posts
Showing posts with label kasih sayang. Show all posts

Monday, 2 July 2012

ROMEO AFRIKA

 Minda Pengarang: Wanita tempatan kena waspada jerat romeo Afrika

SELEPAS beberapa kejadian wanita Malaysia diperalatkan sebagai keldai dadah oleh sindiket antarabangsa, kini mereka terdedah pula dengan satu lagi sindiket penipuan – kali ini sebagai keldai internet. Kedua-duanya didalangi lelaki warga Nigeria yang pandai mengambil hati wanita Malaysia sehingga mereka jatuh cinta dan berkahwin dengan lelaki terbabit. Sesetengahnya sanggup memeluk agama Islam bagi meyakinkan wanita Malaysia terbabit bahawa mereka benar-benar mencintainya. Hakikatnya, ia bertujuan menggunakan akaun internet dan akaun bank wanita terbabit untuk mempelbagaikan kegiatan penipuan secara online di seluruh dunia. Maklumat daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman kelmarin menyatakan siasatan terhadap enam kes penipuan awal tahun ini mendapati semua akaun bank itu dimiliki wanita tempatan yang disyaki menjalin hubungan dengan anggota sindiket terbabit. Dalam operasi penipuannya, warga Nigeria terbabit menggodam e-mel syarikat antarabangsa yang mengandungi maklumat sulit transaksi perniagaan dan menghubungi syarikat itu selepas membuka e-mel baru. Selepas berjaya meyakinkan mangsa, anggota sindiket mengambil alih urus niaga dan menghantar e-mel mengarahkan pembeli memasukkan wang ke dalam akaun bank milik wanita tempatan yang didaftarkan di Malaysia.

Kegiatan warga Afrika ini tidak boleh dibiarkan berlarutan sehingga menjejaskan keselamatan rakyat Malaysia dan secara tidak langsung mengheret mereka menjadi penjenayah. Selain penguatkuasaan oleh polis dan Jabatan Imigresen, orang ramai hendaklah memastikan mereka tidak begitu mudah diperdaya oleh pujuk rayu dan janji kosong warga Afrika terbabit. Sejak Januari lalu, enam kes dilapor berlaku membabitkan 10 wanita tempatan dengan kerugian jutaan ringgit dan kes terbaru membabitkan ibu tunggal berusia 34 tahun yang ditahan di Johor Bahru bersama lelaki Nigeria yang didakwa suaminya. Walaupun sebelum ini media massa heboh melaporkan mengenai kes keldai dadah membabitkan warga Afrika, wanita Malaysia nampaknya seolah-olah tidak serik dengan kejadian berkenaan. Mereka masih sanggup melayan pujuk rayu lelaki warga Afrika terbabit sehingga terjebak dalam kes penipuan pada peringkat antarabangsa. Kita berharap pendedahan yang dibuat oleh polis ini dapat memberi pengajaran kepada rakyat Malaysia, terutama wanita supaya lebih berhati-hati ketika berurusan dengan lelaki warga Afrika ini. Memandangkan sindiket antarabangsa ini mempunyai kepakaran menipu dengan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), adalah wajar syarikat yang menjalankan perniagaan pada peringkat antarabangsa mengambil langkah keselamatan lebih ketat ketika melakukan urusan menerusi internet.

SUMBER:BERITA HARIAN

Thursday, 21 June 2012

Baik,Buruk,Parah

Dalam hidup selalu ada perkara yang dinilai baik, buruk dan parah.
Berikut beberapa contohnya.

Baik: Isteri Anda mengandung.
Buruk: Anak Anda kembar lima.
Parah: Padahal Anda sudah menjalani vasektomi tiga tahun lalu.

Baik: Anak lelaki Anda mulai dewasa.
Buruk: Dia menjalin hubungan dengan perempuan sebelah rumah.
Parah: Anda juga.

Baik: Anak lelaki Anda mulai lebih banyak menghabiskan waktunya belajar di dalam biliknya.
Buruk: Anda menemukan beberapa kaset video porno di biliknya.
Parah: Anda ada di dalam salah satu episod.

Baik: Anak perempuan Anda mendapat pekerjaan.
Buruk: Sebagai pelacur.
Parah: Pelanggan utamanya pembantu Anda, tapi pendapatan anak perempuan Anda lebih tinggi dari Anda.

Friday, 15 June 2012

KAMBING DAN AYAM

Pada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinya dengan menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya. Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing.

Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.

Ayam : Kambing, pekabo?

Kambing : Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana
hensem-hensem ni.

Ayam : Takde ke mana. Sesajalah nak tengok riaksi engko.

Kambing : Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam, kan?

Ayam : Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya.....

Kambing : Apsal pulak?

Ayam : Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi TELUR nampak...

Sunday, 3 June 2012

LAWAK:ANAK RAMAI

Suatu Yayasan Keluarga di Indonesia mengadakan pertandingan siapa yang ramai anak peringkat antarabangsa.Di final pertandingan tersebut di adakan di depan orang ramai yang menjadi penonton yang diadakan di stadium bolasepak Senayan.

Diumumkan pemenang ketiga bernama Sumardi dengan membawa 50 orang anaknya. “Inilah peserta dari India dengan 50 anak !… penonton pun bersorak “fuuuuyoooo!…. ”

Kemudian dipanggil pemenang kedua iaitu Radin peserta dari China dengan membawa 100 orang anaknya. “Penonton sekalian, juara kedua peserta dari China dengan 100 anak !… penonton bersorak lagi “fuuuuyoooo!…. “Isuhangat hangat bangat deh!”

Tiba masanya diumumkan juara pertandingan, berjalan dengan ‘kerek’nya ke tengah stadium.

“Juara Pertama dari Indonesia iaitu Ajoi !”

Para Juri dan penonton TV siaran langsung agak terkejut sebentar (kenapa boleh jadi juara, ya?), tapi kemudian terdengar suara semua penonton di stadium bersorak

“Bapak ! Bapak ! Bapak !”

Friday, 18 May 2012

KASIH SEORANG IBU



“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?” ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu nor! mal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu…

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. “Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. “Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, ” kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali. “Tak mungkin,” balas si ayah. “Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba.” “Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya. “Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya… tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.