Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Wednesday, 4 July 2012

INFO TENTANG PEMAIN EROPAH

KEJOHANAN Eropah bermula dengan hangat dan keadaannya semakin baik dalam setiap perlawanan. Poland dan Ukraine terbukti sebagai tuan rumah yang hebat meskipun pasukan mereka masih jauh ketinggalan.

England gagal menepati ranking dunia mereka manakala Jerman secara tiba-tiba kepenatan, membolehkan Sepanyol memusnahkan impian Itali dalam final yang kelihatan berat sebelah. Ini adalah kesebelasan yang dianggap terbaik sepanjang Euro 2012. Apa pandangan anda?


PENJAGA GOL: Iker Casillas (Sepanyol)

Penjaga gol yang biasa jarang menyelamatkan jaringan dengan baik. Penjaga gol yang hebat menyelamatkan gol dengan cemerlang dan menghasilkan kejuaraan.
Casillas memenangi banyak kejohanan. Satu lagi persembahan sempurna daripada pemain Real Madrid.


Tahukah anda?

Casillas mengekalkan rekod sembilan perlawanan tanpa bolos di Euros menyamai rekod Edwin van der Sar buat Belanda. Buffon berada di tempat keempat dalam senarai dengan lima perlawanan di belakang Dino Zoff (enam).


BEK KANAN: Glen Johnson (England)

Prestasi pertahanan Liverpool, Johnson menentang Itali adalah antara yang menyerlah dalam aksi separuh masa kedua suku akhir England yang hambar.
Ironinya, Chelsea masih gagal mendapatkan seorang bek kanan yang baik sejak dia meninggalkan kelab itu pada 2007.

Tahukah anda?

Hanya Steven Gerrard (128) memberi lebih banyak sentuhan di bahagian lawan berbanding Johnson (122) untuk pasukan England di Euro 2012.


BEK KIRI: Jordi Alba (Sepanyol)

Jika anda melihat pemain pertahanan ini membuatkan Barcelona membelanjakan STG11 juta baru-baru ini, ia menjelaskan apa yang kita perlu tahu mengenai pertahanan itu. Jaringannya ketika menentang Itali membezakannya angtara Lahm dan Cole. Dua pemain yang hebat tetapi kini kita mempunyai bek kiri baru yang menjadi sebutan dan namanya Jordi Alba.

Tahukah anda?

Alba membuat lebih banyak hantaran dalam Euro 2012 berbanding pertahanan lain (410) dan menjadi satu daripada dua pertahanan menjaringkan gol (bersama Lahm).
Satu daripada tiga pemain yang paling banyak melakukan gerakan ke bahagian lawan (325).


BEK TENGAH: Mats Humels (Jerman)

Jerman sering melahirkan bek tengah luar biasa dalam kejohanan utama. Hummels yang beraksi buat Borssia Dortmund adalah pemain seterusnya.

Tahukah anda?

Hummels memenangi peratusan tertinggi dalam pertarungannya (81.1%) lebih daripada mana-mana pemain lain di Euro 2012.


BEK TENGAH: Sergio Ramos (Sepanyol)

Bintang Real Madris itu membantu Carles Puyol dengan hebat di bahagian bek tengah. Dia adalah seorang pertahanan menyerang yang cenderung untuk menghukum pasukan lawan jika diberi sedikit reuang. Dia menunjukkan sentuhan hebat dalam kejohanan ini.

Tahukah anda?

Ramos melakukan lebih banyak sepakan berbanding pertahanan lain di Euro 2012(7).


TENGAH: Andres Iniesta (Sepanyol)

Satu daripada pemain paling berpengaruh dalam skuad Sepanyol. Bertubuh kecil tetapi berani, Iniesta sekali lagi membuktikan jika anda mempunyai kemahiran mencukupi, saiz tidak menjadi alasan. Sila ambil perhatian, Andy Carroll.

Tahukah anda?

Iniesta membuat percubaan tepat tanpa menjaringkan gol dalam pusingan akhir Kejohanan Eropah berbanding pemain lain.


TENGAH: Andrea Pirlo (Itali)

Pemain seperti Pirlo begitu selesa dengan bola hingga anda terfikir bola melekat di kaki mereka. Semua orang boleh berlari tetapi anda perlukan bakat untuk bermain.

Tahukah anda?

Pirlo membuat 131 hantaran ketika menentang England, hanya Xavi melakukan lebih banyak hantaran dalam satu perlawanan di Euro 2012 sewaktu menentang Ireland dengan 136 hantaran.


TENGAH: Xavi (Sepanyol)

Jika Iniesta adalah adalah antara pemain paling berpengaruh dalam skuad Sepanyol dalam tiga kejohanan terakhir, Xavi sudah pasti menjadi satu daripadanya. Dua pemain bertubuh kecil menerajui Armada Sepanyol.

Tahukah anda?

Sewaktu menentang Portugal, Xavi mengatasi Zinedine ZIdane (843) sebagai pemain yang membuat hantaran paling banyak dalam Kejohanan Eropah (949) dan juga merancang paling banyak jaringan dalam kejohanan ini (25).


TENGAH MENYERANG: Steven Gerrard (England)

Steven Gerrard pernah ditanya mengapa dia gagal menghasilkan mutu permainan yang sama di England seperti di Liverpool. Dia kecewa dengan soalan itu.
Bagaimanapun nampaknya, tugas sebagai kapten memberikannya keyakinan ketika menyarung jersi England.

Tahukah anda?

Dia menyumbang dalam empat daripada lapan jaringan England dalam dua kejohanan utama (satu gol, tiga bantuan gol).


PENYERANG: Mario Gomez (Jerman)

Penyerang Bayern Munich itu gagal meledak jaringan sewaktu final Liga Juara-Juara ketika menentang Chelsea. Keadaan itu tidak berlaku dalam Kejohanan Eropah. Pendekatan yang lebih kemas dan tersusun di depan gol membawa tuah kepadanya untuk menyumbang tiga gol di Poland dan Ukraine.

Tahukah anda?

Hanya pemain Sepanyol, David Silva terbabit dalam lebih banyak jaringan di Euro 2012 (tiga gol, satu bantuan jaringan) berbanding Gomez.


PENYERANG: Mario Balotelli (Itali)

Suka atau bencikannya atau apa saja fikiran anda terhadap Balotelli, anda tidak boleh mengelaknya. Bintang yang semakin bersinar ini mencatat namanya dalam sejarah Azzuri pada usia 21 tahun.

Tahukah anda?

Hanya Cristiano Ronaldo (37) membuat lebih banyak sepakan ke gawang berbanding Balotelli di Euro 2012 (25). Balotelli menjadi pemain Itali pertama menjaringkan tiga gol dalam satu edisi Kejohanan Eropah.

SUMBER:HARIAN METRO

Tuesday, 3 July 2012

BAHAYA STREES

SETIAP orang mengalami stres pada tahap berbeza. Namun emosi bertoksik yang berpunca daripada stres kronik dan berpanjangan dipercayai dapat mempengaruhi ketidakseimbangan fisiologi.

Ini menyebabkan seseorang mudah mengalami penyakit seperti demam dan batuk. Selain itu emosi bertoksik juga dikaitkan dengan penyakit degeneratif seperti penyakit jantung dan kanser.
Seorang eksekutif muda menemui seorang pakar kardiovaskular di sebuah hospital swasta. Sejak enam bulan kebelakangan dia sering mengalami sakit dada, denyutan jantung pantas,  sengal seluruh tubuh dan sukar mengangkat barangan yang biasa diangkat sebelumnya dengan mudah.
Setelah menjalani ujian elektrokardiogram (ECG) iaitu sejenis ujian perubatan bagi menyukat dan merekodkan aktiviti jantung, doktor mengatakan bahawa jantungnya dalam keadaan baik.
Namun graf tertentu dari ujian menunjukkan eksekutif muda tersebut mengalami sedikit gangguan fungsi injap mitral.
Doktor kardiovaskular yang ditemui oleh eksekutif muda tersebut tidak menyarankan perubahan gaya hidup. Eksekutif muda yang tidak merokok ini memiliki personaliti agresif dan terlalu mengejar masa.

Pada akhir sesi perundingan doktor tidak memberi preskripsi sebarang jenis ubat-ubatan. Sebaliknya doktor menyarankan agar dia mengambil cuti rehat selama beberapa hari dan  akan makanan yang seimbang.
Ini adalah antara contoh yang berlaku kepada tubuh apabila mengalami stres. Pada pandangan penulis yang mengamalkan ilmu herbalisme (penjurusan nutrisi holistik), eksekutif muda ini mengalami ketidakseimbangan dari beberapa segi.
Sikapnya yang sering mengejar masa dan cita-cita menyebabkan beliau mengalami stres kronik.

Tidak seimbang pelbagai segi

Stres kronik dan dialami secara berpanjangan dipercayai menyebabkan dia mengalami ketidakseimbangan bahan nutrien seperti jenis vitamin B dan mineral magnesium.
Denyutan jantung pantas secara tidak normal (palpitasi) dan masalah fungsi injap mitral (biasanya dipanggil prolaps injap mitral) dikaitkan dengan kekurangan beberapa jenis vitamin B dan magnesium.
Stres berpanjangan dikaitkan dengan stres oksidatif di mana terdapat radikal bebas secara berlebihan dalam darah atau sel. Aktiviti radikal bebas yang tinggi tanpa ditangani  menyebabkan tubuh mengalami keradangan.
Rasa sengal dan sakit yang dialami oleh eksekutif muda ini berpunca daripada keradangan yang berpunca daripada serangan radikal bebas terhadap sel seluruh tubuh.
Contoh simptom dialami seorang wanita muda berkerjaya hebat. Sikap beliau ketika bertugas ialah menjalankan tugas amat sempurna dan disiapkan pada masa singkat, tetapi mudah naik angin.
Sejak berumur belasan tahun, dia mengalami Sindrom Premenstruasi (SPM) dengan simptom seperti sakit perut bawah pusat, mod pasang surut, sengal seluruh tubuh dan lesu.
Setiap kali mengalami SPM dia kadang-kadang mengalami cirit-birit.
SPM berlaku berpunca daripada ketidakseimbangan paras hormon reproduktif iaitu estrogen dan progesteron.
Emosi yang kurang seimbang seperti dialami wanita berkerjaya ini mempengaruhi ketidakseimbangan estrogen - progesteron secara lebih buruk.
Jadi simptom PMS hanya dialami pada tahap sederhana jika seseorang wanita dapat mengendali emosi dengan sempurna.
Pengaruh emosi

Eksekutif wanita ini lebih kerap mengalami cirit-birit di samping SPM yang dialami jika gagal mengawal emosinya.

Ramai wanita mungkin tidak tahu bahawa SPM boleh mencetus masalah penghadaman dan sebaliknya.
Emosi seperti ketakutan, marah secara melampau, risau/resah dan murung biasanya dikaitkan dengan masalah penghadaman seperti cirit-birit atau sembelit.
Ketika mengalami jenis emosi yang disebutkan Sistem Saraf Simpatetik (SSS) lebih dominan dari Sistem Saraf Parasimpatetik (SSP).
Pada keadaan normal aktiviti SSS dan SSP adalah pada kadar seimbang dan cukup untuk melaksanakan fungsi-fungsi organ sistem.

Aktiviti SSP diperlukan usus untuk mencerna makanan. Namun apabila berada alam keadaan stres, SSS menjadi lebih dominan.

Ini menyebabkan pergerakan makanan dalam usus menjadi lebih pantas.

Makanan yang tidak hadam dengan sempurna menimbulkan cirit-birit.
Stres secara melampau dan berpanjangan juga mengganggu fungsi hati. Ia menyebabkan bendalir hempedu dirembes di bawah paras normal lalu menyebabkan seseorang mengalami sembelit.

Dari sudut lain stres kronik boleh menyebabkan ketidakseimbangan mikro flora usus lalu berlaku sembelit atau cirit-birit.
Hati (liver) ialah sejenis kilang memproses bahan kimia daripada makanan, ubat-ubatan, suplemen, kimia pencuci yang digunakan di rumah dan bahan kimia pencemaran alam sekitar.

Ramai orang tidak tahu bahawa estrogen juga diproses oleh hati. Hati memproses estrogen daripada jenis estradiol dengan menggabungkannya dengan sulfat kepada sejenis bahan  kimia yang kemudian di keluarkan dari tubuh bersama tinja (najis).
Banyak budaya perubatan tradisional dunia mengaitkan stres dengan gangguan fungsi hati.
Fungsi hati yang terganggu juga didapati memburukkan lagi stres yang dialami.

Apabila seseorang sering mengalami stres kronik maka hati mengalami kesukaran untuk memproses estrogen kepada bahan kimia yang mudah untuk singkir dari tubuh.
Hasilnya paras estrogen sering tinggi dalam tubuh.
Estrogen ialah sejenis hormon yang menggalak pertumbuhan sel. Sebab itu stres kronik sering dikaitkan dengan pembentukan tumor (ketumbuhan) sama ada jenis tidak bahaya (benign) atau jenis bahaya (malignant).
Tumor akibat berlebihan estrogen dikaitkan dengan pembentukan tumor pada organ reproduktif seperti payu dara, rahim dan ovari.

Anda boleh bercita-cita dan berjaya menakluki dunia sama ada dalam bidang karier, kemasyarakatan dan kehidupan berkeluarga.

Anda mungkin mampu untuk mengecap segala jenis keseronokan termasuk makan makanan lazat.
Namun anda harus ingat bahawa psikoemosi memiliki peranan yang amat besar terhadap kesihatan tubuh secara keseluruhan.

SUMBER:SINAR HARIAN 

FAKTA MENGENAI DURIAN

10 fakta menarik mengenai durian:

1. Tinggi kalori? Ramai yang menganggap durian mempunyai kandungan kalori (kcal) yang tinggi dan menggemukkan. Tahukah anda, seulas durian hanya mempunyai 50 kcal? Bagi saya, kandungan kalori itu tidak begitu tinggi.

2. Tinggi kolesterol? Durian atau sebarang jenis buah sekali pun tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol cuma datang daripada sumber haiwan dan bukannya tumbuhan.

3. Tiada nilai nutrisi? Durian kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioksidan vitamin C, B kompleks dan potassium (penting untuk kawalan bendalir badan, mengawal denyutan jantung dan tekanan darah). Durian juga mengandungi kalsium dan fosforus.

4. Tinggi lemak? Satu ulas durian mempunyai satu hingga dua gram lemak dan ia bukan lemak tepu.

5. Tinggi gula? Satu ulas durian mempunyai kira-kira 10 gram gula. Masih tinggi? Itu bergantung kepada jumlah kuantiti pengambilan anda. Jika anda makan dua hingga tiga ulas, nilainya masih kurang daripada satu tin minuman berkarbonat.

6. Panaskan badan? Memang. Buah durian mempunyai kualiti yang boleh memanaskan badan. Atas sebab itu, kita diingatkan memakan durian secara berpada-pada. Lebih-lebih lagi bagi pesakit kencing manis atau tekanan darah tinggi.

7. Tidak sesuai untuk pesakit kencing manis? Memang betul tapi itu bukan soal durian semata-mata kerana mereka yang mempunyai penyakit kencing manis sememangnya harus mengawal pengambilan gula dalam makanan atau minuman mereka.

8. Kurangkan tekanan? Itu bergantung tetapi durian mengandungi asid amino dikenali sebagai tryptophan yang membantu meningkatkan keluaran hormon serotonin yang menyebabkan kita mengantuk. Justeru, anda akan lebih senang tidur, ringan dan tenang.

9. Tingkatkan nafsu seks? Betul! Itu berbalik kepada kualiti panaskan badan tadi yang bertindak untuk meningkatkan peredaran darah.

10. Jangan makan berlebihan? Memang betul. Tapi sekali lagi, itu bukan durian semata-mata tetapi untuk segala-galanya. Bagi saya, satu atau tiga ulas sekali makan sudah memadai.


Selain itu, saya juga ingin berkongsi mengenai pemilihan kudapan yang bukan saja mudah malah seimbang dan mempunyai jumlah 300 kalori (kcal). Dalam soal diet, saya selalu tekankan pentingnya makan paling kurang lima kali sehari iaitu dengan mengambil sarapan, kudapan, makan tengah hari, kudapan dan makan malam.

Kebiasaannya, orang ramai tiada masalah mengambil sarapan, makan tengah hari dan makan malam tetapi mungkin kurang biasa dalam pemilihan kudapan.

Oleh itu, ikuti langkah berikut dalam memilih kudapan untuk waktu pagi dan petang.

Sumber karbohidrat

Pastikan ada sumber karbohidrat yang baik dan bersih (kurang minyak) seperti roti dan biskut.


Sumber protein

Wajib ada sumber protein seperti telur, tuna, susu dan soya.

Jumlah kalori

Nilai kalori kudapan bergantung kepada keperluan kalori seharian (DCR) anda. Katakan ia 2,000 kcal, jadi anda perlu menganggarkan pengambilan untuk setiap hidangan, termasuk kudapan sebanyak 400 kcal.


Serat

Hendak mengawal nafsu makan? Pastikan adanya serat seperti oat, bijirin penuh dan roti perang.


Mudah dan praktikal

Pastikan pilihan kudapan itu mudah diamalkan, juga ketika di pejabat. Paling senang kalau ia boleh disimpan di dalam laci meja dan tidak mengambil masa yang lama untuk dihidang dan dimakan.

SUMBER:HARIAN METRO  

Sunday, 1 July 2012

APAKAH KANSER PROSTAT


  • Apakah kanser prostat?

    Kanser prostat adalah ketumbuhan sel tidak normal dalam kelenjar prostat, manakala prostat ialah kelenjar yang mengelilingi uretra dan terletak di bawah pundi kencing lelaki yang juga dikenali sebagai karsinoma prostatik.
  • Bagaimanakah kanser prostat terbentuk?

    Kanser prostat berlaku apabila sesetengah sel di kelenjar prostat mengalami perubahan tertentu di luar kawalan. Ia mula membiak, membesar dan merebak dalam keadaan tidak terkawal dan kemudian ke bahagian badan lain, terutama tulang dan organ tertentu.
  • Apakah yang menyebabkan kanser prostat?

    Penyebab kanser prostat masih tidak diketahui hingga kini tetapi sesetengah pengkaji percaya kanser ini disebabkan hormon lelaki, terutama hormon testosteron. Hormon ini mempercepatkan pembentukan kanser prostat.
  • Apakah simptom kanser ini?

    > Kerap buang air kecil
    > Aliran kencing lemah
    > Mati pucuk
    > Terdapat darah di dalam air kencing
    > Sakit sewaktu buang air kecil
    > Sukar mengawal rasa buang air kecil
    > Sering berasa sakit di pelvis, saraf tunjang, pinggang dan tulang dada
  • Faktor risiko?

    > Sejarah keluarga
    > Pemakanan
    > Peningkatan usia
    > Pendedahan kepada bahan tertentu seperti kadmium, getah dan logam
  • Penduduk Amerika Syarikat dan Eropah berisiko lebih tinggi terhadap kanser ini berbanding Asia
  • Rawatan

    > Pembedahan dikenali sebagai prostatektomi yang biasa dijalankan bagi membuang bahan tersumbat pada uretra

    > Radioterapi bagi memusnahkan sel kanser pada peringkat awal kanser prostat. Kesan daripada rawatan ini, pesakit mungkin mengalami mati pucuk, gangguan pembuangan air kecil, dan saluran uretra menjadi sempit.

  • SUMBER:HARIAN METRO

    TIPS DUDUK DENGAN BETUL


    Kesan buruk duduk kaki bersilang
    Oleh HIDAYATUL AKMAL AHMAD

    BARU 15 minit duduk di kerusi, Aqilah berasa letih lalu menukar posisi duduk dengan menyilangkan kaki dengan kedudukan kaki kanan di atas kaki kiri. Selepas beberapa minit, dia menukar posisi lagi dengan kaki kiri pula di atas kaki kanan.
    Situasi begitu bukan hanya dialami Aqilah seorang. Sebenarnya, ramai juga mempunyai tabiat gemar duduk bersilang, terutama yang bekerja di pejabat.
    Tidak kurang juga yang menganggap duduk bersilang boleh menyebabkan tulang belakang bengkok, seterusnya menyebabkan kesukaran bergerak.

    Pakar Perunding Ortopedik dan Trauma Pusat Perubatan Tropicana, Dr Joseph Yap, berkata perbuatan menyilangkan kaki bukan penyebab kepada tulang belakang bengkok atau sakit, sebaliknya ia hanya memberi tekanan kepada beberapa anggota badan yang mungkin menyebabkan aliran darah tidak lancar.


    “Ramai berpendapat keadaan itu bahaya tetapi sebenarnya, ia hanya mendatangkan rasa kurang selesa pada otot dan saraf, selain lenguh.

    “Benar, ia akan menimbulkan rasa sakit atau ketegangan pada tubuh tetapi hanya sementara dan akan hilang dalam tempoh singkat.

    “Individu normal hanya akan bersilang kaki dalam tempoh 10 hingga 15 minit, selepas itu otak akan memberi isyarat supaya menukar kedudukan, sebaliknya disebabkan sudah letih,” katanya ketika ditemui di pusat perubatan itu, baru-baru ini.

    Pun begitu, secara amnya, kecederaan jangka masa panjang hanya boleh berlaku apabila otak tidak memberi tindak balas dalam tempoh dua jam.

    Selain itu, kerosakan pada saraf skiatik juga boleh berlaku jika tekanan luar biasa terjadi.

    “Biasanya, perbuatan duduk dengan menyilangkan kaki berkali-kali hanya menyebabkan sakit belakang. Ketidakseimbangan daya tarikan otot boleh menyebabkan tulang belakang bengkok sementara. Ini yang dipanggil ‘sciatic scoliosis’.

    “Apabila posisi kaki kanan di atas kaki kiri, tulang punggung dan betis dalam keadaan tidak sama rata di mana pinggul kiri lebih tinggi, menyebabkan otot di antara tulang rusuk dan tulang pelvis menjadi lebih pendek berbanding sebelah kanan.

    “Masalah sakit belakang juga sering berlaku kepada individu yang kurang melakukan senaman. Justeru itu, bagi mendapatkan kehidupan lebih bermakna dan sihat, senaman adalah langkah terbaik,” katanya.


    Tip duduk dengan betul



  • Pastikan anda duduk menghala ke depan.
  • Jangan duduk pada bahagian hujung kerusi.
  • Duduk sama aras antara atas dan bawah kerusi. Jangan terlalu rendah atau tinggi.
  • Apabila duduk, pastikan siku dekat dengan badan.
  • Elak duduk di kerusi yang tiada penghadang (kerusi bulat).
  • Amalkan duduk di kerusi yang mempunyai penyokong belakang badan.

  • SUMBER:HARIAN METRO

    PETUA HENTI DENGKUR

    APABILA sebut pasal tidur, kita mesti terbayang waktu untuk merehatkan otak dan badan lepas penat bekerja. Namun, bolehkah tidur lena kalau pasangan kita atau rakan serumah berdengkur?

    Ada kala kita juga tidak tahu, mungkin selama ini bunyi dengkur diri sendiri yang macam enjin ‘turbo’ itu mengganggu tidur orang lain.

    Punca dengkur ini bukan sebab penat terlampau yang macam kita selalu fikirkan. Dengkur terjadi disebabkan ada halangan pada saluran pernafasan, juga mungkin kerana posisi tidur yang salah, pengumpulan lemak sekitar muka atau leher dan mungkin juga faktor habuk atau alahan.

    Pengaliran udara melalui saluran pernafasan yang sempit ini mengakibatkan lelangit lembut (bahagian tekak) bergetar. Getaran inilah yang menghasilkan bunyi yang kita dengar sebagai dengkur.


    Daripada terus mengganggu tidur orang lain, apa kata kita cuba kurangkan masalah itu. Tidaklah segan sangat nanti apabila terpaksa menumpang dekat rumah orang. Jangan pula disebabkan dengkuran berkuasa ‘turbo’, tuan rumah yang tak boleh tidur.



    Cara atasi masalah berdengkur

    Ubah posisi tidur

    Apabila lidah, lelangit, tonsil atau otot di belakang kerongkong saling bersentuhan, ia akan menyebabkan kita berdengkur.

    Posisi terlentang ketika tidur menyumbang ke arah masalah ini kerana ketika kita terlentang, lidah tertarik ke belakang dan menyempitkan aliran udara. Untuk mengelakkan masalah ini, cuba tidur mengiring. Mengiring ke kanan lebih afdal.


    Turunkan berat badan

    Orang yang mempunyai berat badan berlebihan memiliki jaringan leher yang tebal dan ini berkemungkinan menyebabkan risiko berdengkur.

    Jadi, langkah terbaik ialah cuba kurangkan berat badan anda supaya lemak yang terkumpul di bahagian kerongkong turut berkurangan.


    Hindari ubat penenang atau sedatif

    Apa pun jenis penenang, sama ada pil tidur dan apa saja produk ubatan bertujuan menenangkan, boleh menyebabkan dengkur kerana ia mengganggu sistem saraf, seterusnya menyebabkan rehat keterlaluan kepada otot dan tisu dalam kerongkong.


    Hidu wap air sebelum tidur

    Hidung tersumbat juga satu daripada punca berdengkur. Sebelum tidur, hidu wap air panas atau letakkan tuala yang dicelup dengan air panas pada muka dan sedut wapnya. Ini adalah satu cara untuk menghilangkan lendir yang menyumbat hidung kita. Bila lendir hilang, kemungkinan untuk berdengkur berkurangan.


    Habuk

    Habuk atau alahan boleh jadi punca kita berdengkur kerana masalah sukar bernafas. Pastikan cadar dan sarung bantal bersih daripada habuk dan hama. Untuk yang berkemampuan, pasang penapis udara supaya kita mendapat bekalan udara bersih.

    SUMBER:HARIAN METRO

    PUNCA SAKIT TEKAK

    SAKIT tekak adalah simptom yang membabitkan kawasan sekitar tonsil dan farinks. Sakit tekak dikenali sebagai pharyngitis jika ia membabitkan bahagian farinks dan tonsillitis jika membabitkan kedua-dua bahagian tonsil. Apabila membabitkan kedua-dua bahagian farinks dan tonsil, ia dikenali sebagai pharyngotonsillitis.
    Pharynx adalah sebahagian tekak yang terletak di antara mulut dan peti larinks atau suara. Ia selalunya dikaitkan dengan selesema biasa atau influenza. Biasanya, ia sembuh tanpa komplikasi tetapi di dalam sesetengah kes, ia berkembang menjadi penyakit serius.

    Sakit tekak berlaku apabila radang terjadi membabitkan membran mukus yang melapisi farinks atau tonsil. Ia mengakibatkan rasa tidak selesa, sakit atau gatal pada bahagian tekak. Kesakitan sewaktu menelan adalah simptom lain yang biasanya berlaku ketika sakit tekak.

    Penyakit ini sangat mudah berlaku, terutama di kalangan kanak-kanak.

    Biasanya, sakit lebih teruk pada waktu pagi dan kesakitan berkurang keesokannya.

    Sakit tekak yang tidak rumit biasanya berlanjutan sehingga tiga hari manakala yang teruk berlaku lebih lama, mungkin membabitkan gejala lebih serius seperti tonsilitis atau laryngitis (radang di bahagian larinks atau peti suara).

    Penyebab sakit tekak

    Biasanya disebabkan jangkitan virus atau bakteria. Bakteria memberi tindak balas baik kepada rawatan antibiotik, manakala virus biasanya sembuh dengan sendiri dalam jangka masa tertentu. Sakit tekak biasanya disebarkan melalui perkongsian minuman, bercium, batuk, menghembus hidung dan bersin.


    Punca sakit tekak


  • Jangkitan bakteria - disebabkan oleh bakteria streptococcal. Ia membawa komplikasi demam reumatik yang boleh mencetuskan masalah injap jantung atau radang buah pinggang. Bakteria lain yang boleh menyebabkan sakit tekak adalah gonorea, iaitu sejenis jangkitan kelamin.
  • Jangkitan virus - kebanyakan sakit tekak disebabkan jangkitan virus dan ada pelbagai jenis yang menyebabkan ia sembuh dengan sendiri dalam masa beberapa hari, bergantung pada jenis virus terbabit. Virus terkenal adalah Epstein-Barr, yang menyebabkan demam dan bengkak di kelenjar pada leher.
  • Tonsilitis - ia adalah keradangan tonsil. Tonsilitis kronik berlaku apabila berlaku banyak kerosakan kepada tonsil. Dalam keadaan ini, tekak berasa sakit pada kebanyakan masa selain sering disertai nafas berbau. Demam di bahagian kelenjar pada leher juga boleh menyebabkan masalah sakit tekak.


    Kemungkinan punca lain

    Penyakit campak (measles) juga boleh menyebabkan sakit tekak pada sesetengah keadaan. Bernafas melalui mulut boleh menyebabkan tekak kering dan menyakitkan. Dalam beberapa kes, sakit tekak mungkin tanda kanser kerongkong (biasanya di kalangan perokok) atau Aids alahan.

    Alahan selalunya tidak menyebabkan sakit tekak secara tiba-tiba. Bagaimanapun, boleh menyebabkan kerengsaan tekak kronik yang ringan.

    Pembedahan seperti pembuangan tonsil (tonsillectomy) boleh membawa kepada sakit tekak dan penggunaan tiub ketika anastesia untuk pembedahan juga boleh menyebabkan sakit tekak selepas pembedahan.


    Tanda lain bagi sakit tekak
  • Sakit di tekak dan adakala merebak ke telinga.
  • Kelenjar limfa membengkak di bawah rahang dan leher. Jika sakit tekak disebabkan virus Coxsackie, lepuh kecil boleh kelihatan pada tonsil dan lelangit lembut (soft palate).
  • Jika sakit tekak disebabkan jangkitan streptococcal, tonsil sering membengkak dan bersalut putih. Demam, sakit kepala dan muntah serta kesukaran membuka mulut selain suara menjadi serak.


    Rawatan

    Antara rawatan yang boleh dicuba di rumah sebelum berjumpa doktor ialah banyak minum air suam, berkumur dengan air garam dan menghisap ubatan lozenges, di samping pengambilan ubat demam atau tahan sakit (painkiller). Bagaimanapun, jika sakit tekak berterusan, segera berjumpa doktor untuk rawatan.

    Doktor akan memeriksa sama ada antibiotik diperlukan untuk rawatan atau tidak dan ubatan sampingan juga akan dibekalkan.

    Begitu pun, sakit tekak yang berkait dengan demam kuat dan kesukaran menelan mungkin memerlukan kemasukan ke wad untuk antibiotik intravena.
  • CARA-CARA NAK COVER MALU

    1.Kalau tersepak batu:
    Jangan terus bangun, sebaliknya kamu baring dan terus
    berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai.
    Bila sudah tiada yang nampak, barulah bangun.

    2.Kalau terjatuh basikal:
    Cepat-cepat naik basikal kamu semula dan buat-buat jatuh
    sehingga berkali-kali supaya orang ingat kamu sengaja buat lawak.

    3.Kalau terjatuh tangga:
    Terus bersilat seolah-olah kamu dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus.

    4.Kalau terjatuh dalam longkang:
    Pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka kamu seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.

    5.Kalau jatuh ketika naik bas:
    Jeritlah kuat-kuat "Oi! Apa ni tolak-tolak orang?"
    walaupun sebenarnya tiada orang di belakang kamu.

    6.Kalau terjatuh di depan perhentian bas:
    Terus buat-buat pengsan sehingga ada orang yang membantu kamu.
    Kalau tak ada yang membantu baring terus sampai malam
    sehingga tiada seorang pun yang tinggal di perhentian bas itu.
    Inilah masa yang paling tepat untuk kamu bangun semula.

    7.Kalau tergelincir di lantai licin:
    Tariklah kawan-kawan atau sesiapa yang ada di sebelah
    kamu untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah kamu
    seorang sahaja yang dapat malu. Ye tak?!!

    Thursday, 21 June 2012

    Baik,Buruk,Parah

    Dalam hidup selalu ada perkara yang dinilai baik, buruk dan parah.
    Berikut beberapa contohnya.

    Baik: Isteri Anda mengandung.
    Buruk: Anak Anda kembar lima.
    Parah: Padahal Anda sudah menjalani vasektomi tiga tahun lalu.

    Baik: Anak lelaki Anda mulai dewasa.
    Buruk: Dia menjalin hubungan dengan perempuan sebelah rumah.
    Parah: Anda juga.

    Baik: Anak lelaki Anda mulai lebih banyak menghabiskan waktunya belajar di dalam biliknya.
    Buruk: Anda menemukan beberapa kaset video porno di biliknya.
    Parah: Anda ada di dalam salah satu episod.

    Baik: Anak perempuan Anda mendapat pekerjaan.
    Buruk: Sebagai pelacur.
    Parah: Pelanggan utamanya pembantu Anda, tapi pendapatan anak perempuan Anda lebih tinggi dari Anda.

    Islam bukan pengganas

    Seorang ulama islam German ditanya mengenai islam dan keganasan,
    dan jawapan beliau adalah:

    "Siapakah yang memulakan perang dunia pertama? adakah umat Islam?

    Siapakah yang memulakan perang dunia kedua? adakah umat Islam?

    Siapakah yang membunuh kira-kira 20 juta Orang Asli di Australia? Adakah umat Islam?

    Siapa yang menghantar bom nuklear ke Hiroshima dan Nagasaki? Adakah umat Islam?

    Siapakah yang membunuh lebih daripada 100 juta orang India di Amerika Utara? Adakah umat Islam?

    Siapakah yang membunuh lebih daripada 50 juta kaum India di Amerika Selatan? Adakah umat Islam?

    Siapakah yang mengambil kira-kira 180 juta orang Afrika untuk dijadikan hamba dan 88% daripada mereka meninggal dunia dan telah dibuang ke dalam lautan Atlantik? Adakah umat Islam?"

    Lepas baca,post dekat blog masing-masing..biar satu dunia tahu Islam bukan pengganas.


    Lu tak share,lu longkang...kah kah kah

    INFO:TAHUKAH ANDA ?

    1. Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

    2. Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.

    3. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,

    4. Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

    5. Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman

    Friday, 3 February 2012

    CARA LETAK IKLAN NUFFNANG PADA HEADER

    Semenjak aku main tukar-tukar template ni,selalu kena edit html untuk letak iklan nuffnang aku balik.yang dekat sebelah tepi tu senang ja...yang letak dekat kepala blog dengan antara post tu yang aku berapa nak gemar..jadi untuk memudahkan aku untuk main tukar-tukar template dilain hari dan tak payah nak kena cari dua tiga dan banyak kali kali lagi sebab nak tahu cara letak iklan-iklan nuffnang ni di tempat-tempat yang aku tak berapa gemar nak ingat.jadi dengan itu aku akan letak dekat sini...senang cerita.

    mula mula pergi dekat design lepas tu klik

    lepas tu klik edit html

    lepas tu klik Expand Widget Templates

    lepas tu ctrl-F

    lepas tu taip <body>

    lepas tu  cari </div> yang last sekali antara perenggan dia tu

    lepas tu paste

    lepas tu klik preview untuk tengok jadi ke dok

    klu jadi,tepuk tangan untuk diri sendiri

    klu dok jadi tepuk kepala sendiri untuk satu kali dan kalau lebih pun xpe asal bahagia...

    Sunday, 27 November 2011

    CARA CEPAT STERIKA BAJU


    Petua ni aku amalkan sejak aku mengenali apa itu asrama.Mula mula ambik baju yang nk digosokkan tu,lepas tu kibas sekali dua untuk mengurangkan kedutan yang ada.Lepas tu setting baju tu kasi lek lok di atas permukaan playwood tilam anda dan tidur diatasnya...Nescaya pada keesokan harinya apabila anda bangun dari tidur,anda akan dapati yang baju anda akan kelihatan berseri seri tanpa was was.Ok,Anda buat anda dapat.

    Wednesday, 23 November 2011

    TIPS MENURUNKAN BERAT BADAN

    Thursday, 27 October 2011

    WASIAT GADDAFI



    "Inilah surat wasiat saya. Saya, Moammar bin Mohammad bin Abdussalam bi Humayd bin Abu Manyar bin Humayd bin Nayil al Fuhsi Gaddafi, bersumpah bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad adalah Rasul Allah. Saya bersumpah akan mati sebagai Muslim.
    Jika saya terbunuh, saya ingin dikuburkan sesuai ritual Islam, dalam baju yang saya kenakan saat saya meninggal, tubuh saya tidak dimandikan, di pekuburan di Sirte, di samping keluarga dan kerabat saya.
    Saya minta keluarga saya, terutama anak-anak dan perempuan, diperlakukan dengan baik setelah kematian saya. Rakyat Liba harus melindungi identitinya, prestasinya, sejarah, serta rasa terhormat dan kepahlawannya.

    Rakyat Libya tidak boleh mengabaikan pengorbanan orang-orang bebas dan terbaik. Saya mengajak para pendukung untuk meneruskan perjuangan dan melawan kuasa asing terhadap Libya, hari ini, esok, dan selamanya.

    Biarkan warga bebas dunia mengetahui bahwa kita boleh saja melakukan tawar-menawar dan menjual perkara kita dengan balasan kehidupan pribadi yang aman dan kukuh.

    Kita menerima banyak tawaran sampai saat ini, tapi kita memilih berdiri di garis depan pertempuran sebagai lambang kewajiban dan kehormatan.

    Meskipun jika kita tidak serta-merta menang, kita akan memberi pelajaran pada generasi mendatang bahwa memilih melindung negara adalah kehormatan dan menjualnya merupakan pengkhianatan terbesar dalam sejarah yang akan dikenang selamanya, meskipun ada upaya dari yang untuk melakukan sebaliknya."

    Semoga rohnya dicucuri rahmat.Amin.

    Thursday, 21 July 2011

    Letak Video Youtube pada entry

    Senang je tapi susah bagi yang tak tahu macam aku dulu-dulu..tapi kalau dah tahu ianya semudah abc..haha

    Pergi kat youtube,lepas tu taip apa yang nak,dah rasa dah jumpa yang di nakkan sangat tu,cari perkataan share..lepas tu cari perkataan embed.

    dah jumpa,klik kat perkataan embed tu.

    pak cik you tube memang baik,dia akan bagi code untuk menyelesaikan masalah nak letak kan youtube dekat blog kita.

    Jadi,kita tak payah nak fikir panjang panjang macam kita fikir nak pilih universiti mana yang kita nak masuk walaupun keputusan spm tak macam orang mengaji.

    copy dan paste je code yang dia bagi dekat entry(edit html) blog kita macam kita buat masa nak siapkan assigment lepas dapat masuk universiti.

    ok!selamat mencuba..

    Tuesday, 19 July 2011

    INFO

    1. adakah anda tahu yang perkara paling seksi di dunia ialah wang
    2. adakah anda tahu tiga perkara yang paling menawan di dunia ialah keadilan,perjuangan dan kebebasan.
    3. adakah anda tahu yang perkara paling penting di dunia ialah kasih sayang.
    4. adakah anda tahu yang anda hanya mempunyai dua pilihan.