Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Monday 2 April 2012

LAWAK:BERUK

Dalam sebuah tadika, 2 kanak-kanak sedang bergaduh.

Sam : kau memang beruk la?
Dol : kau la beruk..!
Sam : kau la beruk..kata aku plak?
Kemudian datanglah cikgu tadika untuk meleraikan pertengkaran tersebut.
Cikgu : Apa pasal gaduh-gaduh nie. Tak baik tau?
Dol : Beruk nie kata saya beruk cikgu?
Cikgu : Sam, Dol mari sini. Cuba tengok tangan kamu? Sama kan?
Sam & Dol : Sama cikgu!!
Cikgu : Cuba tengok mata, hidung dan telinga kamu.. Sama jugak kan?
Sam & Dol : Sama jugak cikgu!!
Cikgu : Kalau dah semuanya sama, kalu Dol BERUK kamu pun BERUK jugak lah Sam.! Paham?
Sam & Dol : Paham cikgu!
Sam : Tapi mengapa tangan, mata, hidung dan telinga cikgu sama macam kami? Cikgu pun BERUK jugak ker??
Cikgu : huhuhuhuhuhuhu (Sabar jer laaa.!!) dalam ati

Thursday 29 March 2012

CERITA:MENTERI PENGAJIAN TINGGI VS RAKYAT

"Kalau kita hapuskan (PTPTN) maknanya universiti awam dalam negara mesti beri secara percuma, takkan kerajaan nak bayar IPTS, siapa nak bayar IPTS?,"kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Eh tanya RAKYAT pulak. Baik RAKYAT jer yang jadi MENTERI. Menteri2 semua letak jawatan.

Apa ke CERDIK sangat Menteri Pengajian Tinggi nie.

Negara punya INCOME bukan main tinggi lagi. Siap PETRONAS boleh taja RALLI lagi.

Kita ada PETRONAS, TELEKOM, TNB, mcm2 lagi lah.. mana pergi hasil tu?

Takkan pergi ke NFC, PERWAJA, PROTON, MAS jer kot... agak2 la..

Tambah2 pulak korang nak bawak FELDA masuk Bursa Saham.. mesti Malaysia nie dah MASYUK...

Ker Datuk takut besok Datuk naik Proton Saga jer dari Mercedes yang ada sekarang nie?

Rakyat pun nak pakai MERCEDES Datuk ooiii!!!!

Wednesday 28 March 2012

CERITA:STATUS FACEBOOK

Sebenarnya saya nie cukup malas hendak

mengomen post kat fb ini.Tapi saya selaku

pelihat dan pemerhati post-post di sini harus

juga mengomen di status anda.Mungkin

anda akan berasa letih membacanya tapi

saya tetap mahu menulis sepanjang ini

k......erana saya begitu berharap anda akan

membacanya.Saya merasakan bahawa saya

wajib mengomennya dan itu terpulang

kepada anda jika anda tidak mahu

membacanya.Saya merasakan jika saya

mengomen di status anda,saya berasa

comment sayalah yang paling bagus dari

semua comment-comment yang ada di

status anda.Mungkin ada yang mulutnya

akan berbuih jika membaca comment

ini.Tapi saya selaku pengoment akan tetap

menulis sepanjang mana comment yang

saya dapat tulis.Saya meminta maaf jika

comment ini membuatkan anda menyampah

dan ingin memblock anda dari status kawan

saya.Tapi saya redha dengan keputusan

itu.Mungkin dalam fikiran anda,anda berfikir

kenapa saya mengomen sepanjang

mungkin.Kerana saya sudah jelaskan

tadi,saya selaku pengoment harus memberi

komen terbaik dari yang terbaik dari

pengoment-pengoment yang lain.Bagi

saya,ini satu kepuasan bagi saya jika saya

dapat mengoment status anda sepanjang

yang mungkin dan saya harap comment

sepanjang ini dapat memuaskan hati saya

dan juga semua pihak.Saya merasakan

bahawa anda harus membaca comment ini

kerana ini juga salah satu ilmu dan anda

harus terokai.Jika saya menulis comment ini

sepanjang-panjang mana yang boleh.Ini

dapat meningkatkan lagi kemahiran bertulis

saya terhadap komputer.Untuk pengetahuan

anda,saya menghabiskan masa selama 30

minit menulis comment ini dan saya berasa

ini comment terbaik dari yang terbaik yang

pernah saya tulis.Maafkan saya sekali

lagi,tapi saya harap anda mengerti comment

saya yang begitu panjang ini.Mungkin

sekarang nie sebahagian dari pembaca

sudah matanya juling kerana pening

membaca comment ini.Tetapi ini ialah

hakikat,saya tetap mahu

mengommentnya.Saya sangat menghargai

anda kerana anda sanggup tekan "See More"

semata-mata mahu membaca comment

saya.Saya sangat terharu dan ini juga

membangkitkan semangat saya bagi terus

mengomment dan mengomment status

anda sebanyak yang mampu.Bagi menulis

comment ini,saya telah membeli KFC dan

juga PIZZA HUT bagi membolehkan saya

tidak keletihan bagi mengoment status anda

ini.Kerana saya merasa anda ialah seorang

yang sangat bertuah kerana telah mendapat

comment saya nie.Mungkin sebahagian dari

tuan punya status ini suka dengan comment

saya ini,dan mungkin juga sebahagiannya

tidak suka,tapi saya tetap berharap supaya

anda menyukai comment saya kerana saya

telah menghabiskan duit bagi membeli KFC

dan PIZZA HUT SEMATA-MATA mahu

mengomment di status anda ini.Kerja saya di

MUKA BUKU ini hanyalah mengomment

status orang dan ramai sekali menyampah

dan ada juga orang ketawa melihat

comment saya yang begitu panjang lebar

nie.Saya berharap selama anda membaca

comment saya ini.Sedikit-sebanyak ada juga

ilmu yang akan masuk ke kepala otak

anda.Sebenarnya saya berfikir mahu menulis

lagi.Tetapi saya fikir cukuplah comment saya

setakat ini kerana saya berfikir,mesti ada

orang sudah masuk hospital gara-gara

membaca comment saya ini.Sekian saja di

sini.Dan terima kasih sekali lagi kerana sudah

membaca comment saya sehingga di

akhirnya.kesimpulanne,, saya suka kn status

anda..hih

Wednesday 21 March 2012

CERITA:HANTU MENANGIS

Ini ada satu cerita hantu yang saya alami, ketika itu saya dengan adik ipar saya nak pergi memancing di sebuah hutang di area selangor.

Kami memancing di sana sebab ada orng kata banyak ikan ketutu.Ikan ketutu mahal kalau dapat seekor pun dah di kira lumayan. 1kg rm70.00.

Kami bergerak dari rumah sekitar jam 4.12 petang dengan menaiki motor honda ex5. Kami sedikit pun tidak rasa takut, cuma di dalam kepala hanya memikirkan untuk mendapatkan duit dengan kerja yang kami lakukan.

Di kawasan hutan itu terdapat anak sungai yang pecah akibat banjir rupanya disitulah kawasan lubuk ikan ketutu. Ketutu suka mendiami kawasan lubuk yang dalam dan mempunyai rimbunan pokok mengkuang.
Kami tiba di kawasan Hutan Tebal itu tepat jam 7.15 petang. Berbekal 2 batng Joran dan umpan anak ikan.

Kami memancing tidak berjauhan maklumlah Hutan Tebal dan gelap gelita.

Malam itu kami dapat seekor ikan ketutu yang berat agak2 sekilogram. wah untung kita hari ni, menyebabkan kami mula gila nak mancing lagi. Ikan ketutu aktif bila waktu malam di siang hari ia akan jadi bodoh macam tunggul kayu.

Tiba-tiba hujan renyai2 di waktu bulan mengambang pada malam itu, hairan ribut tak ada, guruh pun tak ada tiba2 hujan. kami tidak berputus asa masih lagi meneruskan aktiviti memancing ketutu pada malam tersebut.

Tiba-tiba di jalan laluan balak lama muncul 1 kelibat manusia. Muka kami tidak nampak cuma nampak rambutnya panjang memcecah ke bumi di pacar
cahaya bulan hujan renyai2 pada malam itu, kain kafan menyaluti tubuhnya.

Dia bergerak pelahan-lahan menuju kearah kami dengan bunyi wanita sedang menangis.

Kami mula ketakutan lalu berlari mendapatkan motor yang tidak jauh dari tempat kami memancing.

Bunyi helaian jangan cakap, sangat kuat kedengaran.

kami memecut laju meninggalkannya..setelah jauh kami bergerak bunyi tangisan tersebut sudah pun reda. syukur tidak terjadi apa2 pada malam tersebut .hanya seekor ikan sahaja yang kami dapat.
sekian terima kasih..

Friday 16 March 2012

HURUF P


Paklong Punya Pasal, Pagi-Pagi Pakngah Pergi Pasar. Paklong Pesan Pulut Panggang. Parking Pulak Punyalah Payah. Pakngah Pun Pelik, Pasal Pulak Pagi-Pagi Payah Parking. Pakngah Pun Pusing-Pusing Perhati Parking. Pusing Punya Pusing, Pakngah Pun Pening. Penyudahnya Pakngah Parking Pinggir Parit.

Pening-Pening Pun Perut Pakngah Perlu Penuh. Pakngah Pun Pergilah Pekena Pasembor. Pasembor Pulak Punyalah Pedas. Pergh ! Pedas-Pedas Pun Pakngh Pulun. Pakngah Pulun Pelan-Pelan Pasal Pedas. Pastu Pakngah Pun Pulang.

Pakngah Pulang Punyalah Panas. Pakngah Pun Pasang Penyejuk. Pasang Penyejuk Pun Panas. Pakngah Pun Pelik Pasal Pulak Panas. Pakngah Pun Periksa Penyejuk. Patutlah Panas, Penyejuknya Palsu. Pakngah Pun Pergi Pulangkan Penyejuk Pada Peniaga. Pokemon Punya Peniaga!

Pikir Punya Pikir Pakngah Putuskan Pelihara Puyu. Pakngah Perlukan Peruntukan. Permohonan Peruntukan Pulak Punyalah Panjang Prosesnya. Prosedurnya Pun Payah. Pagi Petang Pakngah Panjat Pejabat Pegawai Perikanan. Pakngah Pun Pedap. Penyudahnya Pakngah Pinjam Paklong .

Pinjam Paklong Pun Paedahnya Pat Persen. Pat Persen Pun, Pat Persenlah. Puyu Punya Pasal, Pedulilah. Projek Pelihara Puyu Perlukan Pondok. Pakngah Pun Perbaiki Pondok Pakngah. Pakngah Paku Papan ... Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang .....

Pengetuk Paku Pulak Patah Patah. Pedulikan Pasal Pengetuk Paku Patah. Pikir Pulak Pasal Perkara-Perkara Penting. Pasal Pimpinan PM, Pasal Pilihanraya, Pasal Pembangunan, Pasal Perpaduan, Pasal Pendidikan, Pasal Perundangan, Pasal Perjalanan Parlimen, Pasal Perairan, Pasal Palestin, Pasal Peluang Perniagaan Pabila Puasa ... Pup .... Pelita Padam !

Penamat

Tuesday 6 March 2012

LAWAK:AWEK BOGEL NAIK BECA

Ada seorang awek berbogel menahan sebuah beca lantas menaiki beca tersebut.

Sepanjang perjalanan, si tukang beca langsung tidak mengalihkan pandangannya dari menatap gadis tersebut.

Merasakan dirinya diperhatikan oleh tukang beca tersebut, gadis itu berkata “kenapa, tak pernah tengok perempuan bogel ke?”

“Bukan begitu, cik adik. Pakcik cuma tertanya tanya, dari mana wang tambang beca ni adik nak keluarkan nanti” jawab tukang beca tu.

Monday 5 March 2012

LAWAK:MAK CIK BEDAH


Selah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital
ternama kerap mengalami kejadian pelik..

Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka Perkara ini sangat
membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut... Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... bebera...pa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur...

Beberapa doctor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus.. Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am... tiba-tiba...... Pintu bilik ICU itu terbuka.. Kemudian masuklah Makcik Bedah... Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat..Masuk. mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut... soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan.. vacuum cleanernya...

Thursday 1 March 2012

LAWAK:PILOT DAN KANIBAL

isah 3 Pilot yang ditangkap oleh suku kaum Kanibal, ketiga-3 pilot yg takut trsebut mmohon agar x dibunuh. Maka ketua suku kaum itu pn brkata, ‘Klau kowg sume nk hidup, kowg kena msuk hutan & bawa 10 buah yg sama jenisnya. Tapi kowg hanya ada masa 3 jam saja!’

Sblm 3 jam, pilot yg 1 pun akhirnya dtg bawa 10 epal.
 Ketua Suku : "Ok, kamu dh bawa 10 bj epal. Skrg msukkan semua epal tu ke dlm lubang dubur kamu satu persatu. Klau kamu mrintih atau brsuara, kamu akan saya potong2!"

Dgn penuh prjuangan & ketahanan akhirnya epal prtama dpt di msukkan. Tp utk epal yg ke 2 dia xdpt mnahan sakit & terus mnjerit. Dgn kejam ketua suku td terus memenggal kepala si pilot. Maka naiklah pilot td ke syurga.

Pilot ke-2 plak dtg bawa 10 bj anggur. Dan ketua suku td terus bg arahan yg sama. 1 anggur msuk, 2 anggur, 3 anggur, tp pada saat dia nk masukkan anggur yg ke 10, ketua suku td tiba2 memotong kepala pilot ke-2.

Naik la pilot ke-2 td ke syurga & brjmpa dgn pilot-1 td.
 Pilot2 : Wah, kau pn mati jgk?
 Pilot1 : Ye la, aku bwk epal. Xtahan sakit! Si.al tul ketua suku tu, syaratnya susah sgt! Hbs kau bwk buah apa?
 Pilot2 : Anggur
 Pilot1 : Anggur?? Tu kan senang! Kck je, xsakit pon!
 Pilot2 : Mmg betul. Sume anggur aku hmpir masuk ke dlm lubang dh..Tapi tiba2 aku ketawa & hbs sume anggur yg aku msuk td keluar blik…..
 Pilot1 : Bo.doh kau! Knpe ketawa?
 Pilot2 : Habis, masa aku nk msukkan anggur yg ke 10, aku nmpk pilot ke-3 bawa durian...giler ko..durian!!!

Wednesday 29 February 2012

LAWAK:AIR

Saya sedut airnya sampai kering!!

Nak di jadikan cerita, adalah seorang gadis 18 tahun menjadi pelacur sambilan ketika waktu lapang di sebuah rumah urut di hujung kampungnya. Gadis ini tinggal bersama neneknya yang dah tua di pinggir kampung berdekatan dengan bandar kuantan. Walaubagaimanapun, neneknya tidak tahu menahu pasal kegiatan cucunya itu.

Suatu hari, satu kumpulan pelacur telah diserbu di rumah urut tersebut, termasuklah gadis yang diceritakan ini. Polis meminta kesemua pelacur-pelacur berdiri berbaris dan membuat satu garisan lurus. Semasa pelacur-pelacur itu sibuk berbaris, tiba-tiba muncul nenek tua kepada gadis itu jalan sambil terbongkok-bongkok kerana ingin membeli belacan di kedai hujung kampung. Sedang nenek itu berjalan, terperasan lah akan cucunya yang sedang berbaris itu, lalu dia pun bertanya kepada cucunya, “Kenapa kamu berbaris di sini cu?” Disebabkan gadis itu takut akan diketahui neneknya tentang kegiatannya, maka cucunya pun menjawab “Ni nenek, ada orang nak derma oren 1 kotak, jadi dia minta kami berbaris untuk terima oren tu la.” Setelah mendengar penjelasan dari cucunya, dia pun memulakan langkahnya yang perlahan itu untuk beredar. Tiba-tiba nenek itu terfikir, baik aku berbaris jugak, boleh bawak balik 1 kotak oren lagi. Lalu, nenek si gadis itu pun turut berbaris dihujung barisan dengan niatnya, mengharapkan 1 kotak oren itu.

Dalam masa yang sama, beberapa anggota polis sedang mengambil kenyataan-kenyataan dari gadis yang sedang berbaris itu. Apabila sampai giliran mendapatkan kenyataan orang terakhir, dia terkejut kerana tercegat seorang nenek yang bongkok tiga macam tiada kudrat sedang berdiri sambil tersengih.Polis itu tercengang lalu tertanya, “Kamu ni nenek tua, bagaimana kamu lakukannya?” Si nenek (menyangka soalan itu ditanya tentang bagaimana dia boleh makan oren itu) Nenek itu pun menjawab, “Oh senang je. Saya hanya cabut gigi palsu dan mula sedut sampai airnya kering.

Monday 27 February 2012

LAWAK:3 BUDAK HITAM

3 orang hitam sedang berjalan, tiba-tiba mereka dihentikan oleh seekor pari-pari.
Pari-pari itu memberi mereka satu peluang membuat 1 permintaan setiap seorang.
.
Orang Hitam pertama kata, " saya mahu jadi putih, tolong tukar saya ke warna putih dan, 
dia pun menjadi putih dan kacak.
Orang hitam kedua juga berkata,"Saya juga!", 
Dia juga menjadi putih.
.
Orang hitam ketiga :D ketawa sekuatnya dan pari-pari kata,
.
"Berhenti ketawa dan memberitahu saya permintaan kamu!!" kemudian dia kata,
.
.
"Buat 2 orang lelaki ini orang kulit Hitam sekali lagi"

Sunday 26 February 2012

LAWAK:GATAL BELAKANG

Udin baru berusia 4 tahun. Dia tahu yang minggu depan kakaknya yang sulung akan berkahwin..
“Kakak….kenapa akak mesti kahwin?” Tanya Udin petah.
“Nanti Udin dah besar, Udin tau sendiri la…..”, jawab Kakak Udin.
Nyata Udin tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut.

Esoknya seperti biasa, Udin akan bertandang ke rumah Harun dan Karim apabila balik dari kelas mengaji Quran. Harun dan Karim merupakan sahabat baik dan mereka menyewa sebuah rumah berhampiran dengan rumah keluarga Udin. Mungkin kerana sama-sama masih teruna, Udin selesa duduk melepak di rumah Harun dan Karim walaupun umur mereka jauh berbeza. Semasa Udin sampai ke rumah bujang tersebut, Harun dan Karim sedang asyik menonton cerita kegilaan mereka, CSI- Miami.

“Harun, kau tolong garu belakang aku! Aduh, gatalnya!” Pinta Karim.
“Ah, tak kuasa aku! Tulah! Aku suruh kahwin kau tak nak. Kalau tak, boleh gak bini kau tolong garu belakang.” Balas Harun pula.

Udin tiba-tiba berasa amat gembira. Kini dia sudah dapat jawapannya.

“Kakak! Saya dah tahu sebab apa kakak kahwin!” Kata Udin dengan girang.
“Sebab apa?” Tanya Kakak Udin.
“Sebab gatal belakang!” Jawab Udin yakin.
Bapa mereka yang terdengar perbualan Udin dengan kakaknya itu menyampuk,
“Salah nak…sebenarnya gatal depan….”

Friday 17 February 2012

MALAS NAK CITE


Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.”

Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?”

Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.”

Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?”

Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”

Maka raja pun terdiam seketika.

Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata, “Patik adalah yang paling malas tuanku.”

Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab,

“Nak cite pun malas".

Saturday 4 February 2012

LAWAK:NENEK 3 EKOR

Ada 3 orang nenek kat Rumah Orang Tua-Tua….depa nie dok sembang dalam satu bilik. Depa dok sembang pasal depa yg dah nyanyok.

Nenek 1 : Aku nie teruk betul la…kalau aku letak satu barang tu…aku dah
 tak ingat kat mana aku letak….

Nenek 2 : Itu kira okey ler….aku lagi teruk..kalau aku turun ke naik ke
 tangga…then kalau aku stop…aku dah tak ingat…aku turun ke naik…..

Nenek 3 : Apa la hang pa semua nie……aku yg tua dari korang pun stil okey
 lagi (ketawa sambil tangan mengetuk-ngetuk meja)
 Pastu…nenek 3 terdiam sebentar……

Nenek 3 : Oit….sapa pulak yg ketuk meja tu……???

Friday 3 February 2012

LAWAK:HANTU 3 EKOR

Satu malam,ada tiga ekor hantu tengah berbual dan masing2 nak tunjuk kehebatan masing2.

Hantu1:Korg nk tgk tak kehebatan aku?

Hantu 2 & 3:Ha ap die?

(Hantu1 satu pun trus hilang dalam sekelip mate,dalam mse 10 saat die muncul balik dalam keadaan darah di satu badan.)

Hantu 1:Ha korg npk tak kmpung kecik kat sblh ni?

(Hantu2 & 3 mengangguk)

Hantu1:Ha da habis da aku mkn dorg.

Hantu3:Perghh pantas gileee!!

Hantu2:Heh,tu x hebat mane.Tgk aku plak.

(Hantu2 terbang sepantas kilat dalam skelip mata dan muncul dalam 5 saat lepas tu,lg pantas drpd hantu1,dalam keadaan berdarah di taringnya)

Hantu2:Ha ko npk x bandar sebelah tu?Habis kering darah dorg aku isap.

Hantu3:ahaha,tu x hebat,meh aku tunjuk aku pnye khebatan plak.

(Hantu3 bgerak laju dan dalam satu 1 saat saje muncul smula dlm keadaan
berdarah2,Hantu1 dan 2 tkejut)

Hantu1:Mak aihh,laju gle ko,siap bdarah2 lg.1 saat tuu.

Hantu3:Ko npk tak tembok kat sbelah tu?

(Hantu 1 dan 2 mengangguk)

Hantu3:Aku tak nampak tembok tu tadi.

Thursday 2 February 2012

LAWAK:PUKUL 4

Di sebuah bustop, seorang budak nakal bertanya waktu kepada Pak Cupit...

Budak: Pakcik pukul berapa sekarang?
 Pak Cupit: Pukul 3:45 petang.

Budak: Terima kasih
 Pak Cupit: Sama-sama

Budak: Pakcik mintak tolong sikit boleh?
 Pak Cupit: Tolong ape?

Budak: Nanti bila dah pukul 4:00 petang boleh tak pakcik cium bontot saya?
 Pak Cupit: Celaka punya budak!

Budak nakal tersebut terus lari meninggalkan Pak Cupit sambil ketawa berdekah-dekah. Pak Cupit yang berang mengejar budak nakal itu sampai ke sebuah gerai menjual jambu.

Penjual jambu: Kenapa termengah-mengah ni pak cik?
 Pak Cupit: Budak celaka tu kenakan aku! Ada ke patut dia suruh aku cium bontot dia pukul 4:00 petang?

Penjual jambu: La yeke? Tapi sekarang baru pukul 3:50 ada sepuluh minit lagi, kenapa tergesa-gesa?
 Pak Cupit: &%$$%#@!

Friday 27 January 2012

FARMVILLE

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"

p/s:aku bahang dalam internet.Tuan dia marah belakang kira..haha

Wednesday 28 December 2011

3 MAWAR -PART 5

***

“Sarah??”

Pipi Sarah di tepuk-tepuk perlahan. Umairah yang masih lagi terkejut dengan kejadian waktu pagi itu mengelap muka Sarah dengan kain lembab. Sarah separa sedar. Namun telinganya dapat menangkap suara cemas Umairah. Tak berapa lama, Sarah mula sedar sepenuhnya.

“ Mai…”

“ Sarah, awak ok?” Kedengaran satu suara garau yang menegur.

Sarah berpaling.

“Iz..” Sarah tidak dapat menghabiskan kata. Tangisan mula kedengaran. Umairah hanya mampu memeluk dan menyabarkannya.

“ Sarah, kenapa ni? Cuba awak cerita apa yang terjadi?” Pujuk Izhar. Jari-jemari Sarah di genggam erat.

“ Rumah ini…ada puaka.” Jelas Sarah. Izhar dan Umairah mengerutkan dahi.

“ Rumah ini?” Tanya Izhar. Dia memandang Umairah. Umairah hanya menjongketkan bahu.

“ Awak penat kerja ni.” Sambung Izhar.

“ Tak, saya yakin rumah ini ada puaka.” Balas Sarah.

Izhar dan Umairah buntu. Sarah pula masih digenangi air mata. Fikirannya kusut. Dia amat yakin dengan apa yang terjadi. Cuma dia tidak tahu bagaimana mahu menerangkan kepada mereka.

“ Sarah, bukan aku tak mahu percaya atau apa. Cuma, mungkin aku tak alami apa yang kau alami, jadi, aku tak tahu apa yang kau rasa. Tapi tak bermakna aku tak percaya. Sudahnlah. Izhar baru sampai ni. Kesian dia balik dari jauh, tengok kau macam ini.” Pujuk Umairah.

“ Betul cakap Mai tu. Dah, jangan nangis lagi. Tak comellah nangis-nangis ni. Dan, saya janji kita sama-sama selesaikan hal ini. Okey?” Pujuk Izhar.

Sarah hanya mengangguk. Lega mendengar janji Izhar. Tetapi dalam masa yang sama, dia masih takut jika benda-benda yang di takutinya itu kembali. Sarah beristighfar dalam hati.

Dan di sebalik daun pintu yang terbuka, ada mata yang sedang memerhatikan mereka. Tajam.

***

“ Mai, dah tidur?” Panggil Sarah di luar kamar Umairah. Pintu bilik di ketuk perlahan.

“ Sekejap.” Terdengar suara dari dalam membalas. Pintu bilik di buka dari dalam. Muka Umairah terjengul di balik daun pintu.

“ Ya, Sarah?”

“ Aku nak keluar sekejap tau.”

“ Oh, ok. Take care ye.”

“ Ok. Bye.”

Umairah hanya menghantar Sarah di muka pintu bilik. Selepas mendengar Sarah mengunci kembali pintu utama, Umairah kembali ke dalam bilik, menyambung kerja yang terhenti.

***

Sarah menekan punat lif. Turun. Tak lama, pintu lif terbuka. Sarah menapak masuk, dan terus menekan punat ke ground floor.

“ Mahu ke mana?” Satu suara menegurnya.

Sarah tersentak. Lantas dipalingka kepalanya ke belakang.

“ Oh, Pak Akob. Maaf tak perasan pakcik tadi. Saya mahu keluar sekejap. Jumpa kawan.”

“ Hmm..” Respon Pak Akob.

“ Err…pakcik dari mana ni?”

“ Aku dari tingkat 10.”

Ada kerosakan lagi ke pakcik?”

“ Hmmm..”

Ting!

Lif sudah sampai ke tingkat paling bawah. Sarah menapak keluar. Bila dia berpaling ke belakang, kelibat Pak Akob telah menghilang. Tanpa membuang masa, Sarah terus menuju ke arah izhar yang sedia menunggu di dalam kereta.


***

Umairah sedang masak di dapur. Maggi. Menu bujang yang paling senang. Tinggal berseorangan di hari minggu menjadikan dia bosan. Namun, untuk keluar, dia masih ada kerja yang belum diselesaikan. Alunan nyanyian dari radio di ruang tamu sedikit sebanyak menghilangkan kesunyian.

Sedang asyik dia mengacau magginya, tiba-tiba Umairah terasa angin sejuk menampar-nampar tubuhnya. Bulu romanya tiba-tiba meremang. Ada sekelumit perasaan tidak enak bermain di mindanya. Api dapur dimatikan. Maggi dituang ke dalam mangkuk dan dibawa ke meja di ruang tamu.

“Oh, nak hujan kot.” Katanya pada diri sendiri sambil melihat ke arah luar balkoni. Malas ambil pusing perasaan bukan-bukan yang terbuku di hati, Umairah membuka tv dan menjamah maggi yang masih berasap. Suasana sepi. Hanya kedengaran suara pemberita di tv.

Maggi habis semangkuk ditelannya. Umairah bangun mengangkat mangkuk maggi untuk dibawa ke dapur. Saat di berpaling,


“ Makk!!” dia menjerit. Umairah terkejut. Jantungnya seakan-akan terhenti kerana terkejut.

Rupanya Sarah yang berdiri betul-betul di belakang sofa tempatnya duduk.



Sambung lagi…

Friday 25 November 2011

3 MAWAR -PART 4

PART-1      PART-2    PART-3

“ Inilah rumah aku. Masuklah. Bilik kau, aku dah kemaskan semalam.” Sarah membuka seluas-luasnya pintu kepada Umairah yang mula berpindah tinggal dengannya hari ini.

“ Ishh….susahkan kau aje. Padahal, aku yang patut kemas sendiri.”

“ Tak apa Mai. Alang-alang mengemas rumah, aku kemaskan juga bilik kau tu. Bukan susah pun.”

“ Terima kasihlah Sarah. Nanti aku belanja kau makan tengahari ye. Hehe.”

“ Wah, rezeki jangan di tolak. Hahaha.”

“ Ah, kau. Bab makan, suka je. Gemuk tak jugak.”

“ Jangan jealous ok. Hehehe.”

“ Tak kuasa.”


Kedua gadis itu ketawa riang mengusik antara satu sama lain sambil sibuk mengemas barang-barang Umairah yang baru berpindah. Dalam keceriaan dua gadis itu, mereka tidak sedar yang ada sepasang mata yang sedang memerhatikan mereka di sebalik pintu.



***


Sarah mematikan lampu meja. Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Dia merebahkan badannya ke katil. Badannya terasa amat penat dengan kerja yang menimbun. Belum sempat Sarah melelapkan mata, pintu biliknya di ketuk bertalu-talu. Lampu meja di sisi katilnya itu di buka kembali.

Sarah menuju ke arah pintu dan membukanya.

“Eh, Mai? Kenapa tak tidur lagi? Kenapa dengan kau ni?”

Di muka pintu adalah Umairah yang sedang menangis. Tiada suara yang kedengaran dari mulut Umairah selain dari bunyi esakan yang berterusan. Memandangkan tiada reaksi dari Umairah, Sarah segera menarik tangan kawannya itu masuk ke dalam bilik. Sejuk. Ya, tangan Umairah di rasakan sangat sejuk. Dibawa rakannya itu duduk di sisi katil.

“ Kenapa dengan kau Mai? Kenapa menangis ni? Kau ada masalah ke?”

Umairah hanya menundukkan wajahnya. Pertanyaan Sarah hanya di jawab dengan gelengan.

“ Kau sakit?” Tanya Sarah lembut.

Juga tiada ucapan yang keluar dari mulut Umairah selain daripada esakan halus dari bibirnya . Sarah mati akal. Tak tahu apa nak buat.

“ Kalau macam tu, kau tidur ye? Kau tidur je di sini dengan aku. Dah, jom tidur. Jangan menangis lagi. Kau buat aku risau tau.”

Umairah hanya mengikut kata-kata Sarah. Badannya di rebahkan di sebelah Sarah. Sarah mematikan lampu. Tubuh Umairah di peluk tanda menenangkannya.

“ Eh, kau tak mandi ke? Bau semacam saja ni.” Tanya Sarah. Dia tergelak kecil. Dan seperti tadi juga, Umairah hanya membisu. Sarah hairan. Kedengaran hanyalah esakan yang semakin mengecil.



***


Sarah tersedar saat jam loceng berbunyi. Pukul 6 pagi. Sarah menggeliat malas. Kantukknya masih menebal. Matanya juga masih memberat. Beberapa minit kemudian, dia teringat yang malam tadi dia tidak tidur keseorangan. Dia menoleh ke arah Umairah yang tidur di sisi. Dahinya berkerut apabila melihat di sisinya kosong.

“ Mai?” Panggil Sarah. Tiada sahutan.

Sarah segera turun dari katilnya. Membuka pintu dan menuju ke arah bilik Umairah. Kelihatan bilik rakannya sudah terang. Menyangka Umairah telah kembali ke biliknya awal-awal lagi, Sarah tidak  jadi meneruskan hajatnya ke bilik Umairah. Dia segera masuk ke biliknya dan bersiap-siap untuk ke pejabat. Hal Umairah, akan ditanya sewaktu bersarapan nanti.

Sarah mengenakan kemeja merah jambu bersama seluar slack hitam. Rambutnya yang lurus panjang di ikat ekor kuda. Wajahnya di kenakan sedikit solekan. Menyerlahkan keayuan semulajadinya. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Sarah mencapai handbag dan bag laptop keluar menuju ke ruang makan. Kelihatan Umairah yang lengkap berpakaian ke pejabat juga sedang bersarapan. Yang hairannya, wajahnya tidak menunjukkan apa-apa tanda yang dia mempunyai masalah. Seolah-olah malam tadi tiada apa-apa yang berlaku kepadanya.

“ Selamat pagi Sarah. Jom sarapan.” Ajak Umairah sebaik terpandang wajah Sarah. Riak wajahnya ceria. Sarah kehairanan.

“ Selamat pagi. Kau sihat ke Mai?” Tegur Sarah.

“ Aik? Aku mestilah sihat. Kenapa kau tanya?” Soal Umairah. Pelik.

“ Kau kenapa malam tadi?” Tanya Sarah lagi.

“ Aku kenapa malam tadi?” Umairah pula menyoal Sarah

“ Kau sedar tak kau buat apa malam tadi?” Soal Sarah lagi. Hairan.

“ Aku buat apa? Aku siapkan kerja aku, lepas itu aku layan movie korea.” Jawab Umairah.

“ Kau ada datang bilik aku tak?”

“ Eh? Tak ada. Aku layan korea sampai pukul 2 pagi, lepas itu aku terus tidur. Tak ada pulak aku nak merayau pergi bilik kau.”

Dada Sarah berdebar. Jadi, siapakah yang datang dan tidur dengannya malam tadi? Mukanya bertukar pucat dan Umairah menyedari perubahan wajah Sarah.

“ Kenapa dengan kau ni Sarah?” Tanya Umairah pula.

“ Kau pasti kau tak ada datang bilik aku malam tadi?”

“ Mana ada. Kau mengigau ni Sarah.”

Sarah terdiam. Dia yakin dia tidak mengigau. Dan dia yakin memang Umairah ada datang ke biliknya malam tadi. Badannya menggigil.jika benarlah bukan Umairah yang datang ke biliknya malam tadi, jadi siapakah yang yang bertandang ke biliknya malam tadi? Dan yang penting, siapakah yang dia peluk malam tadi? Dan tiba-tiba dia teringat akan bau  pada ‘Umairah’ ketika dia memeluknya. Sarah seakan mahu pitam.

“ Sarah? Kenapa ni?” panggil Umairah.

Pandangan Sarah terasa kelam. Umairah di hadapannya antara jelas dengan tidak di pandangannya.

“ Sarah…Sarah…Ya Allah, Sarah, kenapa ni?”

Pandangan Sarah terus menggelap. Dan dia tidak sedar apa yang berlaku, kecuali bunyi jeritan Umairah memanggilnya yang semakin lama semakin menjauh.

“Sarah!!”...........bersambung


P/s:ini taipan hasil dari tangan dan kepala budak nama Lieyanna Esmeralda.Dia baru mendapat hidayah untuk membuka blog sendiri selepas mencuci sari di sungai ganga pada depavali baru baru ini.

Thursday 10 November 2011

3 MAWAR -PART 3

PART-1      PART-2

“Mai, aku tak tahu nak cakap macam mana lagi. Aku betul-betul rasa rumah tu something. Dari hari pertama lagi aku dah rasa pelik dengan rumah tu.” Luah Sarah pada Umairah, rakan sekerjanya.

“ Kau betul- betul pasti ke dengan apa yang kau cakap ni? Bukan mimpi?” Tanya Umairah. Dia masih kurang percaya dengan cerita Sarah.

“ Betul Mai, buat apa aku tipu. Aku nampak sendiri benda tu. Aku takut Mai.”

“ Tenang Sarah. Mungkin kau terbawa-bawa dengan mimpi kau kot.”

“ Tak, Aku tak mimpi Mai. Aku sedar masa tu. Dalam bilik air tu. Dia panggil aku,Mai.”
Ujar Sarah sambil teresak-esak. Umairah hanya mampu memeluk Sarah sambil mengusap belakang Sarah. Cuba menenangkan kawan yang ketakutan.

“ Kau dah bagitahu Izhar pasal ni?”

Sarah hanya menggelengkan kepala. Menandakan dia belum memaklumkan tunangnya tentang kewujudan ‘hantu’ di rumahnya.

“ Apakata kau cuba bagitahu dia. Cerita pada dia. Mungkin dia ada nasihat yang baik untuk kau?”

“ Iz tak ada kat sini. Dia kat Dubai sekarang. Minggu depan baru dia balik.”

“ Kalau macam tu, tak apalah Sarah, aku ada kalau kau nak cerita apa-apa. Cuma sekarang, aku nak kau tenang, lap air mata tu dan basuh muka.” Pujuk Umairah.

“Ermm…Mai, kau dah jumpa ke rumah yang kau cari tu?” Tanya Sarah. Umairah yang kini tinggal bersama rakannya di Bangsar terpaksa mencari rumah lain kerana temannya itu bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi. Menyewa seorang diri di bangsar memang tersa agak perit baginya.

“ Belum lagi Sarah. Masih mencari.” Jawab Umairah sambil mengeluh.

“ Oh…hujung bulan ni kau dah tak tinggal sana kan?”

“ Ya, tapi aku pening ni sebab tak jumpa rumah yang sesuai lagi. Alamatnya berkhemah depan ofis lah jawabnya.” Getus Umairah. Sarah tertawa kecil.

“ Kau pindah duduk dengan aku sajalah. Minggu depan dah masuk bulan baru kan?” Pelawa Sarah.

“ Pindah duduk dengan kau?” Soal Umairah.
“ Ya, kenapa? Takut hantu?” Usik Sarah.

“ Hahaha. Gila. Tak adalah. Molek juga tu. Kau pun tinggal seorang kan?” Putus Umairah. Settle sudah masalah ‘penempatannya’.

“ Hehe. Ingatkan takut. Kalau macam tu, hujung minggu ini aku tolong kau pindah ya?”

“ Okey. Cantek.”


***

Sarah sedang menyidai beberapa helai baju di balkoni. Kesibukan kerja pada waktu siang menyebabkan pada waktu malam sahaja dia berkesempatan membasuh baju. Adat orang bujang. Seusai menyidai baju, dia beralih ke dapur. Menyediakan makan malam. Nasi goreng menjadi pilihan kerana mudah dan cepat.

Sedang sibuk di dapur, tiba –tiba hidung Sarah terbau bau hanyir yang sama. Sarah kaget. Tangannya yang tadi ligat menggoreng kini terhenti. Bau itu kuat datangnya dari arah ruang tamu. Sarah meletakkan sudip ke tepi dan terus ke ruang tamu.

Mata Sarah melilau memerhatikan sekeliling. Tiada apa-apa. Cuma ada, bau hanyir meloyakan itu menusuk rongga hidung. Tidak tahan dengan bau itu, Sarah melajukan putaran kipas ke tahap maksimum. Mengharapkan bau itu hilang.

Sarah seakan terlupa dia sedang memasak. Bau masakan yang hangit pula menari-nari di rongga hidungnya. Hanyir dan hangit bercampur baur. Sarah segera berlari ke arah dapur, dan segera menutup api dapur. Selera makannya hilang. Lalu dia berlalu ke bilik tanpa menghiraukan perut yang berkeroncong minta di isi. Seleranya mati.


***

3.30 pagi. Lena Sarah tampak tidak tenang. Kedengaran desah nafas kencang yang terhembus. Sesekali badannya bergerak-gerak ke kiri dan ke kanan. Gelisah.

Ruang tamu rumah bersepah-sepah, dengan kerusi, meja yang tunggang langgang. Kelihatan satu susuk tubuh seorang gadis pertengahan 20-an sedang ketakutan. Dan kelihatan juga satu susuk tubuh lelaki yang tidak dikenali sedang mengejar gadis itu.

Kelihatan babak kejar-mengejar sedang berlaku. Di tangan lelaki itu, ada sebilah kapak yang tergengam erat. Manakala gadis itu sedang mengelakkan diri sambil membaling apa sahaja objek yang sempat dicapainya ke arah lelaki itu. Suara jeritan si gadia dan hilai ketawa sang lelaki melatari babak kejar-mengejar tersebut.

Ternyata, malang memihak pada si gadis berambut pendek itu. di hujung penjuru dinding, dia kehilangan arah dan ruang untuk lari. Si gadis menangis ketakutan. Wajahnya pucat tak berdarah. Lelaki tak dikenali itu ketawa mendekati si gadis. Sambil mengacah-acah kapak yang berada di tangannya. Si gadis menjerit sambil menutup muka.

Dengan kasar, lelaki itu menarik rambut gadis itu menyebabkan si gadis melolong kesakitan.

“ Kau nak apa dengan aku!!!?” Pekik si gadis.

“ Aku nak kau. Hahahaha.”

“ Kau nak apa dengan aku? Kau nak duit? Aku bagi. Tapi jangan buat aku macam ni!!!”

“ Aku tak perlukan duit kau. Aku hanya nakkan darah kau.”

“ Mengarut!! Lepaskan aku, orang gila!! Lepaskan!!!”

“ Hahaha. Kau ingat senang nak lepas dari aku?”

“ Kau binatang!! Bodoh!! Babi!! Lepaskan aku bangsat!!!”

Pang!!

Satu tamparan kuat singgah di pipi si gadis. Kuatnya tamparan itu menyebabkan si gadis jatuh pengsan tidak sedarkan diri. Lelaki itu mengheret si gadis lalu di dudukkan tubuh itu di atas sebuah kerusi dan diikat. Kepala si gadis di dongakkan menghadap si lelaki.
Kelihatan tangan yang memegang kapak itu diangkat. Seakan ingin menetak si gadis yang tidak sedarkan diri. Kapak di angkat tinggi dan di hayunkan menuju tepat ke leher si gadis dan…

“Jangan!!!!”

Sarah tersedar dari mimpi. Babak-babak mimpi yang pelik dan menakutkan membuatkan dia berdebar-debar. Nafasnya tercungap-cungap. Badannya menggigil menahan takut.

Bersambung................



P/s:ini taipan hasil dari tangan dan kepala budak nama Lieyanna Esmeralda.Dia baru mendapat hidayah untuk membuka blog sendiri selepas mencuci sari di sungai ganga pada depavali baru baru ini.

Tuesday 1 November 2011

PELANGI LAPAN WARNA-PART 4 (AKHIR)

PART 1   PART 2  PART 3

Dan lelaki itu, dengan sejuta sesalan terus menangisi perbuatannya pada Laila. Walau tangisan tanpa titis di mata, namun hatinya sarat dengan sendu.

‘Laila, andai aku tahu begini sakitnya, tidak berani aku memulakannya dulu. Laila, andai aku tahu lukanya begini parah, tidak pernah tegar aku lukakan hatimu. Laila, inilah karma yang harus aku pikul. Selama hayatku, wahai gadisku.’

Si lelaki terus hanyut dek perasaan. Menghitung kembali memori-memori lama.

‘ Awak, awak pakai baju biru ini esok tau.’ Terngiang suara lunak Laila ketika memberikan sehelai t-shirt kepadanya. Dan baju itu sentiasa di simpan. Dijaga rapi.

‘Awak, jangan lupa makan ubat tau. Biar cepat sembuh.’ Terngiang kembali ucapan Laila tiap kali dia sakit. Si lelaki semakin kalah dengan air mata.

Oh, Laila, gadisku….

***

Aku bersendirian di kamar kecil. Membelek tanpa jemu kad-kad yang pernah dia berikan. Aku tahu, semakin aku menyimpannya, semakin aku merindu. Aku kalah, aku rapuh

‘ Kalau asal pohon akan ku ukir, jadi gadis tercantik, kembang baru berputik. Andainya kau patung tak bernyawa, nafas dari rongga ku separuh untukmu.’

Antara bait rangkap yang terkandung dalam sekeping kad.

“Maaf awak, saya tak pandai bermadah seperti awak. Saya copy dari internet. He He.”

Terngiang suara lelaki itu sewaktu menghulurkan kad itu. Aku tertawa kecil. Tawa dalam tangisan yang bersisa.

Kad-kad itu, aku simpan kembali dalam sebuah kotak. Kiri hatinya memberontak untuk membuangnya. Kanan hatinya kuat supaya di simpan semua memori itu. Akhirnya, kotak itu aku simpan dalam almari. Letak jauh-jauh dari pandangan.

Aku penat. Ya, Laila binti Muhammad, penat menangis sejak sekian lama. Mungkin kini, aku harus belajar untuk kuat. Pelangi lapan warna itu, tetap ku cari. Biarlah takdir yang menentu.

***

Sang lelaki yang menyesal hatinya, cuba untuk tabah. Mungkin suatu hari nanti, Laila akan di temuinya. Biarlah dia simpan rasa kesal, sayang, rindu ini kemas-kemas. Laila, tolong tunggu aku. Aku mohon gadisku.

Tutt..tutt

Telefon bimbit si lelaki berbunyi. Menandakan ada pesanan ringkas yang menanti untuk di baca. Lelaki tahu dari siapa. Keluhan berat terbit dari bibir. Namun, di capai juga.

‘Abg, jji nk bw syg jln2.. Knp x smpai2 lg ni? Menci syg tggu lma cam ni..hmmmm’

Begitu antara isi kandungan pesanan ringkas itu. Dari gadis yang menyebabkan dia tegar melukakan Laila. Dahi si lelaki berkerut. Dulu, sewaktu bersama Laila, tidak pernah gadis itu ungkapkan kata ‘benci’. Lelaki itu mengeluh kesal. Memang Laila gadis terbaik dalam hidupnya. Kini semuanya Laila. Laila itu, Laila ini. Dia kesal. Amat kesal.

Pesanan itu dibalas. Ringkas, padat.

‘ Maaf, Abg rs, ni penamatnya. Ht abg bkn ngan syg. Abg mnysal tggalkan Laila dlu. Maaf, ni mmg slh abg. Mpermainkn ht 2 wnta d cc abg.’

Telefon bimbit itu di matikan. Ya, itulah keputusannya. Dia yakin walaupun kini, dia tahu dia telah menyakiti hati seorang lagi gadis.

Laila, maafkan aku. Maafkan aku menyakitimu dulu.

Di corong radio, kedengaran lagu yang di putarkan amat menyesakkan sanubarinya.

Tersingkaplah tirai cinta ku yang lalu,
Hangat nya bagai, lahar yang membakar bumi,
Hinggakan aku menggelupur kelecuran,
Bila engkau pergi tak kembali..

Dan dari jauh beribu batu, Laila juga sebak mendengar bait rangkap lagu yang sama sambil memakan coklat untuk menenangkan jiwanya.

Untuk mengelakkan air mata jernihnya terus singgah dipipi,Laila menggagahi diri  mengalihkan siaran radionya...

Tappp......




---SIARAN TAMAT---