Friday, 25 November 2011

3 MAWAR -PART 4

PART-1      PART-2    PART-3

“ Inilah rumah aku. Masuklah. Bilik kau, aku dah kemaskan semalam.” Sarah membuka seluas-luasnya pintu kepada Umairah yang mula berpindah tinggal dengannya hari ini.

“ Ishh….susahkan kau aje. Padahal, aku yang patut kemas sendiri.”

“ Tak apa Mai. Alang-alang mengemas rumah, aku kemaskan juga bilik kau tu. Bukan susah pun.”

“ Terima kasihlah Sarah. Nanti aku belanja kau makan tengahari ye. Hehe.”

“ Wah, rezeki jangan di tolak. Hahaha.”

“ Ah, kau. Bab makan, suka je. Gemuk tak jugak.”

“ Jangan jealous ok. Hehehe.”

“ Tak kuasa.”


Kedua gadis itu ketawa riang mengusik antara satu sama lain sambil sibuk mengemas barang-barang Umairah yang baru berpindah. Dalam keceriaan dua gadis itu, mereka tidak sedar yang ada sepasang mata yang sedang memerhatikan mereka di sebalik pintu.



***


Sarah mematikan lampu meja. Jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Dia merebahkan badannya ke katil. Badannya terasa amat penat dengan kerja yang menimbun. Belum sempat Sarah melelapkan mata, pintu biliknya di ketuk bertalu-talu. Lampu meja di sisi katilnya itu di buka kembali.

Sarah menuju ke arah pintu dan membukanya.

“Eh, Mai? Kenapa tak tidur lagi? Kenapa dengan kau ni?”

Di muka pintu adalah Umairah yang sedang menangis. Tiada suara yang kedengaran dari mulut Umairah selain dari bunyi esakan yang berterusan. Memandangkan tiada reaksi dari Umairah, Sarah segera menarik tangan kawannya itu masuk ke dalam bilik. Sejuk. Ya, tangan Umairah di rasakan sangat sejuk. Dibawa rakannya itu duduk di sisi katil.

“ Kenapa dengan kau Mai? Kenapa menangis ni? Kau ada masalah ke?”

Umairah hanya menundukkan wajahnya. Pertanyaan Sarah hanya di jawab dengan gelengan.

“ Kau sakit?” Tanya Sarah lembut.

Juga tiada ucapan yang keluar dari mulut Umairah selain daripada esakan halus dari bibirnya . Sarah mati akal. Tak tahu apa nak buat.

“ Kalau macam tu, kau tidur ye? Kau tidur je di sini dengan aku. Dah, jom tidur. Jangan menangis lagi. Kau buat aku risau tau.”

Umairah hanya mengikut kata-kata Sarah. Badannya di rebahkan di sebelah Sarah. Sarah mematikan lampu. Tubuh Umairah di peluk tanda menenangkannya.

“ Eh, kau tak mandi ke? Bau semacam saja ni.” Tanya Sarah. Dia tergelak kecil. Dan seperti tadi juga, Umairah hanya membisu. Sarah hairan. Kedengaran hanyalah esakan yang semakin mengecil.



***


Sarah tersedar saat jam loceng berbunyi. Pukul 6 pagi. Sarah menggeliat malas. Kantukknya masih menebal. Matanya juga masih memberat. Beberapa minit kemudian, dia teringat yang malam tadi dia tidak tidur keseorangan. Dia menoleh ke arah Umairah yang tidur di sisi. Dahinya berkerut apabila melihat di sisinya kosong.

“ Mai?” Panggil Sarah. Tiada sahutan.

Sarah segera turun dari katilnya. Membuka pintu dan menuju ke arah bilik Umairah. Kelihatan bilik rakannya sudah terang. Menyangka Umairah telah kembali ke biliknya awal-awal lagi, Sarah tidak  jadi meneruskan hajatnya ke bilik Umairah. Dia segera masuk ke biliknya dan bersiap-siap untuk ke pejabat. Hal Umairah, akan ditanya sewaktu bersarapan nanti.

Sarah mengenakan kemeja merah jambu bersama seluar slack hitam. Rambutnya yang lurus panjang di ikat ekor kuda. Wajahnya di kenakan sedikit solekan. Menyerlahkan keayuan semulajadinya. Setelah berpuas hati dengan penampilannya, Sarah mencapai handbag dan bag laptop keluar menuju ke ruang makan. Kelihatan Umairah yang lengkap berpakaian ke pejabat juga sedang bersarapan. Yang hairannya, wajahnya tidak menunjukkan apa-apa tanda yang dia mempunyai masalah. Seolah-olah malam tadi tiada apa-apa yang berlaku kepadanya.

“ Selamat pagi Sarah. Jom sarapan.” Ajak Umairah sebaik terpandang wajah Sarah. Riak wajahnya ceria. Sarah kehairanan.

“ Selamat pagi. Kau sihat ke Mai?” Tegur Sarah.

“ Aik? Aku mestilah sihat. Kenapa kau tanya?” Soal Umairah. Pelik.

“ Kau kenapa malam tadi?” Tanya Sarah lagi.

“ Aku kenapa malam tadi?” Umairah pula menyoal Sarah

“ Kau sedar tak kau buat apa malam tadi?” Soal Sarah lagi. Hairan.

“ Aku buat apa? Aku siapkan kerja aku, lepas itu aku layan movie korea.” Jawab Umairah.

“ Kau ada datang bilik aku tak?”

“ Eh? Tak ada. Aku layan korea sampai pukul 2 pagi, lepas itu aku terus tidur. Tak ada pulak aku nak merayau pergi bilik kau.”

Dada Sarah berdebar. Jadi, siapakah yang datang dan tidur dengannya malam tadi? Mukanya bertukar pucat dan Umairah menyedari perubahan wajah Sarah.

“ Kenapa dengan kau ni Sarah?” Tanya Umairah pula.

“ Kau pasti kau tak ada datang bilik aku malam tadi?”

“ Mana ada. Kau mengigau ni Sarah.”

Sarah terdiam. Dia yakin dia tidak mengigau. Dan dia yakin memang Umairah ada datang ke biliknya malam tadi. Badannya menggigil.jika benarlah bukan Umairah yang datang ke biliknya malam tadi, jadi siapakah yang yang bertandang ke biliknya malam tadi? Dan yang penting, siapakah yang dia peluk malam tadi? Dan tiba-tiba dia teringat akan bau  pada ‘Umairah’ ketika dia memeluknya. Sarah seakan mahu pitam.

“ Sarah? Kenapa ni?” panggil Umairah.

Pandangan Sarah terasa kelam. Umairah di hadapannya antara jelas dengan tidak di pandangannya.

“ Sarah…Sarah…Ya Allah, Sarah, kenapa ni?”

Pandangan Sarah terus menggelap. Dan dia tidak sedar apa yang berlaku, kecuali bunyi jeritan Umairah memanggilnya yang semakin lama semakin menjauh.

“Sarah!!”...........bersambung


P/s:ini taipan hasil dari tangan dan kepala budak nama Lieyanna Esmeralda.Dia baru mendapat hidayah untuk membuka blog sendiri selepas mencuci sari di sungai ganga pada depavali baru baru ini.