Monday, 5 March 2012

LAWAK:MAK CIK BEDAH


Selah sebuah katil di dalam bilik ICU sebuah hospital
ternama kerap mengalami kejadian pelik..

Setiap pesakit yang ditempatkan disitu pasti akan meninggal pada setiap hari Jumaat pagi tanpa mengira umur, jantina atau tahap kesihatan mereka Perkara ini sangat
membingungkan para doktor... Lalu para doktor memutuskan untuk memantau katil tersebut... Apabila tiba hari Jumaat yang berikutnya... bebera...pa doktor bersiap sedia untuk mengenal pasti penyebab kepada kematian di katil tersebut yang mana pada ketika seorang pesakit lelaki muda sedang tidur...

Beberapa doctor memegang Yassin dan Quran sebagai persiapan menghalau makhluk halus.. Masa berputar... pukul 08:00am.. 08:30am sehingga jam 9.00 am... tiba-tiba...... Pintu bilik ICU itu terbuka.. Kemudian masuklah Makcik Bedah... Seorang pekerja sambilan sebagai pencuci yang hanya bertugas setiap hari jumaat..Masuk. mendekati katil keramat tersebut... dan terus mencabut... soket elektrik untuk alat pernafasan bantuan agar dapat menghidupkan.. vacuum cleanernya...