***
“Sarah??”
Pipi Sarah di tepuk-tepuk perlahan. Umairah yang masih lagi terkejut dengan kejadian waktu pagi itu mengelap muka Sarah dengan kain lembab. Sarah separa sedar. Namun telinganya dapat menangkap suara cemas Umairah. Tak berapa lama, Sarah mula sedar sepenuhnya.
“ Mai…”
“ Sarah, awak ok?” Kedengaran satu suara garau yang menegur.
Sarah berpaling.
“Iz..” Sarah tidak dapat menghabiskan kata. Tangisan mula kedengaran. Umairah hanya mampu memeluk dan menyabarkannya.
“ Sarah, kenapa ni? Cuba awak cerita apa yang terjadi?” Pujuk Izhar. Jari-jemari Sarah di genggam erat.
“ Rumah ini…ada puaka.” Jelas Sarah. Izhar dan Umairah mengerutkan dahi.
“ Rumah ini?” Tanya Izhar. Dia memandang Umairah. Umairah hanya menjongketkan bahu.
“ Awak penat kerja ni.” Sambung Izhar.
“ Tak, saya yakin rumah ini ada puaka.” Balas Sarah.
Izhar dan Umairah buntu. Sarah pula masih digenangi air mata. Fikirannya kusut. Dia amat yakin dengan apa yang terjadi. Cuma dia tidak tahu bagaimana mahu menerangkan kepada mereka.
“ Sarah, bukan aku tak mahu percaya atau apa. Cuma, mungkin aku tak alami apa yang kau alami, jadi, aku tak tahu apa yang kau rasa. Tapi tak bermakna aku tak percaya. Sudahnlah. Izhar baru sampai ni. Kesian dia balik dari jauh, tengok kau macam ini.” Pujuk Umairah.
“ Betul cakap Mai tu. Dah, jangan nangis lagi. Tak comellah nangis-nangis ni. Dan, saya janji kita sama-sama selesaikan hal ini. Okey?” Pujuk Izhar.
Sarah hanya mengangguk. Lega mendengar janji Izhar. Tetapi dalam masa yang sama, dia masih takut jika benda-benda yang di takutinya itu kembali. Sarah beristighfar dalam hati.
Dan di sebalik daun pintu yang terbuka, ada mata yang sedang memerhatikan mereka. Tajam.
***
“ Mai, dah tidur?” Panggil Sarah di luar kamar Umairah. Pintu bilik di ketuk perlahan.
“ Sekejap.” Terdengar suara dari dalam membalas. Pintu bilik di buka dari dalam. Muka Umairah terjengul di balik daun pintu.
“ Ya, Sarah?”
“ Aku nak keluar sekejap tau.”
“ Oh, ok. Take care ye.”
“ Ok. Bye.”
Umairah hanya menghantar Sarah di muka pintu bilik. Selepas mendengar Sarah mengunci kembali pintu utama, Umairah kembali ke dalam bilik, menyambung kerja yang terhenti.
***
Sarah menekan punat lif. Turun. Tak lama, pintu lif terbuka. Sarah menapak masuk, dan terus menekan punat ke ground floor.
Sarah menekan punat lif. Turun. Tak lama, pintu lif terbuka. Sarah menapak masuk, dan terus menekan punat ke ground floor.
“ Mahu ke mana?” Satu suara menegurnya.
Sarah tersentak. Lantas dipalingka kepalanya ke belakang.
“ Oh, Pak Akob. Maaf tak perasan pakcik tadi. Saya mahu keluar sekejap. Jumpa kawan.”
“ Hmm..” Respon Pak Akob.
“ Err…pakcik dari mana ni?”
“ Aku dari tingkat 10.”
“ Ada kerosakan lagi ke pakcik?”
“ Hmmm..”
Ting!
Lif sudah sampai ke tingkat paling bawah. Sarah menapak keluar. Bila dia berpaling ke belakang, kelibat Pak Akob telah menghilang. Tanpa membuang masa, Sarah terus menuju ke arah izhar yang sedia menunggu di dalam kereta.
***
Umairah sedang masak di dapur. Maggi. Menu bujang yang paling senang. Tinggal berseorangan di hari minggu menjadikan dia bosan. Namun, untuk keluar, dia masih ada kerja yang belum diselesaikan. Alunan nyanyian dari radio di ruang tamu sedikit sebanyak menghilangkan kesunyian.
Umairah sedang masak di dapur. Maggi. Menu bujang yang paling senang. Tinggal berseorangan di hari minggu menjadikan dia bosan. Namun, untuk keluar, dia masih ada kerja yang belum diselesaikan. Alunan nyanyian dari radio di ruang tamu sedikit sebanyak menghilangkan kesunyian.
Sedang asyik dia mengacau magginya, tiba-tiba Umairah terasa angin sejuk menampar-nampar tubuhnya. Bulu romanya tiba-tiba meremang. Ada sekelumit perasaan tidak enak bermain di mindanya. Api dapur dimatikan. Maggi dituang ke dalam mangkuk dan dibawa ke meja di ruang tamu.
“Oh, nak hujan kot.” Katanya pada diri sendiri sambil melihat ke arah luar balkoni. Malas ambil pusing perasaan bukan-bukan yang terbuku di hati, Umairah membuka tv dan menjamah maggi yang masih berasap. Suasana sepi. Hanya kedengaran suara pemberita di tv.
Maggi habis semangkuk ditelannya. Umairah bangun mengangkat mangkuk maggi untuk dibawa ke dapur. Saat di berpaling,
“ Makk!!” dia menjerit. Umairah terkejut. Jantungnya seakan-akan terhenti kerana terkejut.
Rupanya Sarah yang berdiri betul-betul di belakang sofa tempatnya duduk.
Sambung lagi…