Job
Coach
Program
Job Coach (JC) telah bermula pada tahun 2006 dan diperkenalkan oleh Japan
International Cooperation Agency (JICA) bagi membantu penempatan pekerjaan bagi
Orang Kurang Upaya (OKU). Peranan Job Coach adalah menjadi perantaraan antara Orang
Kurang Upaya(OKU)dan majikan bagi membuat penyesuaian kepada persekitaran kerja
dan bidang kerja,mengambil kira keupayaan Orang Kurang Upaya(OKU) supaya mereka
dapat bekerja dalam keadaan selesa dan produktif.
Program
Job Coach(JC) adalah satu program dibawah Dasar Orang Kurang Upaya. Dasar ini dilaksanakan selaras dengan
usaha kerajaan untuk meningkatkan lagi keupayaan modal insan di kalangan rakyat
Malaysia,khususnya bagi warga Orang Kurang Upaya(OKU) dan merealisasikan hasrat
menjadikan rakyat Malaysia sebagai masyarakat penyayang.
Dasar
ini memperuntukkan satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam
kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 3 Tahun 2008 (PP 3/2008).
Dasar
Orang Kurang Upaya(OKU) ini menjadi asas kesaksamaan hak dan peluang kepada Orang
Kurang Upaya(OKU)bagi penyertaan penuh dalam masyarakat.Dasar ini turut
mengutamakan nilai hak kemanusian seperti kemuliaan, kehormatan dan kebebasan
bagi membolehkan mereka hidup berdikari.Tujuan pelaksanaan dasar ini ialah
untuk membantu OKU yang memiliki kelayakan atau kemahiran diberi peluang
menjawat jawatan di dalam perkhidmatan awam.
Siapa
Melalui
pelaksanaan Program Job Coach ini, Orang Kurang Upaya (OKU) yang memiliki
kelayakan akademik dan kemahiran yang sesuai dengan bidang tugas suatu jawatan
akan dipertimbangkan peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam.
Orang
Kurang Upaya (OKU)berdasarkan Akta Orang Kurang Upaya 2007 adalah termasuk
mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental,
intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan boleh
menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.
Bagi
tujuan permohonan pekerjaan dalam perkhidmatan awam, Orang
Kurang Upaya (OKU) perlu terlebih dahulu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM). Pendaftaran ini penting bagi suruhanjaya mengesahkan status
seseorang calon sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) dalam urusan pengambilan.
Selain itu, maklumat tersebut juga berguna dalam pemantauan pencapaian dasar
satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada Orang Kurang
Upaya (OKU).
Orang
Kurang Upaya (OKU)disaran supaya memohon terus kepada suruhanjaya menerusi
sistem pengambilan secara online, borang permohonan atau kaedah-kaedah lain
yang ditetapkan oleh suruhanjaya. Dalam hal ini, Orang Kurang Upaya (OKU) perlu memenuhi syarat lantikan yang ditetapkan
serta memaklumkan status Orang Kurang Upaya (OKU) dalam permohonannya dan Orang Kurang Upaya (OKU)
boleh mendapatkan khidmat nasihat
daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengenai cara membuat permohonan
pekerjaan kepada suruhanjaya
Bagaimana Program Job Coach dilaksanakan.
Program
Job Coach(JC) merupakan satu program untuk membantu Orang Kurang Upaya (OKU) yang sukar mendapat pekerjaan disebabkan tidak
berlaku padanan (job matching) antara kesesuaian bidang tugas dengan
ketidakupayaan Orang Kurang Upaya (OKU) walaupun mempunyai kelayakan akademik yang
sesuai. Maka, Job Coach berperanan untuk membantu Orang Kurang Upaya (OKU) dengan menjadi jambatan atau perantara bagi
menghubungkan Orang Kurang Upaya (OKU) dan majikan sepanjang proses pekerjaan. Dalam
erti kata yang lain, Job Coach adalah jurubahasa sementara bagi menghubungkan Orang
Kurang Upaya (OKU) dan majikan yang tidak dapat berkomunikasi dengan baik.
Job
coach juga akan memberi sokogan kepada
pekerja Orang Kurang Upaya (OKU) bergantung kepada tahap ketidakupayaan Orang
Kurang Upaya (OKU) dan jenis sokongan
yang diperlukan. Sokongan intensif akan diberikan pada permulaan pekerjaan dan
akan berkurangan selepas Orang Kurang Upaya (OKU), rakan sekerja dan majikan
memahami peranan masing-masing. Tempoh sokongan adalah 3 bulan.
Organisasi yang terlibat
Jabatan
Kebajikan Masyarakat di bawah pentadbiran
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah diberi
tanggungjawab melaksanakan Program Job Coach ini.
Melalui
tanggungajawab yang telah di berikan ini,Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM)
berperanan untuk menjalankan usaha-usaha pendaftaran pencari kerja Orang Kurang
Upaya(OKU) untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam.Disamping itu,Jabatan
Kebajikan Masyarakat(JKM) juga berperanan untuk memantau pelaksanaan pekeliling
agar semua agensi mematuhi pekeliling melalui laporan berkala 6 bulan sekali
oleh agensi.
Selain
itu,Jabatan Kebajikan Masyarakat juga hendaklah memberi pendekatan Job Coaching
bagi membantu Orang Kurang Upaya(OKU) dan agensi dalam membuat penyesuaian kepada
persekitaran tempat kerja dan bidang kerja serta mengadakan perbincangan
bersama Orang Kurang Upaya(OKU) dari semasa ke semasa.
Kesan orang menerima.
Melalui
pelaksanaan dasar ini ,ianya telah memberi manfaat kepada Orang Kurang Upaya(OKU).Rata-rata
penerima sangat menghargai dan bersyukur dengan program ini.Bagi mereka,kerajaan telah memberi satu
nafas baru dalam kehidupan mereka.Disamping itu,mereka juga merasakan nasib
mereka terbela oleh kerajaan.