Monday, 30 September 2013

PROGRAM JOB COACH(JC)

Job Coach

Program Job Coach (JC) telah bermula pada tahun 2006 dan diperkenalkan oleh Japan International Cooperation Agency (JICA) bagi membantu penempatan pekerjaan bagi Orang Kurang Upaya (OKU). Peranan Job Coach adalah menjadi perantaraan antara Orang Kurang Upaya(OKU)dan majikan bagi membuat penyesuaian kepada persekitaran kerja dan bidang kerja,mengambil kira keupayaan Orang Kurang Upaya(OKU) supaya mereka dapat bekerja dalam keadaan selesa dan produktif.
Program Job Coach(JC) adalah satu program dibawah Dasar Orang Kurang Upaya. Dasar ini dilaksanakan selaras dengan usaha kerajaan untuk meningkatkan lagi keupayaan modal insan di kalangan rakyat Malaysia,khususnya bagi warga Orang Kurang Upaya(OKU) dan merealisasikan hasrat menjadikan rakyat Malaysia sebagai masyarakat penyayang.
Dasar ini memperuntukkan satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada Orang Kurang Upaya (OKU) dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2008 (PP 3/2008).
Dasar Orang Kurang Upaya(OKU) ini menjadi asas kesaksamaan hak dan peluang kepada Orang Kurang Upaya(OKU)bagi penyertaan penuh dalam masyarakat.Dasar ini turut mengutamakan nilai hak kemanusian seperti kemuliaan, kehormatan dan kebebasan bagi membolehkan mereka hidup berdikari.Tujuan pelaksanaan dasar ini ialah untuk membantu OKU yang memiliki kelayakan atau kemahiran diberi peluang menjawat jawatan di dalam perkhidmatan awam.

Siapa

Melalui pelaksanaan Program Job Coach ini, Orang Kurang Upaya (OKU) yang memiliki kelayakan akademik dan kemahiran yang sesuai dengan bidang tugas suatu jawatan akan dipertimbangkan peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam.
Orang Kurang Upaya (OKU)berdasarkan Akta Orang Kurang Upaya 2007 adalah termasuk mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.
Bagi tujuan permohonan pekerjaan dalam perkhidmatan awam, Orang Kurang Upaya (OKU) perlu terlebih dahulu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Pendaftaran ini penting bagi suruhanjaya mengesahkan status seseorang calon sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) dalam urusan pengambilan. Selain itu, maklumat tersebut juga berguna dalam pemantauan pencapaian dasar satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada Orang Kurang Upaya (OKU).
Orang Kurang Upaya (OKU)disaran supaya memohon terus kepada suruhanjaya menerusi sistem pengambilan secara online, borang permohonan atau kaedah-kaedah lain yang ditetapkan oleh suruhanjaya. Dalam hal ini, Orang Kurang Upaya (OKU)  perlu memenuhi syarat lantikan yang ditetapkan serta memaklumkan status Orang Kurang Upaya (OKU)  dalam permohonannya dan Orang Kurang Upaya (OKU)  boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengenai cara membuat permohonan pekerjaan kepada suruhanjaya

Bagaimana Program Job Coach dilaksanakan.

Program Job Coach(JC) merupakan satu program untuk membantu Orang Kurang Upaya (OKU)  yang sukar mendapat pekerjaan disebabkan tidak berlaku padanan (job matching) antara kesesuaian bidang tugas dengan ketidakupayaan Orang Kurang Upaya (OKU)  walaupun mempunyai kelayakan akademik yang sesuai. Maka, Job Coach berperanan untuk membantu Orang Kurang Upaya (OKU)  dengan menjadi jambatan atau perantara bagi menghubungkan Orang Kurang Upaya (OKU)  dan majikan sepanjang proses pekerjaan. Dalam erti kata yang lain, Job Coach adalah jurubahasa sementara bagi menghubungkan Orang Kurang Upaya (OKU) dan majikan yang tidak dapat berkomunikasi dengan baik.
Job coach juga  akan memberi sokogan kepada pekerja Orang Kurang Upaya (OKU)  bergantung kepada tahap ketidakupayaan Orang Kurang Upaya (OKU)  dan jenis sokongan yang diperlukan. Sokongan intensif akan diberikan pada permulaan pekerjaan dan akan berkurangan selepas Orang Kurang Upaya (OKU), rakan sekerja dan majikan memahami peranan masing-masing. Tempoh sokongan adalah 3 bulan.

Organisasi yang terlibat

Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah pentadbiran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah diberi tanggungjawab melaksanakan Program Job Coach ini.
Melalui tanggungajawab yang telah di berikan ini,Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) berperanan untuk menjalankan usaha-usaha pendaftaran pencari kerja Orang Kurang Upaya(OKU) untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam.Disamping itu,Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) juga berperanan untuk memantau pelaksanaan pekeliling agar semua agensi mematuhi pekeliling melalui laporan berkala 6 bulan sekali oleh agensi.
Selain itu,Jabatan Kebajikan Masyarakat juga hendaklah memberi pendekatan Job Coaching bagi membantu Orang Kurang Upaya(OKU) dan agensi dalam membuat penyesuaian kepada persekitaran tempat kerja dan bidang kerja serta mengadakan perbincangan bersama Orang Kurang Upaya(OKU) dari semasa ke semasa.

Kesan orang menerima.


Melalui pelaksanaan dasar ini ,ianya telah memberi manfaat kepada Orang Kurang Upaya(OKU).Rata-rata penerima sangat menghargai dan bersyukur dengan program  ini.Bagi mereka,kerajaan telah memberi satu nafas baru dalam kehidupan mereka.Disamping itu,mereka juga merasakan nasib mereka terbela oleh kerajaan.