5 juta bayi tabung uji lahir sejak 1978
LONDON – Satu hasil kajian yang dibentangkan pada persidangan pakar
kesuburan mengumumkan lima juta bayi tabung uji telah dilahirkan di
seluruh dunia sejak Julai 1978.
Perwakilan turut memuji ia sebagai peristiwa yang luar biasa bagi rawatan kesuburan.
Bayi tabung uji pertama, Louise Brown yang dilahirkan di United Kingdom
(UK) pada Julai 1978 manakala ibunya Leslie Brown meninggal dunia bulan
lepas.
Walau bagaimanapu, perwakilan semasa bersidang di Turki, memberi amaran
pasangan yang tidak menggunakan rawatan kesuburan sebagai satu insurans
polisi sekiranya mereka melambatkan proses untuk menjadi ibu bapa.
Jawatankuasa Antarabangsa Bantuan Pemantauan Reproduktif Teknologi
(Icmart) membentangkan data terkini kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu
bapa yang subur dalam persidangan Persatuan Eropah Pembiakan Manusia
dan Embriologi.
Ia berkata angka rasmi hingga tahun 2008, ditambah dengan tiga tahun
seterusnya meletakkan jumlah bayi yang dilahirkan melalui teknik tabung
uji seramai 5,000,000.
Dipetik BBC hari ini, Pengerusi Icmasrt, Dr David Adamson berkata
teknologi ini berkesan bagi merawat masalah kesuburan bagi berjuta-juta
ibu bapa dan ramai bayi yang dilahirkan melalui teknik itu.
“Teknologi ini turut berkembang dengan pesat sejak beberapa tahun yang lalu bagi meningkatkan kadar kehamilan,” katanya.
Tambah beliau, kira-kira 1.5 juta kitaran IVF dan teknik yang sama
dilakukan setiap tahun dan menghasilkan sebanyak 350,000 kelahiran bayi.
Menurut Pengarah dan Perunding pakar sakit puan IVF, di Hospital
Hammersmith, berkata: “IVF kini sebahagian daripada kehidupan, jadi
pasangan tidak seharusnya malu untuk menjalani proses ini.”
Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa kejayaan yang besar ini
membantu dalam kadar pembiakan manusia bukan menggalakkan pasangan untuk
menangguhkan masa untuk mempunyai cahaya mata sendiri.
“Jika mereka melambatkan proses untuk mendapat anak sendiri, mereka
akan melihat teknik IVF ini sebagai salah satu polisi insurans kerana
mereka boleh menggunakan teknik ini bila-bila masa saja,” tambahnya.
Malangnya, fakta turut berkata yang kadar kejayaan proses ini tidak
begitu berjaya di kalangan wanita yang telah meningkat usia.
Pensyarah kanan University Sheffield, Dr Allan Pacey berkata: “Saya
rasa ia adalah penting bahawa kita telah sampai ke tahap kelahiran
sebanyak 5,000,000. Ia kini lebih jauh diterima kerana telah digunakan
10 atau 20 tahun lalu.”
“Bagaimanapun, kita mesti memastikan yang pasangan benar-benar memahami
yang IVF bukan satu penyelesaian bagi menjamin mereka mendapat anak
melalui teknik ini. Seharusnya mereka mencuba dahulu kaedah semula jadi
sebelum menggunakan teknik IVF ini,” tambahnya.
“IVF ialah sesuatu yang digunakan bagi pasangan yang benar-benar memerlukannya,” tambah beliau.
SUMBER:SINAR HARIAN