Showing posts with label seram. Show all posts
Showing posts with label seram. Show all posts

Wednesday, 11 July 2012

KISAH BADI PERIGI LAMA | SERAM

Kebiasaannya kalau orang Melayu mengaitkan cerita perigi lama sudah tentu akan mengisahkan tentang perempuan yang terjatuh ke dalam perigi. Sesudah itu rohnya pula akan mengganggu orang yang ingin mengambil air di perigi tersebut. Namun kali ini lain pula versinya. Jika anda ingin tahu, jom baca kisah badi perigi lama di bawah ini....

Baru seminggu Latifah tinggal dirumah sewa barunya. Pertukaran cawangan dari utara tanah air ke pantai timur menyebabkan Latifah tidak punya banyak masa untuk mencari rumah yang betul betul sesuai.
Namun dia cukup bersyukur dengan rumah kampung yang diperolehinya disaat saat akhir. Walaupun kecil namun ian selesa dan satu perkara yang digemarinya adalah dibelakabg rumah tersebut terdapat sebuah perigi yang memnag cukup sejuk airnya. Sejak dari kecil lagi Latifah memang suka mandi air perigi, terasa puas katanya. Namun walaupun sudah hampir seminggu tinggal disitu, Latifah masih belum punya peluang untuk menikmati kesejukan air perigi dek kerana kesibukannya. Tiba hujung minggu barulah Latifah berkesempatan meninjau keadaan perigi tersebut. Pagi pagi lagi dia sudah bangun untuk membersihkan keadaan sekitar perigi yang agak usang itu. Kalau boleh tengah hari nanti biarlah dia mandi air perigi tersebut. Papapn yang dipaku menutupi perigi dibuang, batu bata yang ada di atasnya juga dialihkan. Semak samun yang tumbuh telah ditebaskan.


Namun agak menghairankan sewaktu asyik menebas, jiran jiran sekelinlingnya asyik menjeling tajam kearahnya seperti dia telah melakukan kesalahan besar. Tapi perkara itu tidak diendahkannya. Yang penting perigi di rumah itu harus siap dibersihkan hari itu juga. Tak sampai tengah hari, kawasan sekitar perigi tersebut sudah bersih dan lapang. Siap semuanya tanpa berlengah. LAtifah mencapai tuala dan terus mandi. Walaupun sudah agak lama tidak disentuh namun air perigi masih jernih dan sejuknya memang terasa. Selepas mandi Latifah berbaring, entah mengapa kepalanya rasa pening berpusing pusing. Hingga ke petang sakit kepalanya tidak juga surut malah makin teruk hinggkan Latifah muntah teruk.
Malam ituLatifah tidak dapat berbuat apa apa, ketika itu hatinya sedih mengenangkan diri keseorangan dirantauan dan tiada siapa yang kisah akan dirinya. Akibat terlau lemah, Latifah tidak langsung berdaya bangun, tingkap dan pintu rumah dibiarkan tanpa ditutup. Kepalanya terasa berat begitu juga dengan badannya. Malam itu dia tidak dapat melelapkan mata. Menjelang tengah malam, mata Latifah masih lagi tidak mahu tutup dan ketika itulah dia mengalami sesuatu yang belum pernah dialami sebelum ini.
Sewaktu terlantar dikatil Latifah terdengar suara sayup sayup meminta tolong, tidak lama kemudian terdengar pula suara orang merintih. Latifah yang sakit tidak boleh berbuat apa apa walaupun ketika itu dia terasa cukup takut. Bulu tengkuknya berdiri setiap kali mendengar suara itu yang datang dari telaga tempat dia mandi siang tadi. Tak mungkin ada orang yang jatuh kerana dia menutup kembali mulut perigi selepas mandi. Lagipun kalau ada orang yang terjatuh sudah tentu dia mendengar terlebih dahulu bunyi percikan air.
Keadaan Latifah yang agak teruk menyebabkan dia hanya dapat membungkam diri dikatil. Walaupun rasa takut yang amat sangat tapi dia tidak terdaya bangun mancari pertolongan. Laungan meminta tolong itu hilang sebaik sahaja azan subuhberkumandang. Selepas itu barulah Latifah dapat melelapkan mata. Dia hanya terjaga sewaktu mendengar suara orang memberi salam dari luar rumah. Salam yang diberi hanya dijawab dari dalam bilik kerana Latifah tidak berdaya untuk bangun. Pintu yang terbuka luas menyebabkan Mak Uteh, isteri kepada tuan rumah nya terus saja masuk kedalam. Mengucap panjang dia melihat keadaan Latifah. Anak gadis itu terus dipapah sambil menjerit meminta tolong dari suaminya. Pak Uteh sedang menjengah perigi dihalaman rumah tersebut.
Dua hari Latifah ditahan di hospital, ketika dirawat Mak Uteh dan Pak Utehlah yang mejengguknya. Setelah pulang kerumah barulah diketahui bahawa apa yang dialaminya itu bukanlah sebenarnya sakit biasa. Sakit Latifah kemungkinan besar kerana badi perigi lama. Menurut cerita Pak Uteh, perigi tersebut menyimpan cerita tersendiri. Lebih memeranjatkan lagi Latifah apabila mengetahui perigi tersebut pernah ada yang menjadi korbannya. Peristiwa itu berlaku 10 tahun yang lalu.
Kata Pak Uteh, penyewa rumah tersebut terjatuh dalam perigi dan hanya dijumpai tiga hari selepas itu. Ketika ditemui mayatnya telah kembung perutnya. Sejak itu tidak lagi yang berani menggunakan perigi tersebut kecuali orang baru yang tidak tahu akan cerita tersebut. Seram bulu roma Latifah mendengar cerita dari Pak Uteh. Sejak hari itu, perigi itu tidak lagi dejengah oleh Latifah. Pak Uteh telah mamakunya dengan kemas dan meletakkan kembali batu bata besar diatasnya seperti keadaan lama. Tak sanggup lagi LEtifah mandi diperigi itu mengenangkan apa yang telah terjadi kepada dirinya.

SERAM | HANTU KARAK

Beberapa tahun lepas heboh org bercerita tentang kejadian ngeri yg menimpa sepasang suami isteri di Lebuh Raya Karak. Peristiwa ngeri itu berlaku pada suatu malam ketika pasangan itu dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke kuantan selepas menghadiri majlis kenduri arwah keluarga mereka di Ampang. Sampai di Karak , bahagian depan kereta itu tiba-tiba berasap. Si suami memberhentikan keretanya di lorong kecemasan dan membuka bonet. Ternyata radiatornya telah kekeringan air.

Si suami memandang sekeliling, tiada sebuah kereta pun yg kelihatan pada pukul 11.55 malam jumaat itu. Suasana sekeliling sunyi sepi, langit gelap. Hanya beberapa butir bintang saja yg kelihatan, itu pun nun di hujung pandangan. Lelaki itu mengeluh, pada siapa hendak meminta pertolongan? Dari mana hendak di cari air pada tengah-tengah malam buta itu? Hendak berjalan kaki ke R&R, entah berapa kilometer jauhnya. Lagipun, takkan hendak di tinggalkan isterinya bersendirian di dalam kereta?

Jarum jam terus berputar. Si suami mundar-mandir mencari sesuatu di pinggir jalan, manalah tahu ada botol atau bekas-bakas kosong yg berisi air. Kalau ada, boleh juga di isinya ke dalam radiator. Kalau keretanya dapat bergerak beberapa kilometer lagipun cukuplah, mungkin cukup untuk sampai ke hentian rehat yg berikutnya.Sementara menunggu suaminya mencari botol dan tin kosong, si isteri berehat di dalam kereta. Dia menyandarkan badan ke kerusi untuk melegakan keletihan dan mata yg mengantuk, wanita itu memejamkan mata.

Seminit kemudian wanita itu bingkas bangun apabila tiba-tiba keretanya bergegar. Wanita itu terdengar bunyi bising di atas bumbung keretanya, seperti ada dua ekor binatang buas sedang bertarung. Bunyi dengusan serta cakaran bersilih ganti. Kereta terus bergoyang dan bergegar.Dua minit berlalu, tiba-tiba kedengaran buyi ngauman dan jeritan yg amat menakutkan dari bumbung kereta itu. Serentak itu juga cecair pekat meleleh ke cermin depan kereta, belakang dan ke empat-empat tingkap.Sebaik jeritan dan ngauman itu berakhir, kereta tersebut bergegar lagi dengan bunyi sesuatu melompat turun dari kereta berkenaan . Wanita itu memandang keluar , dia melihat suatu lembaga hitam yang besar dan berbulu lebat berlari ke arah hutan berhampiran.

Suami?? Wanita itu menggigil ketekutan. Di manakah suaminya??? Apa jadi pada dia?? Selepas pasti tiada lagi lembaga menakutkan di kawasan itu, wanita berkenaan memberanikan keluar dari kereta. Dia memandang ke atas bumbung dan.........."ABAAAANGGGG!" Si isteri meraung sebaik melihat suaminya terbaring di atas bumbung kereta dalam keadaan yang amat mengerikan. Isinya perutnya terburai, kesan cakaran penuh di badan bersama darah yg membasahi seluruh tubuhnya. Paling mengerikan , muka suaminya hancur seperti di mamah binatang buas bergigi tajam. Darahnya menyimbah ke serata tempat.

Friday, 22 June 2012

SERAM:KENA KACAU TERUK

Duduk di kg memang best. Kg gua aman damai. Biasa gua balik kg time holiday jek. Tp skng gua dok kg pasal kerja. Sebelah kg gua ada sebuah rumah kosong yg dah lebih 8 tahun x dak penghuni. Jadi pepahal la ek.

Citer gua start cam nh. Malam tu gua dok lepak kat luar. Modal gua. Rokok wingston dgn kopi panas. Arwah opah gua dah landing tdo baek punyer kat depan tv. Sedang gua dok sedut rokok tetiba enset gua berbunyi. Gua jawab dgn penuh tatatertib. Dalam 15 minit gua gayut minah neh tetiba tanya. Gua lepak dgn sapa. Gua cakap la sorang. Selang 5 minit tetiba dia letak phone. Gua tetibe jek angin. Call... X jawab.. Call lg skali.. X jawab jugak. Tetiba msg sampai. Dia cakap "awk. Masuk rumah skng. Saya dgr pompuan mengilai td" gua reply balik "tempat sy ke awk. Sini rilek jek" dah send tetiba darah gua menyirap. Gua terasa ada menda kat area depan rumah. Gua baca pape yg patut. Setel. Gua jadi tenang. Terus gua masuk rumah tutup pintu. Masuk bilik tdo...

Dalam kul 3 tetiba gua terjaga. Capai enset gua tgk lebih kurang tiga suku pagi. Gua try nak tdo balik. Tiba2 gua dikejutkan dgn bunyi orang baling pasir kat tingkap bilik gua. (tingkap bilik bertentang dgn rumah old skool tu. Lama gak la natang tu dok baling pasir kat tingkap. Gua jadi x tahan terus gua jerit "woii barua ak nak tdo neh jgn dok kacau la" tapi x jalan gua turun dari katil berdiri bengadap tingkap yang berlangsir tu. Gua baca apa yang telah arwah opah gua ajar. Belum sempat ayat abis dibaca. Badan gua jadi krem. Memang azab. Sakit gila 1 badan krem. Gua gagahkan gak abiskan ayat tu. Setel baca suasana jadi sunyi. Gua terus kuar bilik menuju ke bilik air tuk kencing. Setel kencing gua terus g ruang tamu. Gua nampak paksu gua dah balik dan selamat landing sebelah Arwah opah gua. Gua duduk di sofa. Tetiba opah gua bangun dan bertanya knapa x tdo lg. Gua cakap yg gua x dapat nak tdo pasal badan sakit2.terus dia bangun menuju ke dapo dan pulang membawa secawan air. Kasi gua minum. Gua minum dgn lafaz bismilah dgn 3x selawat.
Setel minum gua tetiba rasa ngantuk. Dan terus terlelap.

Gua bangun jam 5.30 am. Tanpa rasa sakit2 badan dan gua rasa segar bugar.. Gua kene bangun awal pasal keje kat ipoh. So ambik masa sket.

P/S rumah sebelah tu paksu gua cakap banyak orang luar datang buang "barang" kat situ. Dan minah yg call gua tu cakap dia letak tepon pasal dgr pompuan dok ngilai dan gua dok maki hamun dia dalam bahasa yg x paham dan suara yg amat garau.

SERAM:LAGENDA BUKIT PUTUS

selain dari highway karak yg famous dengan cerite angker....aku jamin korang pun mesti pnh dengar cerite2 misteri kat area bukit putus? jalan bukit putus ni menghubungkan seremban-kuala pilah. mase adik aku belajar kat UiTM kuala pilah, selalu gak la aku ikut jalan ni klu nak bershopping ke seremban.

Aku mmg banyak dengar cerite pasal misteri jalan bukit putus ni. Disebabkan jalannye yg banyak corner maut, maka banyak jugalah maut disitu. dahlah selekoh tajam, jalannye pulak kecik je. kalau bertembung dengan trailer sure makan jalan. disebabkan rupa bentuk jalannye yg maut...maka banyak jugalah maut di situ. Kebetulan, ex supervisor aku orang rumahnya dari kuala pilah. so die selalu la ikut jalan tu. die pernah cerite, mase tu die baru kawen. hari minggu dieorang pun weekend la balik kuala pilah. lalu kat jalan bukit putus tu dalam pukul 4 pagi. tah macamana masa kat corner yg first tu, dieorang boleh tersampang dengan pakcik naik basikal..masing2 diam buat tak nampak. masuk corner kedua..eh jumpe lagi. Supervisor aku ni dah tak sedap hati dah. masuk corner ke tige...dieorang nampak lagi pakcik tu kayuh basikal..rilek je..tibe2, wife supervisor aku cakap..."pelik la, pakcik ni dah 3 kali kite jumpe" terus supervisor aku marah wife die sebab mulut cabul. barulah orang rumah die paham, yg dieorang nampak tu bukan manusia. tibe rumah mertua, wife die terus demam.
****

Kisah-Kisah Seram by Egai tu tak dahsyat lagi. die cerite lagi kat aku, member baik die kene sakat lagi kaw. (untuk menyenangkan cerite kita bagi watak ye...hehehe) mase lalu kat bukit putus, wife si abu ni tak tahan nak terkucil sangat. so dia pun suruh la abu berhenti je kat tepi jalan. 5 minit kemudian, pintu belakang di buka dan ditutup semula..abu ingat wife die dah selesai buang hajat. maka abu pun tekanlah pedal minyak blah dari situ. ygg peliknya, kenape wife die tibe2 dok belakang n senyap je. tak lame kemudian, ade sebiji kereta main2 lampu high low dari belakang. makin lame kerete tu makin cucuk belakang kereta abu. mulanya abu takut gak..die pecut kereta sampai kat tempat kawasan rehat tepi jalan. area situ ramai driver lori yg take rest. tibe je kat situ... entah macamana, wife si abu ni muncul dari dalam kereta yg dok follow die dari belakang tadi. menggigil abu...sebab die baru teringat..kalau bukan wife die yg naik kerete lepas buang hajat tu...sape pula yg nak?

cerite yg aku dengar lagi....area bukit putus tu memang banyak makan nyawa. lagi satu jalan ni betul2 tepi gaung. so dengar ceritenye, ramai mangsa kemalangan yg jatuh terus kedalam gaung tu. ade yg jumpe dah mati...nasib tak baik langsung tak jumpe terus. wallahuaklam...cerite paling sadis, satu van pekerje kilang mati kat situ..tah berape hari baru orang jumpe. tah betul ke tak tak taulah aku.

Thursday, 21 June 2012

PENAMPAKAN HANTU POCONG


SERAM:PENUNGGU

Kisah ini terjadi lebih kurang 23 tahun yang lalu. Walaupun kisah ini telah lama berlalu
tetapi tetap segar dalam ingatan aku. Semasa kejadian itu berlaku, aku masih bekerja di salah sebuah kilang di kampung aku, kilang ini didirikan di kawasan kebun, tetapi kawasan ni telah dimajukan untuk kawasan perkilangan. Dahulunya tanah ini adalah milik persendirian.

Pada suatu petang, lebih kurang pukul 5 seperti biasa pekerja-pekerja akan bergegas untuk pulang. Tapi pada hari tersebut agak kelam kabut kerana mengejarkan rancangan kegemaran dekat tv iaitu cerita jepun, aku pun dah lupa tajuk cerita tu. Memang cerita tu menjadi kegemaran ramai ketika itu. Dalam keadaan yang agak tergesa-gesa tu
adalah sorang minah ni terjatuh tah mana silapnya aku pun tak tau, terlanggar batu kot. Kepala minah tu terkena dekat pagar, kepalanya berdarah dan darahnya tu pulak boleh tahan jugak banyaknya mungkin kena tang urat kot aku pun tak pasti, habis merah lantai kat situ dengan kesan darahnya. Keesokan harinya, minah yang terlanggar pagar tu pegi keje, heran jugak aku takkan tak cuti, tengok pada dia yang luka tu dah nampak elok, emmm camne boleh kejap sangat elok tak tau lah, masa tu dah tengahhari kalau tak silap aku, minah yang terlanggar pagar tu tetiba menjerit-jerit macam orang kena histeria. Lama jugak dia macam tu kelam kabut jugak, orang lain ingat minah ni ada problem agaknya, kesian jugak sampai menarik-narik rambut sendiri. Pengurus kilang terpaksa menghantar minah tu pulang.

Pada keesokkan harinya pulak, kejadian menjerit-jerit ni berlaku lagi tapi pada orang lain pulak lepas sorang reda kena pada orang lain pulak. Macam pesta pulak, ada yang mengilai, ada yang menjerit, ada yang ketawa, seram pulak aku tengok perangai masing-masing nasib baik aku tak kena. Kejadian ni pulak berlarutan hampir setengah bulan, ramai yang berhenti kerja sebab takut. Kalau nak ke tandas pulak nak kena berteman, yelah takut terkunci dengan sendiri sebab pernah terjadi kat aku sebelum ni, nasib baik tak jumpa apa-apa, melaung-laung jugak la aku kat dalam tu mujur ada orang yang dengar.

Setelah diselidik rupanya ada sebab apa yang telah berlaku. Cerita ini diceritakan sendiri oleh pak guard kat tempat aku bekerja tu. Dia ada melihat satu lembaga putih terbang dari pokok saga di depan kilang dan terus menjilat pada kesan darah minah yang terlanggar pagar tu. Dan pak guard tu cerita, dulu tempat ni kebun milik seorang yang kaya kat kampung ni dan dia takut hartanya di ceroboh maka dia telah menanam tengkorak di setiap penjuru kebunnya sebagai guard la tu kot. Dan bila orang tu meninggal lupa pulak dia nak halau guard dia tu, sampai la kilang tu didirikan kat situ, kira marah la penunggu tu agaknya. Konon-kononnya lembaga tu mengamukla, mengamuk kerana apa pak guard tu pun tak berapa pasti. Tapi yang pastinya semenjak dari itu lah kejadian histeria tu terjadi. Pihak atasan tidak berapa percaya dengan perkara ni. Budak-budak yang terkena histeria tu ada cerita katanya dada mereka seolah-olah dipukul dengan kepala-kepala tengkorak tanpa henti, tu yang menjerit-jerit tu.

Dan untuk menghalau penunggu tu kata sepakat telah dibuat, maka diadakan "samak" entah apa samak tu pun aku pun tak tau. Dipanggilnya bomoh tak mana-mana punya bomoh nak halau hantu tu. Entah apa yang bomoh tu meraban aku pun tak tau, selepas daripada itu kilang aku tu pun kembali aman. Lebih kurang tu la citenye, tapi banyak yang khurafat.... tak taulah aku setakat mana kesahihan kejadian yang sebenar. Wasallam.

SERAM:PUNTIANAK

Pengalaman ini aku lalui bersama tiga orang sahabat baikku, Azhar, Asyraf dan Halim sewaktu kami berada di Melaka. Ketika itu kami baru sahaja selesai menduduki peperiksaan STPM. Kami rasa seolah-olah baru merdeka. Dengan itu, kami bertiga buat rancangan ronda seluruh semenanjung Malaysia. Kebenaran ibu bapa sudah kami perolehi, lesen kereta aku dan Asyraf dah ada. Apa lagiiii... raya sakanlah nampaknya!

Perjalanan berkereta dari Johor Bahru tidak begitu membosankan memandangkan kami sepakat untuk tidak melalui lebuhraya. Kami bertolak pagi lagi. Destinasi pertama kami ialah Muar. Kebetulan pula, musim durian sedang 'menjadi', maka kami tak lepaskan peluang, lahap sepuas-puasnya. Sebelum tu singgah Batu Pahat sekajap, jumpa member, Rin.

Kami teruskan perjalanan ke Melaka, dan bercadang untuk bermalam di Taman Rekreasi Ayer Keroh. Sebelum itu kami singgah di Umbai, makan ikan bakar. Azhar yang memang kuat makan berjaya menghabiskan tiga ekor ikan bawal bersaiz sederhana dan empat ekor ketam besar.

Selepas makan, kami berehat mengambil angin di pantai Kelebang. Satu masa dulu, aku ingat lagi, sewaktu kecil aku selalu ke sini dengan abangku. Tapi sekarang, nampaknya pantai ini tak meriah lagi. Banyak sampai tersadai di sana sini. Apa boleh buat...

Jam dah hampir menunjukkan pukul 11:00 malam. Oleh kerana agak keletihan, kami ubah rancangan. Kami batalkan rancangan bermalam di Taman Rekreasi. Sebaliknya, kami sewa bilik di Ayer Keroh Country Village, bersebelahan Mini Malaysia. Mini Malaysia ni pun dah tak semeriah dulu... takde orang pun datang. Aku pun tak tahu kenapa. Arghhh... peduli apa semua tu. Aku nak tidur. Esok nak bangun, nak jalan lagi...

Keesokannya, aku bangun paling lambat. Dia orang ni, bangun awal pun bukannya boleh harap. Aku jugak yang ditugaskan pergi cari sesuatu yang boleh dibuat sarapan. Takpe laa... lagipun memang aku yang pandu kereta. Lepas mandi, aku keluar beli roti canai di Taman Muzaffar Syah, dekat dengan kawasan tu. Roti canai? Huh! Roti canai mamak tu jual rasa macam kulit tapak kaki ada laa... liat nak mampus!

Aktiviti selanjutnya... mandi kolam sampai tengahari sebelum kami check-out. Perjalanan untuk ke destinasi selanjutnya ditangguhkan. Kami ambil keputusan untuk terus berada di Melaka hari ni. Lagipun aku nak jugak singgah di rumah mak angkat aku kat sini.

Lepas meronda ke sana sini, kami menghala pula ke lebuhraya. Asyraf yang memandu mengambil keputusan untuk menggunakan lebuhraya, kerana dia ni rabun malam. Susah sikit kalau ikut jalan lama. Azhar pulak tiba-tiba nak terkencing. Dah alang-alang berhenti, kami pun lepak seketika. Jam dah menunjukkan lebih kurang 8:50 malam masa tu. Kawasan tempat kami parking kereta tu memang agak suram.

Seketika kemudian, mata aku tertumpu ke sebuah rumah yang kelihatan begitu usang. Entah sapa la yang duduk kat rumah tu. Aku ingatkan aku sorang je yang tengok, rupanya Asyraf pun terperasan jugak.

Azhar dah selesai menunaikan hajatnya. Sambil hisap rokok, aku ajak dia orang semua pergi ke rumah tu, sebab tadi aku terdengar semacam suara orang menjerit. Pada mulanya, Halim menolak. Penakut agaknya mamat ni... hehe... Akhirnya dia pun bersetuju sebab kami bertiga dah setuju. Sah! Memang penakut dia ni. Takut tinggal sorang-sorang kat kereta. Hehee...

Setelah memastikan kereta berkunci, kami melangkah ke arah rumah tersebut dengan semangat berani mati la kononnya. Pergi ramai-ramai boleh laa... cuba kalau pergi sorang, huh! Hehehee...

Azhar masuk dulu, diikut Asyraf dan aku. Halim mengekori belakangku sambil tarik baju. Apa ni oiii, tarik baju orang! Dengan perlahan kami berjalan. Suasana di dalam rumah tersebut sungguh muram, tak ubah macam cerita drakula yang biasa kita tengok tu. Suasana yang gelap tak mengizinkan aku untuk mengecam sepenuhnya apa yang ada di sekitarku.

Tiba-tiba aku dengar Asyraf menjerit. Maaakkkkkkkkk...! Kami semua terdiam, kecuali Halim yang sejak mula tadi sibuk ajak kami keluar. Sayup-sayup kedengaran suara perempuan ketawa. Halus je bunyinya, tapi dah cukup untuk membuatkan bulu roma aku sendiri meremang. Arghh, nyesal pulak aku masuk. Tapi takpe... bila lagi nak tunjuk hero, terutamanya kat budak Halim ni. Keluar kang, kena kutuk pulak aku, hehehe...

Kami terus berjalan perlahan-lahan. Seketika aku terasa ada sesuatu merayap di belakangku. Arghh... apa pulak ni? Semakin lama semakin kuat dan aku rasa benda tu dah hampir sampai ke leher aku. Aku jadik terkedu. Ehh... Halim mana? Pada masa yang sama juga, aku dengar macam-macam suara orang menjerit kat dalam sana.

Ziiii....! Kedengaran suara Halim memanggil nama aku. Aku tak dapat menyahut sebab aku sendiri pun tengah layan benda merayap ni. Arghhhh... spontan aku tepis benda merayap tu dah aku lari ke depan. Asyraf dan Azhar dah hilang tah kemana. Aku tinggal sendirian. Tiba-tiba aku nampak sesuatu di hadapan! Aku tak dapat lari lagi, sebab aku sedang berada di sebuah lorong sempit, dan perjalananku dihalang oleh lembaga yang aku nampak tu.

Seorang perempuan cantik sedang berjalan perlahan-lahan ke arahku, memanglah cantik tapi yang tak sanggup tu ada taring pulak. Uwaaa... apa aku nak buat ni... Aku cuba baca apa-apa ayat yang aku ingat, tapi biasa la kan, kalau dah sampai peringkat menggelabah betul ni, satu apa ayat pun tak ingat. Baca lain keluar lain. Arghhh...

Lembaga tersebut semakin hampir. Aku jadi terpaku. Kakiku seolah-olah terikat di lantai, tak boleh diangkat. Ohh ibuuu... apalah nasib anakmu ini. Aku tak dapat buat apa-apa lagi melainkan berserah sahaja. Lembaga itu dah dekat betul. Aku pejamkan mata. Aikk... tak ada apa pun. Aku buka mata semula dan... lembaga tu dah hilang!

Aku berpaling ke belakang dan nampak Halim. Disebabkan gelap, aku tak dapat pastikan muka Halim tu pucat ke tidak. Aku paling ke depan semula dan berjalan terus. Zusssss...! Betul-betul depan muka aku, lembaga tadi muncul semula. Aku hampir terjerit, tapi sebenarnya dah memang menjerit pun. Lembaga tu mengilai dan hilang semula.

Aku rasa makin lama aku makin jauh masuk ke dalam, dan makin gelap pula tu. Arghhh... tak boleh jadi ni, aku kena keluar cepat. Halim masih di belakangku, berpaut kat baju aku. Abih laaaa baju aku. Arghhh... tak peduli, janji aku keluar. Berpeluh jugak aku ni.

Dalam dok mencari jalan keluar tu, aku tersepak suatu benda keras. Aku tunduk dan cuba mengamat-amati benda tu. Haaaa? Batu nesan? Arghhh... aku pulak yang jadi takut. Tak fikir panjang, aku terus berjalan, dengan harapan pintu keluar dah tak jauh dari situ. Halim masih 'melekat' kat belakang. Nak berlari, risau jugak aku, kot tersepak apa-apa lagi ke, tak ke naya kalau tersungkur!

Dalam pada tu, bunyi pintu dibuka tutup tak berhenti-henti. Aku dah semakin takut sebenarnya, tapi cuba buat rilek. Seketika, aku sampai di satu ruang yang agak luas. Kelihatan beberapa keping papan bertaburan di atas lantai. Aku perhatikan papan tu... arghh... nampak macam papan keranda. Aku lari. Tak pedulik dah... lantaklah Halim kena tinggal pun!

Aku betul-betul dah takut. Aku terus berjalan di ruang berhabuk tu, sampailah nampak cahaya kat depan. Aku berjalan lagi, dan aku lihat daun pintu di hadapanku bergerak secara tiba-tiba. Cepat oiii... Arghhh... rupanya Asyraf yang buka pintu tu. Aku berjaya keluar akhirnya. Tak lama kemudian aku nampak Halim keluar, sambil berlari!

Asyraf dan Azhar dah cucuh rokok. Masing-masing terdiam. Kami kemudiannya berjalan ke kereta dalam keadaan separuh sewel. Amacam? Ko nampak apa Azhar? Hehehe... dia gelak je. Cheh... mamat ni berani betul! Halim diam aje, sepatah pun tak bersuara.

Kami sampai kat kereta. Aku hidupkan enjin. Setelah semua masuk ke kereta, kami teruskan perjalanan. Halim kena duduk depan, jadik co-pilot, temankan aku. Tapi dia diam je. Aku pandang ke sebelah, dan... kah kah kah kah kah kah... terburai gelak. Halim terkencing dalam seluar! Kah kah kah... semua pakat gelak. Chehh.. aku gelakkan orang, aku pun kecut jugak sebenarnya. Cuma nasib baik, aku tak kencing lam seluar macam dia... hehehe.

Plaza Tol Ayer Keroh dah kami lepasi dan sekarang kami menghala ke Port Disckson. Bersama gelak yang tak henti-henti, kami tinggalkan 'Rumah Hantu' di Tapak Pesta Ayer Keroh bersama cerita haru Halim terkencing dalam seluar.

Aku gelak lagi... kah kah kah kah kah kah kah kah... apa la ngkorang baca cerita ngarut aku niii... kah kah kah kah kah! Buang masa je... kah kah kah kah kah kah kah kah..

Thursday, 26 April 2012

KEPALA BERAMBUT PANJANG


Kisah ni berlaku ketika aku berada di tingkatan satu. Ketika itu aku tinggal di asrama. Macam biasa, aku mula letakkan kepala atas bantal ketika jam hampir menunjukkan 12:00 tengah malam. Tapi malam tu aku rasa sedikit gelisah. Entah apa puncanya, tak dapat aku pastikan. Aku cuba pejamkan mata, tapi tak berjaya. Akhirnya, lebih setengah jam berhempas-pulas, kelopak mataku berjaya juga dirapatkan.

Tak lama kemudian, aku dikejutkan oleh suatu bunyi aneh yang agak kuat. Bunyi sebegitu tak pernah aku dengar sebelum ni. Aku cuba pastikan arah datangnya bunyi tersebut. Seketika kemudian aku tergamam. Berbantukan cahaya samar-samar dari kaki lima dorm, kelihatan satu kepala tanpa badan sedang menyikat rambutnya, betul-betul di atas katil bersetentang dengan katilku. Rambutnya panjang mencecah siling. Ngeri jugak aku. Dalam separuh sedar tu, aku cuba kejut rakanku yang sedang tidur di katil sebelah. "Ina! Ina! Ina..!". Ina tersedar. "Apa hal kejut aku tengah sedap tidur ni?" ngomel Ina sambil menggenyeh matanya. Tanpa memandang ke arahnya, aku memuncungkan mulutku. "Tengok tu." Ina memandang ke depan, dan sesaat kemudian memandang ke arahku semula.

"Takde apa pun! Engkau mengigau la... Dahlah, tidurlah! Aku ngantuk ni." Ina tak pedulikan kata-kata aku, dan terus menarik selimutnya semula. Aku berasa takut. Makhluk itu terus menyikat rambutnya. Semakin kuat sikatannya, semakin kuat pula bunyinya. Aku betul-betul tak tahu nak buat apa. Aku cuba nak kejutkan Ina sekali lagi, tapi kali ni mulutku seolah-olah terkunci. Aku memusingkan badan. Sambil meniarap, aku memekup telinga dengan bantal. Aku takut. Bunyi tersebut semakin kuat.

Selang lima minit kemudian, bunyi tersebut semakin perlahan, dan akhirnya terus lenyap. Aku masih tak berani pusingkan kepala. Manalah tahu, tiba-tiba je makhluk tu dah terpacul depan aku, tak ke naya!

Tiba-tiba suasana sekeliling menjadi hingar. Ruang dorm yang tadinya gelap, kini terang benderang. Aku lihat ada makhluk di kanan kiri aku. Ada yang bawa baldi dan ada yang bawa tuala serta berus gigi.

"Bangun Yati oiiii! Mandi. Sembahyang subuh." Aku mengangkat bantal yang memekup telinga, dan dengan perlahan aku bangun lalu ke hujung katil sambil mataku tak berkelip memandang ke katil depan. Apa yang aku nampak? Tak ada apa, melainkan suatu lakaran di dinding yang tak pernah aku nampak sebelum ni!