Wednesday, 11 July 2012

SERAM | HANTU KARAK

Beberapa tahun lepas heboh org bercerita tentang kejadian ngeri yg menimpa sepasang suami isteri di Lebuh Raya Karak. Peristiwa ngeri itu berlaku pada suatu malam ketika pasangan itu dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke kuantan selepas menghadiri majlis kenduri arwah keluarga mereka di Ampang. Sampai di Karak , bahagian depan kereta itu tiba-tiba berasap. Si suami memberhentikan keretanya di lorong kecemasan dan membuka bonet. Ternyata radiatornya telah kekeringan air.

Si suami memandang sekeliling, tiada sebuah kereta pun yg kelihatan pada pukul 11.55 malam jumaat itu. Suasana sekeliling sunyi sepi, langit gelap. Hanya beberapa butir bintang saja yg kelihatan, itu pun nun di hujung pandangan. Lelaki itu mengeluh, pada siapa hendak meminta pertolongan? Dari mana hendak di cari air pada tengah-tengah malam buta itu? Hendak berjalan kaki ke R&R, entah berapa kilometer jauhnya. Lagipun, takkan hendak di tinggalkan isterinya bersendirian di dalam kereta?

Jarum jam terus berputar. Si suami mundar-mandir mencari sesuatu di pinggir jalan, manalah tahu ada botol atau bekas-bakas kosong yg berisi air. Kalau ada, boleh juga di isinya ke dalam radiator. Kalau keretanya dapat bergerak beberapa kilometer lagipun cukuplah, mungkin cukup untuk sampai ke hentian rehat yg berikutnya.Sementara menunggu suaminya mencari botol dan tin kosong, si isteri berehat di dalam kereta. Dia menyandarkan badan ke kerusi untuk melegakan keletihan dan mata yg mengantuk, wanita itu memejamkan mata.

Seminit kemudian wanita itu bingkas bangun apabila tiba-tiba keretanya bergegar. Wanita itu terdengar bunyi bising di atas bumbung keretanya, seperti ada dua ekor binatang buas sedang bertarung. Bunyi dengusan serta cakaran bersilih ganti. Kereta terus bergoyang dan bergegar.Dua minit berlalu, tiba-tiba kedengaran buyi ngauman dan jeritan yg amat menakutkan dari bumbung kereta itu. Serentak itu juga cecair pekat meleleh ke cermin depan kereta, belakang dan ke empat-empat tingkap.Sebaik jeritan dan ngauman itu berakhir, kereta tersebut bergegar lagi dengan bunyi sesuatu melompat turun dari kereta berkenaan . Wanita itu memandang keluar , dia melihat suatu lembaga hitam yang besar dan berbulu lebat berlari ke arah hutan berhampiran.

Suami?? Wanita itu menggigil ketekutan. Di manakah suaminya??? Apa jadi pada dia?? Selepas pasti tiada lagi lembaga menakutkan di kawasan itu, wanita berkenaan memberanikan keluar dari kereta. Dia memandang ke atas bumbung dan.........."ABAAAANGGGG!" Si isteri meraung sebaik melihat suaminya terbaring di atas bumbung kereta dalam keadaan yang amat mengerikan. Isinya perutnya terburai, kesan cakaran penuh di badan bersama darah yg membasahi seluruh tubuhnya. Paling mengerikan , muka suaminya hancur seperti di mamah binatang buas bergigi tajam. Darahnya menyimbah ke serata tempat.