Showing posts with label sejarah. Show all posts
Showing posts with label sejarah. Show all posts

Sunday, 1 July 2012

RHB CIPTA SEJARAH

Paypal: RHB cipta sejarah


 KUALA LUMPUR 20 Okt. - RHB muncul sebagai bank pertama di Asia Pasifik membolehkan pelanggannya membuat pembayaran masa sebenar melalui akaun bank ke PayPal selepas ia menjadi bank tunggal di Malaysia menawarkan pembayaran dalam talian melibatkan entiti yang sama hari ini.
Pengerusi RHB Bank Bhd., Tan Sri Azlan Zainol berkata, dengan memiliki akaun RHB-Paypal, pelanggan RHB boleh membuat pembayaran ke pedagang PayPal di seluruh dunia.

"Perkhidmatan tambah nilai menerusi Paypal telah bermula hari ini (semalam) manakala perkhidmatan penghantaran wang pula akan bermula 26 Oktober ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran kerjasama eksklusif antara RHB Bank dan Paypal yang dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Turut hadir ialah Pengarah Urusan Kumpulan RHB Bank, Datuk Tajuddin Atan, Naib Presiden dan Pengurus Besar Paypal Asua Pacific, Farhad Irani.
Perkhidmatan yang julung kali diperkenalkan oleh RHB itu membolehkan para pelanggannya membeli belah di seluruh dunia dan mendapat tawaran menarik lebih lapan juta pedagang di 190 pasaran yang menerima pembayaran melalui Paypal.

Sementara itu Farhad Irani berkata, PayPal kini menyediakan perkhidmatan bayaran dalam ringgit yang membolehkan pelanggannya memindahkan wang daripada akaun PayPal terus ke akaun bank Malaysia.

Katanya, perkhidmatan baru itu menyediakan pilihan untuk pembeli dan penjual Malaysia melakukan pembayaran dan menerima pembayaran dalam mata wang tempatan untuk transaksi dalam negeri.
"Para penjual di Malaysia mampu memperoleh akses laju dan mudah untuk dana mereka sekali gus menjadikan e-perdagangan lebih mudah selain selamat.

"Secara purata, jualan e-perdagangan di Malaysia merangkumi kira-kira AS$2.5 bilion (RM8.5 bilion) daripada 35 peratus untuk Asia Pasifik, menjadikan negara ini salah satu pasaran terbesar di rantau ini bersama-sama Thailand dan Singapura," katanya.
PayPal yang berpusat di San Jose, California dengan ibu pejabat antarabangsanya di Singapura menawarkan perkhidmatan yang selamat dan pantas untuk melakukan pembayaran dan menerima pembayaran secara dalam talian.

Perkhidmatan itu membenarkan pelanggannya membayar tanpa mendedahkan maklumat kewangan dengan fleksibiliti membayar menggunakan baki akaun dan kad kredit masing-masing.
Dengan mempunyai lebih 78 juta akaun aktif di 190 pasaran dan 24 mata wang asing di seluruh dunia, PayPal membolehkan e-perdagangan global dilaksanakan.

SUMBER:UTUSAN MALAYSIA

SEJARAH NOKIA

Nokia Corporation berpusat di Keilaniemi, Espoo, bandar sebelah ibu negara Finland iaitu Helsinki. Syarikat ini mempunyai pekerja melebihi 132,000 orang di 120 buah negara, dan melakukan penjualan ke 150 buah negara.
 
Sejarah Nokia bermula pada tahun 1865 apabila jurutera perlombongan Fredrik Idestam telah menubuhkan sebuah kilang pulpa groundwood di tebing jeram Tammerkoski di bandar Tampere, di barat daya Finland, dan memulakan pembuatan kertas.
 
Pada tahun 1868, Idestam membina sebuah kilang kedua berhampiran bandar Nokia, lima belas kilometer (sembilan batu) ke barat Tampere berhampiran sungai Nokianvirta, yang mempunyai sumber yang lebih baik bagi pengeluaran kuasa hidro.
 
Pada tahun 1871, Idestam, dengan bantuan kawan karibnya seorang negarawan Leo Mechelin, menamakan semula dan mengubah firmanya kepada syarikat saham, dengan itu mengasaskan Syarikat Nokia, yang mana namanya masih dikenali hingga ke hari ini di seluruh dunia.
 
 
Evolusi telefon mobil Nokia
 
1982 Mobira Senator
1984
Mobira Talkman
 
 1987
Mobira Cityman
1992
Nokia 1011
Ini adalah telefon mobil GSM yang dikeluarkan besar-besaran yang pertama. Di pasarkan hingga tahun 1994.
1994
Nokia 2110
1996
Nokia 8110
Telefon mobil Nokia 8110 juga dipanggil ‘telefon pisang’. Ia dipopularkan dalam filem Matrix yang pertama.
Nokia 9000 Communicator
Merupakan siri smartphone yang pertama, menggunakan pemproses Intel 386.
1997
Nokia 6110
 
1999
Nokia 3210
Nokia 8210
Nokia 7110
Telefon mobil pertama yang menggunakan WAP browser.
2000
Nokia 3310
2001
Nokia 5510
Menampilkan ciri-ciri keyboard QWERTY sepenuhnya. Ia juga dapat menyimpan 64mb muzik.
Nokia 8310
2002
Nokia 5210
Nokia 3510(i)
Telefon mobil Nokia yang pertama membawa servis internet GPRS ke pasaran besar. 
 
Nokia 7650
Handphone Nokia pertama yang mempunyai kamera ‘bina dalam’ dan tampil dalam filem Minority Report.
2003
Nokia NGage
Nokia 1100
Nokia 6600
Telefon bimbit Nokia 6600 ini juga pernah dikenali sebagai ‘Nokia sabun’. 
Nokia 7600
 
Salah satu smartphone 3G pertama dari Nokia.
 
 
2004
Nokia 7610
 
 
Smartphone pertama Nokia dengan kamera 1MP.
 
 
Nokia 3220
 
 
Telefon mobil ‘entry level’ Nokia yang pertama yang menawarkan akses internet sepenuhnya.
2005
Nokia 7280
2006
Nokia E61
2007
Nokia E90 Communicator
Generasi kelima dari smartphone Nokia yang pertama.
Nokia N95
Smartphone pertama yang menampilkan ciri-ciri ‘slider’ untuk akses butang-butang multimedia dan numeric keypad.
2008
Nokia N69
Nokia E71
Smartphone nipis dengan bingkai diperbuat dari besi waja.
 
2009
Nokia 5800
 
 
 
 
2010
Nokia N8
 
 
Touchscreen dengan kamera 12 MP , optik Carl Zeiss.
2011
Nokia E7

Wednesday, 27 June 2012

PERISTIWA 13 MEI

Legenda Parang Terbang 13 Mei 1969

Bila kita berbicara mengenai 13 Mei 1969 di kalangan orang Melayu, satu topik yang takkan lari adalah mengenai legenda parang terbang Mahaguru Silat Selempang Merah.

Kalau kau tanya semua orang yang hidup masa tahun 1969 tu, semua akan kata cerita ni benar. Parang terbang ni adalah hasil daripada ilmu persilatan seorang Mahaguru Silat yang mampu membuatkan parang2 itu terbang dan memancung atau menikam atau merodok orang-orang Cina yang dikatakan kurang hajar pada waktu itu.Aku tak nampak 13 Mei 1969 sekadar satu rusuhan kaum. Aku juga nampak 13 Mei 1969 sebagai hari di mana bermulanya rampasan kuasa dalam UMNO oleh satu puak yang ambik peluang ke satu puak lain.

13 Mei, orang akan cerita pasal kes Cina mahu sapu Melayu dari KL...tapi tak ramai yang nak cakap soal kenapa Parti Perikatan time tu kalah pilihanraya. Sekarang ni zaman internet , tahun 1969 takde internet. Fakta susah nak dapat.

Jadi semua cerita datangnya daripada mulut-mulut orang yang ada kat situ dan aku pasti yang ada kat situ tak la ramai mana pun. Ramai yang bercerita pun sebenarnya dengar dari mulut orang lain.

Aku pernah pegi satu rumah bekas orang besar Negeri Sembilan yang berasal dari Muar. Dalam rumah tu ada lah beberapa benda yang diwarisi anak cucu dia dan pantang larang dia..barang2 tu tak boleh disentuh atau dialihkan. Salah satu benda yang disyaratkan termasuk adalah sebilah parang panjang.

"Tu salah satu parang panjang yang terbang masa 13 Mei dulu," kata anak cucu dia.

"Woah..." fikir aku sambil tengok aje parang tu yang kemas tersarung.

Ada beberapa sebab kenapa bangsa Melayu sangat bergantung dan sangat percaya dengan kisah parang terbang ni...dikhabarkan kalau Cina cuba buat kurang hajar lagi sekali...parang2 ni akan terbang kembali. Kalau kau borak dengan orang2 Melayu yang ultra ke-Melayuan dia pun, pada dia...kalau perlu, 13 Mei 1969 terjadi lagi sekali, dia orait dengan itu asalkan Melayu terus berkuasa dan parang2 itu perlu kembali terbang memancung musuh Melayu.

Kisah parang terbang ini seolah-olah satu safety net untuk orang Melayu merasakan diri mereka akan terus selamat dan terus berkuasa di negara yang satu masa dulu namanya Tanah Melayu.

Aku tak tau sama ada betul atau tidak kisah parang terbang ni. Ada pakcik aku kata betul..ada pakcik lain kata dia tak tau...tapi legenda parang terbang ni terus menjadi satu bentuk kisah yang membuat orang Melayu rasa selamat dan yakin dengan perjuangan bangsa mereka.

Kita andaikan legenda parang terbang itu betul dan benar2 terjadi dan memang parang2 itu akan bangkit semula bila kedaulatan Melayu terancam. Rasa yakin kan? Rasa seolah-olah Melayu the all powerful race.

Tak ramai pulak yang mempersoalkan siapa yang menerbangkan parang2 tu? Kalau legenda tu betul, adakah ada diikati invisible string lalu ditarik oleh Mahaguru Silat? Ataupun wujud teknologi enjin roket kecik yang diletakkan di hulu parang tersebut? Ataupun sebenarnya parang itu dibaling terlalu laju seolah-olah ia terbang?

Bagaimanapun...sebab kita Melayu...majoriti kita percaya parang2 itu terbang kerana ilmu persilatan orang2 Melayu. Parang2 itu terbang kerana kuasa ghaib. Cuba tanya balik dekat diri sendiri...kalau kita percaya dengan legenda parang terbang, bagaimana pula dengan perspektif agama kita dari segi itu? Kalau benar ada mahaguru silat kita mampu menerbangkan parang, siapa yang terbangkan parang tu?Dah sah-sah bukan Malaikat, kan?

Cuba tengok balik apa hukumnya berdamping dengan benda ghaib dan gunakan benda ghaib sebagai khadam? Cuba tengok balik apa hukumnya mempunyai saka ni.

Sebagai seorang Melayu, kita boleh taksub dengan legenda parang terbang tapi sebagai seorang Islam, adakah kita dibenarkan bergantung dengan parang terbang atau percaya dengan kisah parang terbang penyelamat bangsa?

Kemudian tanya diri sendiri, anda Islam atau anda Melayu? Kalau Melayu..teruskan percaya legenda parang terbang 13 Mei 1969 dan teruslah mengharap padanya. Kalau anda Islam, mungkin kita boleh berenti mengharap bantuan parang terbang dan betulkan dulu apa yang tak betul mengenai kepercayaan kita.

Cuba tanya diri sendiri betul2...siapa yang terbangkan parang tu. Dari situ kita akan dapat jawapan, kenapa sampai sekarang, kita diajar..politik dengan agama tak boleh disatukan dan amalan itu terus jadi cara kerja kerajaan kita.

Adakah anda salah seorang yang bersedia jika 13 Mei 1969 berulang kembali? Apa agama anda?

Sumber: http://cursingmalay.blogspot.com/2012/06/awkward-agama-legenda-parang-terbang-13.html