Makanan rendah lemak punca Osteoporosis
oleh 
Ramai orang suka makan makanan tinggi karbohidrat berbanding dengan 
makanan berlemak. Ini kerana orang ramai menerima pakai saranan golongan
 pemakanan konvensional secara bulat-bulat iaitu makanan berlemak tinggi
 kalori, mudah meningkatkan berat badan dan meningkatkan kolesterol.
 
 Hakikatnya ramai yang tidak tahu bahawa lemak jenis sihat membantu 
menjaga kesihatan dengan mencegah pembentukan keadaan kesihatan (health 
condition) negatif, memperlahankan kadar perkembangan penyakit tertentu 
dan menyembuhkan penyakit.
 Kerana bimbang lemak tepu konon menimbulkan penyakit koronari maka 
ramai yang minum susu rendah lemak. Padahal susu penuh krim hanya 
mengandungi 4 peratus lemak. Ramai yang gemar membeli yogurt dengan 
kandungan lemak sifar (‘0’ peratus). Mereka memuji teknologi kerana 
berjaya mencipta yogurt yang bukan berasaskan lemak.
 
 Ramai yang tidak suka makan makanan bersantan tetapi suka makan mentega
 tiruan berasaskan campuran minyak sayuran terhidrogenasi dan mentega 
susu asli.
 Sebahagian orang meninggalkan makan telur kuning dengan alasan kerana 
kandungan kolesterol tinggi. Tidak kurang pula yang menjauhi makan ghee 
(minyak sapi tulen) atau mentega susu tulen. Mereka tidak tahu bahawa 
lemak yang menyihatkan ini membantu tubuh menyerap nutrien tidak larut 
air serta mengharmonikan fisiologi (fungsi organ sistem).
 
 Lemak tepu memiliki struktur dan sifat kimia yang berbeza dari lemak 
tidak tepu. Lemak tepu tidak mempunyai ikatan ganda dua. Jadi ia 
memiliki tahap berasap (smoke point) yang tinggi dan tidak mudah rosak 
apabila dipanaskan berbanding dengan lemak tidak tepu yang memiliki 
ikatan ganda dua. Minyak sayuran kategori lemak poli tidak tepu seperti 
jagung, bunga matahari, safflower dan kacang soya mudah rosak ketika 
dipanaskan.
 
 Radikal bebas dalam tubuh tidak mudah merosakkan lemak tepu kerana ia 
tidak memiliki ikatan ganda dua. Lemak poli tidak tepu merujuk kepada 
lemak yang mempunyai dua atau lebih (dari dua) ikatan ganda dua.
 
 Ketidakseimbangan hormon
 
 Doktor mencadangkan golongan berusia 40-an ke atas agar perlu lebih 
berhati-hati dengan pengambilan lemak terutama lemak tepu. Golongan 
perubatan moden sentiasa mengaitkan lemak tepu dengan peningkatan 
kolesterol darah dan seterusnya peningkatan risiko penyakit jantung 
koronari.
 
 Maka tidak hairanlah mengapa warga tua yang taksub kepada cadangan 
golongan perubatan moden agar mengurangkan pengambilan lemak mudah 
mengalami osteoporosis atau osteoporosis yang dalami semakin parah!
 
 Osteoporosis lebih mudah dialami golongan wanita berbanding lelaki 
kerana wanita dikatakan mengalami ketidakseimbangan hormon estrogen dan 
progesteron.
 Isi kelapa segar mengandungi fitosterol. Fitosterol ini dipercayai 
bertindak secara biokimia dalam tubuh wanita sama sepertimana tindakan 
pregnenolone. Dalam tubuh pregnenolone ialah bahan kimia pemula 
(precursor) kepada hormon lelaki dan wanita.
 
 Oleh sebab fitosterol biasanya larut lemak maka santan dan minyak kelapa berkemungkinan besar mengandungi bahan ini.
 
 Wanita di ambang menopaus atau yang telah mengalami menopaus boleh cuba
 mengambil santan dan minyak kelapa bagi membantu memperlahankan proses 
osteoporosis atau merawat osteoporosis.
 
 Pertama kerana santan dan minyak kelapa membantu menyerap Kalsium dan 
Magnesium. Kedua kerana santan dan minyak kelapa berkemungkinan 
mengandungi fitosterol yang meniru sifat biokimia pregnenolone.
 
 Golongan penyelidik dari Purdue University diketuai oleh Watkins BA 
melaporkan di ACOS Proceedings, Indiana (1996) dengan artikel berjudul 
Importance of Vitamin E in Bone Formation and in Chondrocyte Function 
mendapati asid linoleik yang rosak akibat serangan radikal bebas 
mengganggu proses pembinaan tulang.
 
 Asid linoleik memiliki dua ikatan ganda dua dan digunakan sebagai 
penanda bahawa sesuatu jenis minyak adalah dalam kategori lemak poli 
tidak tepu. Minyak-minyak sayuran termasuk minyak jagung, bunga 
matahari, soya dan saffower adalah kategori lemak poli tidak tepu kerana
 ia mempunyai paras asid linoleik yang tinggi.
 
 Watkins BA dan rakan mendapati aras vitamin E yang tinggi dalam minyak 
omega-6 menjaga sejenis mekanisme dalam pembinaan tulang dari gangguan 
radikal bebas. Mekanisme yang dimaksudkan ialah proses melibatkan 
penyimpanan Kalsium. Pada masa sama para penyelidik mendapati lemak tepu
 juga berupaya mencegah mekanisme tersebut daripada serangan radikal 
bebas sepertimana vitamin E.
 
 Nilai nutrien
 
 Untuk pengetahuan anda minyak sekam beras (rice bran oil) ialah sejenis
 minyak poli tidak tepu. Namun kandungan sejenis vitamin E di dalamnya 
dikenali sebagai gamma orezanol dipercayai menyebabkan ia tidak mudah 
rosak apabila dipanaskan.
 
 Thailand adalah pengeluar terbesar minyak ini dan ia telah mula 
digunakan kebanyakan restoran terkemuka di Amerika Syarikat secara 
meluas.
 
 Pemakan sayur-sayuran mudah mengalami osteoporosis terutama mereka yang
 menghindari daripada mengambil makanan berlemak sama ada lemak haiwan 
atau sayuran. Ramai yang tidak tahu bahawa lemak yang sihat iaitu lemak 
tepu diperlukan tubuh bagi menyerap kalsium dan magnesium di samping 
menyerap logam berat.
 
 Osteoporosis menjadi lebih buruk apabila penghidap sering minum air 
bertapis menggunakan proses osmosis songsang. Bukan sahaja bebas 
daripada sebarang jenis mineral, malah pengambilannya secara 
berpanjangan dipercayai menarik keluar mineral asas untuk kekukuhan 
tulang seperti magnesium.
 
 Pengambilan garam biasa juga dipercayai memburukkan osteoporosis. Ramai
 orang tidak tahu bahawa garam biasa kurang atau langsung tidak 
mengandungi mineral kelumit.
 
 Mineral kelumit seperti yang terdapat dalam garam laut asli atau garam 
gunung purba dipercayai membantu menstabilkan paras pelbagai jenis 
mineral yang diperlukan tubuh.
 
 Pengambilan gula, kopi dan alkohol secara berlebihan dikaitkan dengan 
risiko osteoporosis. Gula putih ialah sejenis pemanis yang tidak 
memiliki nilai nutrien yang sempurna. Pemprosesan menyebabkan ia tidak 
mengandungi vitamin dan mineral yang diperlukan untuk pertumbuhan 
tulang.
 Sering makan ubat-ubatan moden, stres kronik berpanjangan, kuat 
merokok, makan berlebihan, makanan tinggi karbohidrat terproses juga 
mempercepat pereputan tulang. Kesemua faktor yang disebutkan 
mengurangkan Magnesium dari tubuh. Kesan akhir daripada 
ketidakseimbangan nisbah Kalsium-Magnesium ialah pereputan tulang.
SUMBER:SINAR HARIAN 
Showing posts with label punca. Show all posts
Showing posts with label punca. Show all posts
Tuesday, 3 July 2012
Monday, 2 July 2012
PUNCA PENDERMA ORGAN RENDAH
 Kurang pendedahan punca jumlah penderma organ rendah
Oleh Nor Fariza Ramlan
WALAUPUN fatwa mengharuskan pendermaan organ sudah lama wujud dalam negara kita seawal 1962 lagi, tahap kesediaan masyarakat khususnya orang Melayu untuk menjadi pengikrar masih lagi rendah.
Halangan seperti ahli keluarga tidak bersetuju serta beranggapan menderma organ akan mencederakan atau menyeksa mayat menjadi faktor kekurangan pengikrar sehingga tahun ini. Kempen mengenai isu terbabit dan perbincangan dari perspektif umum atau agama sudah mula dijalankan secara giat oleh agensi terbabit dalam tempoh dua hingga tiga tahun kebelakangan ini.
Apa yang mengecewakan sehingga Februari tahun ini, walaupun kesedaran dilihat meningkat secara perlahan, pengikrar derma organ dalam kalangan masyarakat Melayu masih pada tahap amat rendah dengan jumlah 18.78 peratus, manakala masyarakat Cina (54.23 peratus), India (24.14 peratus) dan bangsa lain (2.82 peratus).
Dari segi definisi, pendermaan organ ialah proses mendermakan sebahagian tubuh badan untuk tujuan pemindahan bagi organ dan tisu yang masih berfungsi daripada penderma masih hidup atau meninggal dunia kepada pesakit.
Ia kaedah rawatan terbukti dapat menyelamatkan nyawa mereka yang mengalami kegagalan organ dan buat masa ini, dianggarkan lebih 15,000 pesakit memerlukan buah pinggang sedang menanti organ bagi proses pemindahan.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata kesedaran masyarakat negara ini untuk menderma masih kurang iaitu tidak sampai satu peratus daripada 28.3 juta rakyat bersedia menjadi pengikrar.
“Sehingga Februari tahun ini, seramai 190,041 individu mendaftar sebagai pengikrar dengan wanita mewakili 54.3 peratus, mendahului lelaki pada kadar 45.16 peratus.
“Tidak dinafikan sepanjang proses kempen berjalan, pembabitan masyarakat Melayu menunjukkan peningkatan melalui kaedah penyampaian maklumat yang baik ketika menjawab pelbagai persoalan yang dilontarkan,” katanya.
Katanya, mereka yang beragama Islam perlu didedahkan mengenai proses ini yang mendapat sokongan Majlis Transplantasi Kebangsaan dan Kementerian Kesihatan.
“Satu buku berkaitan pemindahan organ diterbitkan bertajuk Pemindahan Organ Dari Perspektif Islam bagi membincangkan isu yang sering menjadi pertanyaan.
“Buku ini boleh didapati di hospital kerajaan, jabatan kesihatan atau memuat turun salinan digital melalui laman web Kementerian Kesihatan,” katanya.
Melalui kempen Sejuta Rakyat Berikrar Sokong Pendermaan Organ, ia lebih fokus untuk menggalakkan pendaftaran sebagai penderma kardaverik (selepas meninggal dunia).
Organ serta tisu yang boleh didermakan ialah jantung, paru-paru, hati, buah pinggang, mata (kornea), injap jantung, tulang dan kulit.
Pendermaan selepas meninggal dunia digalakkan kerana pelbagai organ dan tisu boleh digunakan dan memberi manfaat serta hidup baru kepada ramai pesakit.
Sehingga tahun ini, seramai 364 penderma kardaverik berjaya menunaikan hasrat mereka dengan 738 organ berjaya dimanfaatkan.
Jumlah organ dan tisu yang dimanfaatkan ialah buah pinggang (197), jantung (27), hati (44), paru-paru (9), injap jantung (143), kornea (246), kulit (15) dan tulang (65).
Kempen berkenaan menyasarkan sebanyak sejuta orang mendaftarkan diri sebagai pengikrar dan juga berharap lebih banyak NGO, persatuan penduduk, persatuan agama akan tampil memberikan sokongan kepada program ini.
Lee berkata, kesedaran bukan saja dilakukan dalam kalangan penduduk, malah Jawatankuasa Bertindak Kesedaran Awam Pendermaan Organ mengunjungi sekolah bagi mendekati generasi muda di institusi pengajian tinggi (IPT).
Selain memberi kesedaran, kempen ini dapat mengatasi aktiviti pemerdagangan organ dengan mengangkat pendermaan organ sebagai perbuatan mulia di sisi agama tanpa perlu membuat pembayaran.
SUMBER : HARIAN BERITA

Subscribe to:
Comments (Atom)