Showing posts with label keputihan. Show all posts
Showing posts with label keputihan. Show all posts

Tuesday 3 July 2012

CARA ATASI KEPUTIHAN

MASALAH keputihan sukar untuk dikhususkan kepada satu punca saja. Selepas haid bersih, wanita sendiri mengalami pengeluaran lendir jernih sekitar waktu subur yang kemudian bertukar kepada lendir putih pekat setelah waktu subur tamat.

Lendir ini dihasilkan oleh kelenjar yang terdapat di permukaan terowong serviks (pintu rahim).

Lelehan selain daripada di atas pula boleh berupa lelehan jangkitan kuman. Ia lazimnya bertumpu di dalam faraj saja dan kadangkala boleh membabitkan permukaan kulit bibir kemaluan ataupun sebaliknya boleh ‘naik’ ke atas membabitkan ruang rahim sehingga memasuki ruang pelvis melalui tiub fallopio.

Ia boleh berwarna keputihan, kekuningan, kehijauan ataupun jernih berbuih-buih dan mengeluarkan bau serta menyebabkan kegatalan. Untuk makluman, faraj sendiri tidak mengeluarkan sebarang lelehan atau cecair kerana ia tidak mempunyai kelenjar, kecuali di bahagian berhampiran pintu faraj di mana terdapatnya kelenjar Bartholin yang mengeluarkan cecair sewaktu rangsangan seksual.

Untuk menjawab persoalan anda, hanya lelehan yang mengakibatkan jangkitan dalaman pelvis iaitu yang boleh merosakkan struktur dalaman rahim serta tiub fallopio (dan ovari) saja lazimnya yang ada kaitan dengan kesuburan.

Keputihan pula lazimnya disebabkan oleh jangkitan kulat saja dan ia lazimnya bertumpu di dalam faraj saja. Eloklah anda menjalani pemeriksaan kesuburan kerana terdapat banyak punca gangguan kesuburan dan kebanyakannya boleh dirawat.


SUMBER:HARIAN METRO