Showing posts with label KESUBURAN. Show all posts
Showing posts with label KESUBURAN. Show all posts

Monday, 30 September 2013

BAGAIMANA KESUBURAN BOLEH MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN PENDUDUK

KESUBURAN IALAH BILANGAN ANAK YANG DILAHIRKAN OLEH SEORANG WANITA DALAM TEMPOH PEMBIAKAN DAN AMALANNYA.IANYA BOLEH DINYATAKAN MELALUI SAIZ KELUARGA YANG DIMILIKI PADA PERINGKAT TERTENTU DAN AMALAN-AMALANNYA.DALAM MEMBICARAKAN BAGAIMANA KESUBURAN BOLEH MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN PENDUDUK,IANYA BOLEH DINYATAKAN KEPADA BEBERAPA FAKTOR.ANTARANYA IALAH:

1)KADAR KELAHIRAN DAN KEMATIAN.
KADAR KELAHIRAN YANG TINGGI DAN KEMATIAN YANG RENDAH MENYEBABKAN KADAR PERTUMBUHAN PENDUDUK BERLAKU DENGAN PESAT.KADAR KELAHIRAN YANG TINGGI ADALAH DIDORONG OLEH TARAF KESIHATAN YANG SEMAKIN MENINGKAT TERUTAMA IBU DAN BAYI.KADAR KEMATIAN YANG RENDAH PULA ADALAH DISEBABKAN OLEH FAKTOR KESIHATAN YANG BAIK.DI MALAYSIA,ASPEK KESIHATAN TELAH BERKEMBANG DENGAN MAJUNYA SELEPAS ERA KEMERDEKAAN DIMANA NISBAH KEMATIAN IBU DILIHAT SEMAKIN BERKURANGAN DARI 141 KEPADA 281 DIANTARA TAHUN 1987 DAN 1970.

2)POLISI KEPENDUDUKAN.
DASAR KEPENDUDUKAN DIBENTUK BAGI MENGUBAH PROSES DEMOGRAFI SESEBUAH KAWASAN.IA BERTUJUAN UNTUK MENINGKAT,MENSTABIL DAN MENGURANGKAN JUMLAH PENDUDUK.DI MALAYSIA ,DASAR KEPENDUDUKAN 70 JUTA TELAH DIPERKENALKAN PADA 1984 BAGI MENGGALAKKAN PERTUMBUHAN PENDUDUK KEARAH MENCAPAI 70 JUTA PENDUDUK DALAM TEMPOH 115 HINGGA 120 TAHUN AKAN DATANG.IANYA ADALAH BERTUJUAN UNTUK KESELAMATAN NEGARA.

3)SOSIOEKONOMI
PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN KELAHIRAN JUGA DIPENGARUHI OLEH FAKTOR EKONOMI.PENGLIBATAN KAUM WANITA DALAM SEKTOR PEKERJAAN TELAH MEMBERI KESAN YANG BESAR KEPADA PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN KELAHIRAN.UMUM MENGETAHUI,SEKTOR PERTANIAN MEMPUNYAI HUBUNGAN YANG POSITIF DENGAN KADAR KELAHIRAN.DALAM SEKTOR PERTANIAN,PERKAHWINAN DAN ANAK ADALAH SAMA PENTING.IANYA BERTUJUAN UNTUK MENDAPATKAN SUMBER TENAGA BURUH YANG PENTING DAN MURAH BAGI MENERUSKAN KEGIATAN PERTANIAN MEREKA.

4)PROGRAM PERANCANGAN KELUARGA
PROGRAM PERANCANGAN KELUARGA BUKANLAH SATU DASAR TETAPI IANYA ADALAH SATU KAEDAH ATAU TEKNIK MODEN DAN TRADISIONAL BAGI MENGEHADKAN,MENGURANG DAN MENJARAKKAN KADAR KELAHIRAN BAGI MENGIMBANGI BILANGAN PENDUDUK DENGAN SUMBER-SUMBER YANG ADA.DI MALAYSIA DAN KEBANYAKAN NEGARA MEMBANGUN YANG LAIN,PROGRAM INI DILIHAT GAGAL KERANA BEBERAPA FAKTOR SEPERTI PENDIDIKAN,PEKERJAAN,AGAMA DAN EKONOMI KELUARGA.MISALNYA,ISLAM MENGGALAKKAN KERAMAIAN UMATNYA.


5)PERKAHWINAN DI USIA MUDA

PERKAHWINAN DIUSIA MUDA MENGGALAKKAN KADAR KELAHIRAN.INI KERANA USIA MUDA MERUPAKAN TEMPOH REPRODUKTIF UNTUK SESEORANG WANITA MENGANDUNG.