KESUBURAN IALAH BILANGAN ANAK
YANG DILAHIRKAN OLEH SEORANG WANITA DALAM TEMPOH PEMBIAKAN DAN AMALANNYA.IANYA
BOLEH DINYATAKAN MELALUI SAIZ KELUARGA YANG DIMILIKI PADA PERINGKAT TERTENTU
DAN AMALAN-AMALANNYA.DALAM MEMBICARAKAN BAGAIMANA KESUBURAN BOLEH MEMPENGARUHI
PERTUMBUHAN PENDUDUK,IANYA BOLEH DINYATAKAN KEPADA BEBERAPA FAKTOR.ANTARANYA
IALAH:
1)KADAR KELAHIRAN DAN KEMATIAN.
KADAR KELAHIRAN YANG TINGGI DAN
KEMATIAN YANG RENDAH MENYEBABKAN KADAR PERTUMBUHAN PENDUDUK BERLAKU DENGAN
PESAT.KADAR KELAHIRAN YANG TINGGI ADALAH DIDORONG OLEH TARAF KESIHATAN YANG
SEMAKIN MENINGKAT TERUTAMA IBU DAN BAYI.KADAR KEMATIAN YANG RENDAH PULA ADALAH
DISEBABKAN OLEH FAKTOR KESIHATAN YANG BAIK.DI MALAYSIA,ASPEK KESIHATAN TELAH
BERKEMBANG DENGAN MAJUNYA SELEPAS ERA KEMERDEKAAN DIMANA NISBAH KEMATIAN IBU
DILIHAT SEMAKIN BERKURANGAN DARI 141 KEPADA 281 DIANTARA TAHUN 1987 DAN 1970.
2)POLISI KEPENDUDUKAN.
DASAR KEPENDUDUKAN DIBENTUK BAGI
MENGUBAH PROSES DEMOGRAFI SESEBUAH KAWASAN.IA BERTUJUAN UNTUK
MENINGKAT,MENSTABIL DAN MENGURANGKAN JUMLAH PENDUDUK.DI MALAYSIA ,DASAR
KEPENDUDUKAN 70 JUTA TELAH DIPERKENALKAN PADA 1984 BAGI MENGGALAKKAN
PERTUMBUHAN PENDUDUK KEARAH MENCAPAI 70 JUTA PENDUDUK DALAM TEMPOH 115 HINGGA
120 TAHUN AKAN DATANG.IANYA ADALAH BERTUJUAN UNTUK KESELAMATAN NEGARA.
3)SOSIOEKONOMI
PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN
KELAHIRAN JUGA DIPENGARUHI OLEH FAKTOR EKONOMI.PENGLIBATAN KAUM WANITA DALAM
SEKTOR PEKERJAAN TELAH MEMBERI KESAN YANG BESAR KEPADA PERTUMBUHAN PENDUDUK DAN
KELAHIRAN.UMUM MENGETAHUI,SEKTOR PERTANIAN MEMPUNYAI HUBUNGAN YANG POSITIF
DENGAN KADAR KELAHIRAN.DALAM SEKTOR PERTANIAN,PERKAHWINAN DAN ANAK ADALAH SAMA
PENTING.IANYA BERTUJUAN UNTUK MENDAPATKAN SUMBER TENAGA BURUH YANG PENTING DAN
MURAH BAGI MENERUSKAN KEGIATAN PERTANIAN MEREKA.
4)PROGRAM PERANCANGAN KELUARGA
PROGRAM PERANCANGAN KELUARGA
BUKANLAH SATU DASAR TETAPI IANYA ADALAH SATU KAEDAH ATAU TEKNIK MODEN DAN
TRADISIONAL BAGI MENGEHADKAN,MENGURANG DAN MENJARAKKAN KADAR KELAHIRAN BAGI
MENGIMBANGI BILANGAN PENDUDUK DENGAN SUMBER-SUMBER YANG ADA.DI MALAYSIA DAN
KEBANYAKAN NEGARA MEMBANGUN YANG LAIN,PROGRAM INI DILIHAT GAGAL KERANA BEBERAPA
FAKTOR SEPERTI PENDIDIKAN,PEKERJAAN,AGAMA DAN EKONOMI KELUARGA.MISALNYA,ISLAM
MENGGALAKKAN KERAMAIAN UMATNYA.
5)PERKAHWINAN DI USIA MUDA
PERKAHWINAN DIUSIA MUDA MENGGALAKKAN
KADAR KELAHIRAN.INI KERANA USIA MUDA MERUPAKAN TEMPOH REPRODUKTIF UNTUK
SESEORANG WANITA MENGANDUNG.