Showing posts with label Dasar Kependudukan Malaysia Ke arah 70 juta. Show all posts
Showing posts with label Dasar Kependudukan Malaysia Ke arah 70 juta. Show all posts

Sunday, 29 September 2013

Dasar Kependudukan Malaysia Ke arah 70 juta

1.0 Pengenalan
Pada sekitar tahun 60an,isu kependudukan telah menjadi isu yang hangat dibincangkan di peringkat antarabangsa akibat kesedaran masyarakat antarabangsa tentang pentingnya perancangan dan pembangunan yang baik dalam menghadapi perubahan penduduk.Ini kerana, perubahan penduduk telah memberi kesan yang besar dalam komposisi penduduk  kepada sesebuah negara.
Jesteru,banyak negara yang melaksanakan dasar kependudukan bagi mengawal komposisi penduduk dan bagi mengelak daripada masalah lain yang timbul seperti pendidikan, kesihatan, perumahan, kebajikan dan lain-lain.Menurut Spengler dan Duncan,dasar kependudukan ialah satu objektif khusus kerajaan tentang pentingnya komposisi penduduk serta penyediaan alat untuk mencapai objektif tersebut.
2.0 Dasar Kependudukan Malaysia Ke arah 70 juta
            Dasar Kependudukan Malaysia Ke Aarah 70 Juta adalah satu dasar yang diperkenalkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed pada tahun 1984.Dasar ini dibentuk bagi menggalakkan pertumbuhan penduduk sehingga mencapai 70 juta  dalam tempoh 115 hingga 120 tahun.
            Selari dengan matlamat  dasar,kerajaan telah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk memastikan pertumbuhan penduduk lebih terancang.Kerajaan juga telah meminda Rang Undang-Undang Perancangan Keluarga dengan menukar nama lembaga itu kepada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga.Pindaan ini betujuan memastikan lembaga tersebut dapat memainkan peranan yang lebih penting ke arah mempertingkatkan taraf kebajikan keluarga terutama keluarga luar bandar yang mempunyai saiz keluarga  yang besar dan memberi panduan kepada masyarakat supaya dapat merancang pembangunan keluarga dengan lebih baik serta mengikut dasar yang telah ditetapkan.
            Selain itu,kerajaan juga telah memutuskan untuk memberi cuti bersalin kepada kakitangan awam dan swasta sehingga anak kelima dan perlepasan cukai pendapatan yang bertambah sehingga anak yang kelima,iaitu anak pertama sebanyak RM650,anak kedua sebanyak RM750 dan RM800 bagi anak ketiga hingga kelima.


3.0 PENDAPAT
Berdasarkan kepada perbincangan diatas,saya berpendapat,matlamat Dasar Kependudukan Malaysia Ke Arah 70 Juta Penduduk masih lagi relevan untuk dicapai pada masa kini.Ini kerana,negara kita masih lagi mempunyai kawasan yang luas berbanding negara-negara jiran yang lain.Dari segi taburan,kerajaan perlu menyeimbangkan taburan penduduk,terutama di antara luar bandar dengan bandar supaya dapat meningkatkan taraf hidup semua rakyat.
Namun begitu,ianya haruslah disusuli dengan perancangan dan pembangunan yang baik kerana perubahan penduduk akan memberi kesan yang besar dalam komposisi penduduk  kepada sesebuah negara.Menurut  Pertubuhan Bangasa-bangsa Bersatu (1971),dasar kependudukan bukan setakat mengawal  jumlah penduduk ,tetapi ianya juga berkait rapat dengan dasar sosial dan ekonomi dalam pembangunan penduduk dan negara.
Dasar ini juga dilihat sebagai satu dasar serampang dua mata ke arah  mencapai matlamat Dasar Wawasan 2020, iaitu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi.Dalam mencapai status negara maju,Malaysia perlu memesatkan pembangunan negara.Oleh itu,kita memerlukan lebih ramai penduduk supaya dapat menghasilkan lebih ramai tenaga mahir dan buruh.Kebergantungan terhadap tenaga mahir dan buruh asing hanya akan merugikan negara.Kemasukan tenaga mahir dan buruh asing secara bebas sama boleh menggugat peluang pekerjaan bagi tenaga buruh dalam negara dan menimbulkan banyak masalah kepada negara. Menurut Usman Haji Yakob(1989),walaupun perpindahan penduduk adalah baik di peringkat antarabangsa tetapi bagi negara penerima migrasi ia menimbulkan banyak masalah.
Sehingga kini,sejarah menunjukkan penguasaan aspek ketenteraan(keselamatan) dan ekonomi menentukan kedudukan negara dalam sistem antarabangsa.Saiz penduduk yang besar dapat memberi keupayaan sesuatu masyarakat bertindak sebagai pasaran yang luas bagi ekonomi sesebuah negara.Negara-negara di dunia biasanya dibezakan melalui aspek saiz aktiviti ekonomi mereka, yang selalunya diukur pada Keluaran Kasar Negara (KNK).Dari aspek ketenteraan(keselamatan),pertambahan penduduk Malaysia akan menjadi sumber kekuatan untuk mempertahankan negara.Maka dengan memiliki saiz penduduk yang besar,ianya bukan sahaja dapat meningkatkan keluaran dan keselamatan negara,bahkan dapat menjadikan Malaysia sebagai aktor yang aktif dalam sistem antarabangsa.
Rujukan:
1.Malikie Ibrahim(2008).Dasar Awam di Malaysia:Suatu Pengenalan.IBS Buku Sdn. Bhd.
2Usman Haji Yaakob(1989).Prinsip Kajian Kependudukan.Dewan Bahasa dan Pustaka
3 Laman web Pusat Penerangan Rakyat,2008.Dasar Kependudukan Malaysia Kearah Kependudukan 70 juta,

-dirujuk pada 25 September  2012.