Monday 18 May 2015

Rusuhan Penyokong Terengganu Vs Singapura Ditembak

Rusuhan Penyokong Terengganu Vs Singapura Ditembak. Kekalahan Terengganu kepada Singapura dalam perlawanan seperuh akhir Piala Fa telah mengundang perkara yang tidak diingini berlaku. Ini kerana kontroversi gol dari pasukan Terengganu pada lewat perlawanan tidak dikira dan menyebabkan mereka gagal untuk terus mara ke perlawanan akhir.

Polis Tembak Penyokong Terengganu
Penyokong Ganu Ditembak di Peha Semasa Rusuhan

Gambar Penyokong Terengganu Ditembak Selepas Perlawanan Menentang Singapura

Dikhabarkan pelbagai insiden yang tidak diingini telah berlaku antaranya seorang penyokong Pasukan Peteh Terengganu Peteh telah ditembak di bahagian peha. Namun, ianya masih belum dapat disahkan kerana masih dibawah siasatan pihak berwajib.

Van Pasukan Perubatan St. John Ambulan di Bakar di Stadium Terengganu

Gambar Penyokong Bakar Van Pasukan Perubatan Di Bakar Terengganu


Selain itu, van pihak perubatan juga turut dibakar oleh penyokong pasukan terengganu yang kecewa dengan keputusan pengadil yang membatalkan gol pasukan terengganu di minit-minit akhir perlawanan,

Koleksi Gambar Rusuhan Penyokong Bola Sepak Terengganu

Koleksi Gambar Rusuhan Bola Sepak Ganu

Detik Hitam Sejarah Bola Sepak Pasukan Terengganu ini telah menyaksikan suasana di stadium kucar kacir dan stadium baru bola sepak Terengganu yang juga turut di kenali sebagai stadium runtuh  ini diselubungi dengan kepulan asap akibat rusuhan daripada penyokong bola sepak Terengganu.