Petua dan Kaedah Tak Nak Bagi Kucing Kencing Dalam Rumah. Cara- cara atasi kucing kencing dan berak dalam rumah.
Tempat di mana kucing baru sahaja didapati melepaskan hajatnya sama ada kencing dan berak, perlulah kita membersihkannya segera disebabkan kerana kucing akan cenderung untuk pergi ke tempat yang sama secara berulang bagi melepaskan hajatnya.
Cara Atasi Kucing Kencing dan Berak Dalam Rumah dengan Cuka
1. Ambil kain bersih dan lap air kencing sehingga kering dan bersih
2.Bilas dengan sedikit air dan cuka. Untuk pengetahuan, antara kelebihan cuka ialah ianya dapat menolong dalam menghilangkan bau yang kurang menyenangkan termasuk air kencing dan tahu kucing.
Petua Atasi Kucing Kencing dan Berak Dalam Rumah dengan Serai
1. Sediakan bekas berpasir untuk kucing dan latih kucing anda untuk menggunakannya secara terus. Jangan bimbang kerana kucing adalah sejenis binatang yang mempunyai kemahiran semulajadi untuk belajar dengan cepat.
2.Kucing tak suka bau serai,maka ambil kesempatan dari kelebihan serai ini dan nya sebaik mungkin. Rendam serai tersebut dalam air dan semburkan di tempat yang menadi tumpuan kucing untuk kencing atau berak dalam rumah. Kalau malas, letakkan terus serai di kawasan tersebut.
Selamat mencuba