Sunday, 1 July 2012

WANITA DAN MASALAH RAMBUT GUGUR

Dalam kaji selidik pengguna peringkat global, mendedahkan bahawa masalah keguguran rambut adalah satu daripada lima kebimbangan tertinggi di dunia.

Di Malaysia, masalah keguguran rambut ialah masalah nombor satu yang dihadapi oleh wanita. Kebimbangan mengenai masalah ini tidak terhad kepada wanita yang lebih tua tetapi juga yang berumur dari belasan tahun.

Bagi wanita yang mengalami masalah ini, mereka akan mengehadkan gaya rambut sekadar yang boleh diterima pakai seperti mengikat dan memotong pendek.

Didapati, lebih daripada dua pertiga wanita atau 69 peratus merasakan  cara rambut mereka kelihatan mempunyai impak yang besar kepada diri mereka sendiri.

Manakala, tiga perempat wanita atau 75 peratus, bimbang mengenai bagaimana alam sekitar memberi kesan kepada kualiti keseluruhan rambut mereka dan lebih satu pertiga atau 34 peratus pula merasakan tubuh mereka dan biologi  adalah punca utama keguguran rambut.

Pengurus Penjenamaan Home & Personel Care Business Group, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd, Jeren Ong berkata, masalah keguguran rambut berlaku apabila gam folikel, telah dipecahkan enzim semula jadi yang dihasilkan tubuh.

“Secara amnya, pertumbuhan rambut mengikut corak kitaran iaitu pertumbuhan, peralihan, berehat dan gugur. “Pada awal fasa rehat, serat rambut mengandungi pautan protein dan ‘gam’ polysaccaride. Kedua hubungan ini begitu  lemah sehingga kuasa yang dijana ketika membasuh atau memberus boleh menyebabkan rambut longgar dan seterusnya gugur,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika melancarkan Dove Hair Fall Rescue System di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Beri inspirasi

Jeren berkata, wanita secara puratanya kehilangan 100 hingga 150 helai rambut sehari iaitu lebih  kurang 0.1 peratus.

“Kajian Dove mendapati bahawa keguguran rambut yang berlebihan adalah satu isu ‘rahsia’ yang enggan dikongsi wanita akibat malu atau segan. “Kerisauan keguguran rambut mungkin mengakibatkan kurangnya keyakinan diri dan menyukarkan wanita daripada mendapatkan rambut yang cantik dan kuat,” katanya.

Menurutnya, sebagai sebahagian daripada komitmen Dove, pihaknya melancarkan Kempen The Dove Dear Hair yang bertujuan mendidik wanita mengenai keguguran rambut, memberangsangkan mereka untuk mengiktiraf masalah  dan akhirnya memberi kuasa kepada mereka untuk meletakkan satu pengakhiran.

“Dove memahami bahawa setiap wanita yang mengalami masalah keguguran rambut mempunyai cabaran dalam kehidupan dalam memilih gaya hidup  untuk kesejahteraan emosi.

“Dengan kisah benar ini, kami berharap kempen ini dapat berkongsi dan memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita,” katanya. Orang ramai boleh melayari laman sosial di Twitter dengan #DearHair seterusnya melangkah ke hadapan dalam menangani isu rambut. Selain itu, kata Jeren, kisah benar Karen, Shahnim dan Jamie boleh diikuti menerusi portal Yahoo! Beautiful melalui segmen Hot Picks atau saluran You Tube Dove Malaysia


Kajian saintifik

Sementara itu, katanya, Dove Hair Fall Rescue System terdiri daripada enam produk iaitu syampu harian, perapi, perapi rawatan harian, serum penyelamat rambut gugur, topeng rawatan penyelamat rambut gugur dan tonik rambut intensif.

“Kesan nyata boleh dilihat dalam masa dua minggu selepas penggunaan dan semestinya ini ialah berita baik bagi wanita yang mengalami masalah keguguran rambut,” katanya. Menurutnya, penggunaan Dove Hair Fall Rescue System membantu merawat masalah keguguran rambut dengan menguatkan rambut dari akarnya.

“Pasukan pembangunan dan penyelidikan (R&D) Unilever mengambil masa selama lima tahun di makmal inovasi untuk menghasilkan teknologi berpaten yang mengandungi Trichazole Actives,” katanya.

Beliau berkata, Trichazole Actives adalah ramuan kompleks dan unik serta terbukti secara saintifi k dapat menghentikan enzim semula jadi daripada merosakkan gam folikel pada akar lantas mengelakkan rambut gugur.

“Sistem baru ini mengukuhkan rambut pada kulit kepala untuk jangka masa lama dengan menghentikan aktiviti enzim,” katanya.

SUMBER:SINAR HARIAN