SPA perkenal dua dasar baru permohonan jawatan
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Perkhimatan Awam (SPA) memperkenal dua dasar
baru, yang berkuat kuasa semalam, bagi meningkatkan peluang permohonan
jawatan dalam perkhidmatan awam.
Dasar pertama SPA ialah membenarkan pemegang Ijazah Sarjana Muda
memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi
membolehkan semua calon bersaing dalam memohon mana-mana jawatan yang
bersesuaian tanpa sekatan tahap kelayakan akademik.
Menurut kenyataan SPA, sehingga kini, seramai 852 calon yang memiliki
Ijazah Sarjana Muda mengemukakan permohonan ke jawatan yang berkelayakan
SPM.
Dasar kedua pula membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15
jawatan pilihan dalam Borang Permohonan Pekerjaan Online SPA8i
berbanding lima jawatan sebelum ini.
Langkah itu bertujuan memberi lebih banyak peluang kepada calon untuk dilantik ke jawatan bersesuaian.
Sejak semalam, seramai 5991 calon mengemukakan permohonan untuk lebih daripada lima jawatan. - Bernama
SUMBER:SINAR HARIAN