KUALA PILAH: Dalam usaha menambah tarikan di Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti, Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS) dengan kerjasama Telekom Malaysia (TM) baru-baru ini melancarkan pemasangan jalur lebar WiFi di kawasan muzium sekali gus membolehkan kemudahan internet percuma diakses semua pengunjung.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abd Samad Ibrahim berkata, dengan pemasangan WiFi itu yang boleh diakses bermula jam 8 pagi hingga 8 malam secara tidak langsung memberi impak besar kepada penduduk kawasan Seri Menanti sekali gus dapat menjadi nilai tambah kepada produk pelancongan di negeri ini.
“Saya yakin dengan adanya kemudahan teknologi ini, pengunjung bukan saja dapat melihat pameran sejarah dan artifak di muzium ini, malah boleh memperolehi maklumat dengan cepat dan mudah bersesuaian dengan peredaran dunia hari ini.
“Selain itu, apabila wujudnya kemudahan berkenaan di muzium ini, kita dapat melahirkan lebih ramai golongan yang pakar dan celik teknologi maklumat (IT) seperti disarankan kerajaan negeri yang mensasarkan menarik empat juta pengunjung ke negeri ini,” katanya pada Majlis Pelancaran WiFi Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti, di sini, baru-baru ini.
Turut hadir, Pengarah LMNS, Dr Shamsuddin Ahmad. Pada majlis itu, seramai 200 pengunjung hadir terdiri daripada agensi kerajaan dan pelajar dari beberapa sekolah di daerah ini.
Sementara itu, Shamsuddin berkata, pihaknya yakin kerjasama antara LMNS dan TM itu mampu membantu menyebarkan maklumat kepada orang ramai termasuk maklumat terkini berkaitan pameran dan artifak dengan cepat dan padat.

SUMBER:HARIAN METRO