Tembikar 29,000 tahun ditemui
WASHINGTON - Sekumpulan saintis Amerika Syarikat menemui tembikar
berusia 29,000 tahun di Gua Xianrendong, wilayah utara Jiangxi, China.
Penemuan itu, merungkai cara manusia menyimpan makanan dan jenis nutrien pada zaman itu.
Menurut kajian, radiokarbon menunjukkan tembikar itu turut digunakan
untuk mengukus dan memasak bersesuaian dengan cara masakan negara China.
Profesor Jabatan Pengajian Asia Timur, Universiti Ibrani, Gideon
Shelach berpendapat, aktiviti pembuatan tembikar dipercayai mendahului
pertanian.
Sebelum ini, serpihan tembikar berusia 20 ribu tahun ditemui di Jepun dan timur Rusia.
SUMBER:SINAR HARIAN