Showing posts with label score a. Show all posts
Showing posts with label score a. Show all posts

Tuesday, 3 July 2012

BELAJAR MELALUI INTERNET

Pembelajaran interaktif melalui Internet
NORHIDAYYU ZAINAL
 Zaman sudah berubah. Jika dulu pelajar perlu menghadap timbunan buku yang banyak sepanjang masa semata-mata untuk belajar tetapi kini tidak lagi.
Dengan hanya satu klik, segala-galanya sudah tersedia di depan mata. Tiada lagi buku yang tebal sebaliknya dengan hanya melayari sesuatu laman web.
Nampak agak mudah tetapi itulah kenyataannya. Kini, kaedah pembelajaran juga perlulah berjalan seiring dengan perkembangan dunia teknologi maklumat.
Atas kesedaran itu, pelopor portal pendidikan di negara ini, Kenshido International Sdn Bhd membangunkan program Score A pada 1999.
Penasihat portal pendidikan Score A bagi Kumpulan Mengumpul Dana (KMD), Zenith Rise Beyond, Dr Suraya Ahmad berkata, program Score A adalah satu kaedah pembelajaran input dan  output yang interaktif berpandukan sukatan pelajaran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Menurutnya, ini terbukti berkesan untuk membantu pelajar supaya bersedia dalam menghadapi peperiksaan dan mendapat keputusan cemerlang.
“Kami telah membuat penyelidikan selama lima tahun dan terbukti lebih 90 peratus daripada pelajar yang menggunakan program Score A mendapat keputusan penuh A berbanding  belajar secara konvensional,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Putrajaya, baru-baru ini.
Beliau berkata, program Score A adalah pembelajaran lengkap merangkumi pembelajaran input dan output yang disediakan untuk pelajar dalam menyediakan mereka bagi menduduki  peperiksaan utama seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
“Pembelajaran input adalah proses pembelajaran seperti menghadiri kelas, membaca, mengulang kaji dan menghafal manakala pembelajaran output pula adalah proses membuat  latihan bertubi-tubi menggunakan segala ilmu yang telah dipelajari di sekolah,” katanya.
Dr Suraya memberitahu, program itu meliputi 100 peratus sukatan mata pelajaran dan silibus terkini daripada kementerian yang mengandungi lebih sejuta soalan-soalan terbaik dan  sentiasa dikemaskinikan.
“Terdapat pelbagai soalan disediakan untuk pelajar menjawab sama ada melalui peperiksaan percubaan atau sebenar bagi UPSR dan PMR dari tahun 1993 hingga kini dan SPM mulai 2005 hingga sekarang.
“Itu bermakna, kami sediakan kompilasi soalan sebab jika kita lihat pada pelajar cemerlang, mereka akan memberitahu kejayaannya adalah dengan cara mengulang kaji soalan empat  atau lima tahun ke belakang,” katanya

Peranan ibu bapa

Menurutnya, Score A juga membolehkan ibu bapa sentiasa memantau segala tindakan dan pergerakan anak mereka dalam mengulang kaji pelajaran dan membuat latihan.
“Ini menjadi satu kelebihan buat ibu bapa yang sentiasa sibuk dan tidak berkesempatan untuk memantau pembelajaran anakanak mereka.
“Selain memantau perkembangan anak, Score A mempunyai pelbagai kelebihan yang memudahkan ibu bapa mengenal pasti kekuatan serta kelemahan anak-anak mereka,” katanya.
Beliau berkata, antara kelebihan dan ciri-ciri unik yang terdapat dalam program Score A ialah e-PastYearExam, e-Topic, e-Progress, e-Trial Exam, e-Assessment, e-Report Card, e-Notes  dan e-Dictionary.
“e-Notes adalah nota ringkas tetapi padat yang disediakan untuk semua mata pelajaran dalam program ini. Ia sesuai digunakan untuk mengulang kaji mata pelajaran sebelum membuat latihan.
“e-Report Card adalah antara ciri perlu bagi ibu bapa yang prihatin terhadap pelajaran anak mereka kerana ia memaparkan kesemua sesi pembelajaran output pelajar daripada e-Assessment dan e-Trial Exam," katanya.
Dr Suraya menambah, ini secara langsung juga membolehkan ibu bapa mengetahui secara terperinci kekuatan dan kelemahan terhadap subjek yang dipelajari anak mereka selain  merekodkan dan memaparkan purata markah bagi setiap subjek yang dibuat pada bulan tersebut.
“Gabungan teknologi terkini e-Report Card iaitu keputusan pembelajaran anak secara terus melalui sistem pesanan ringkas (SMS) akan memberi maklum balas kepada penjaga dengan cepat terhadap prestasi anak mereka bagi mengatur strategi pembelajaran anak,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, baru-baru ini, pihak syarikat telah melancarkan silibus terkini bagi tahap pendidikan di peringkat pra sekolah yang dilancarkan oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim pada Februari lalu.
Proses pembelajaran

Beliau berkata, tahap keyakinannya terhadap produk e-pembelajaran seperti Score A sangat tinggi disebabkan beliau telah mencubanya sendiri.

“Saya adalah seorang pakar bius. Saya cukup berbangga kerana ditauliahkan sebagai pakar bius dalam usia yang cukup muda,” katanya.
Menurutnya, proses pembelajarannya berjalan dengan cukup lancar dan segala kesulitan dapat dihadapinya dengan baik.
“Pembelajaran melalui Internet sangat membantu.

Jika dilihat daripada sudut universiti, memang banyak menggunakan Internet.

“Apa yang saya lakukan, saya ambil program daripada kalangan rakan di Australia sebab mereka punya program pendidikan lebih maju tetapi lebih kurang sama pendidikannya di sini.
Saya ambil dan buat semua soalan lepas dan aplikasikannya,” katanya.
Menurutnya, Score A dari sudut positifnya banyak membantu pelajar dalam meningkatkan tahap kecemerlangan seterusnya berfungsi sebagai pendidikan alternatif melalui Internet.
Bagi mereka yang berminat dengan program Score A, bolehlah melayari http://www.scorea. com.my atau berhubung sendiri dengan Dr Suraya melalui e-mel di ayaaug79@yahoo.com. my untuk keterangan lanjut


SUMBER:SINAR HARIAN