Showing posts with label langsing. Show all posts
Showing posts with label langsing. Show all posts

Wednesday 4 July 2012

TIPS KEKAL LANGSING

 Tips kekal langsing Dr. Aishah

Oleh OPAT RATTANACHOT


CABARAN untuk kekal langsing lebih hebat daripada usaha melangsingkan badan. Ramai yang berjaya menurun berat badan pada peringkat awal tetapi menghadapi dilema kenaikan berat badan semula.

Keadaan turun naik ini mungkin berlaku berulangkali. Oleh itu, sesuatu langkah perlu diambil bagi menghalang ia daripada terus berlaku.

Bagaimanapun, seorang pengamal perubatan, Dr. Aishah Tul Radziah Lebai Hussin, mempunyai kaedah tersendiri untuk memastikan keadaan tersebut dapat dikawal.

Pengasas Dr. Aishah Solution Sdn. Bhd. (DAS) itu memberitahu, lazimnya mereka yang berjaya menurunkan berat badan awalnya akan balik kepada keadaan asal berikutan rentetan kesilapan kecil.

Dr. Aishah, 60, berkata, berdasarkan kajian perubatan, terdapat beberapa situasi berisiko yang menyebabkan individu berkenaan membuat kesilapan berulang kali.

“Antara situasi berkenaan ialah kemurungan, rasa marah, bosan dan tekanan sosial seperti terpengaruh dengan rakan yang mengajak melakukan perkara yang tidak disukai.

“Selain itu, ada juga individu kembali kepada berat badan asal kerana mempunyai tahap keyakinan diri terlampau,” jelasnya.

Menceritakan pengalamannya, Dr. Aishah memberitahu, beliau sendiri pada tahun 2002 mengalami masalah berat badan turun naik sehingga satu peringkat mencecah 68 kilogram (kg).

“Namun, selepas mengamalkan kaedah saintifik yang selamat dan sihat melalui formula FAR (Fast Amazing Result) saya berjaya lakukannya. Dalam tempoh lima bulan, saya mengalami penurunan sebanyak 19kg.

“Berat badan kini dapat dikekalkan pada tahap 49kg–50kg walaupun sudah sembilan tahun berlalu,” katanya.

Bertitik-tolak daripada kejayaan tersebut, beliau kemudian tidak jemu berkongsi pengalaman menurunkan berat badan dengan orang ramai.

Katanya, antara tip utama adalah keupayaan mengawal sama ada kemahuan diri ataupun pengambilan makanan harian.

“Sebagai contoh, seseorang itu harus amalkan beberapa langkah seperti menumpukan kepada kualiti dan bukannya kuantiti makanan.

“Di samping itu, lebihkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan lemak perlu (essential oil),” katanya lagi.

Dari segi pengawalan diri pula, beliau memberitahu, seseorang itu harus berupaya memotivasikan diri ke tahap maksimum.

“Berwaspadalah dengan perkara-perkara yang boleh merangsang sama ada keinginan makan lebih atau terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan.

“Kecekapan sebegini amat diperlukan bagi membantu menghadapi situasi sukar,” jelasnya.

Di samping itu, Dr . Aishah turut berkongsi pengalaman dengan menulis buku bertajuk Rahsia Transformasi Diri Kekal Langsing.

“Dalam buku berkenaan, saya memuatkan rahsia bagaimana saya berjaya menurunkan berat badan dan kekal langsing serta memperkenalkan 43 resipi makanan istimewa,” jelasnya.

Tidak cukup dengan itu, beliau kini menganjurkan seminar dan bengkel dikenali Green Tea Party di seluruh negara untuk menggalakkan pemakanan sihat serta berkongsi rahsia transformasi menurunkan berat badan serta kekal langsing.

Orang ramai yang berminat atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai program dan tip DAS boleh menghubungi talian 04-4212878, 044251262 (tutup hari Sabtu) dan 019-4586921 (Dr. Aishah) dan 019-5135383 (Dr. Fisol Ahmad) atau melayari laman web www.draishahsolution.com.my.

Selain itu, mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh mengunjungi laman web sosial facebook.com

/draishahsolution atau emel info@draishahsolution.com.my.