Showing posts with label jimat belanja. Show all posts
Showing posts with label jimat belanja. Show all posts

Monday, 2 July 2012

JIMAT MINYAK

Jimat belanja

Teks dan gambar Mohd Amin Jalil

AZLYA Enterprise Sdn Bhd (Azlya Enterprise) menjadi syarikat Bumiputera pertama di negara ini mengeluarkan alat E-Booster untuk menjimatkan penggunaan bahan api sehingga 50 peratus dan meningkatkan kuasa kenderaan.
Pengarah Urusannya, Darul Hisham Abdullah berkata, alat itu direka khas untuk membantu pengguna menangani kenaikan harga bahan api dan menjimatkan perbelanjaan.

Pihaknya membuat kajian lebih lima tahun termasuk melakukan ujian sebenar ke atas pelbagai jenis kenderaan dan didapati antara faktor mempengaruhi penggunaan bahan api ialah kecekapan pembakaran bahan api yang rendah.

Beliau yang juga bekas jurutera lulusan Universiti Arkansas, Amerika Syarikat berkata, E-Booster adalah sejenis alat yang mampu menghasilkan gas hidrogen berasaskan air sebelum disuntik ke kebuk pembakaran melalui pengambilan udara.


“Menerusi sistem itu, ia akan menghasilkan pembakaran sempurna, sekali gus menjana kuasa maksimum tanpa perlu melakukan pengubahsuaian enjin atau sistem elektronik kereta.

“Kebiasaannya, apabila kecekapan enjin rendah, penggunaan bahan api adalah tinggi kerana kenderaan tidak dapat membawa beban dan pemandu akan menekan pedal minyak untuk lebih kuasa sehingga penggunaan petrol meningkat.

“Bagaimanapun, menerusi penggunaan E-Booster, petrol RON95 yang berharga RM1.90 dapat memberi lebih kuasa selain menjimatkan belanja,” katanya.

Katanya, pengguna boleh menjimatkan sehingga 50 peratus bahan api bagi perjalanan jauh manakala bagi perjalanan dalam bandar, kadar penjimatan antara 10 hingga 20 peratus,” katanya.

Beliau berkata, lazimnya antara 20 hingga 25 peratus bahan api digunakan untuk menjana kuasa manakala yang lainnya keluar ke ekzos sebagai karbon monoksida.

Menurutnya, kenderaan yang dibawa pada kelajuan melebihi had laju, bukan saja membahayakan keselamatan tetapi meningkatkan penggunaan petrol lebih 10 peratus bagi setiap 10 kilometer sejam (km/j).

Sehubungan itu, katanya, penggunaan alat itu menghasilkan sedikit gas yang berfungsi sebagai katalis dalam pembakaran dan ia tiada risiko letupan atau enjin berkarat.

Katanya, kebanyakan pengguna tidak tahu atau kurang mahir berkaitan penjagaan dan masalah asas kenderaan seperti ‘wheel aligment’ lari, brek ketat, hayat palam pencucuh, minyak enjin pekat atau kotor dan tekanan tayar rendah kerana ia turut memberi kesan kepada penggunaan petrol.

“Dengan menggunakan E-Booster, pengguna bukan saja membantu meringankan beban penggunaan petrol, malah menyelenggara sistem enjin kereta.

“Dengan kos RM280 termasuk pemasangan, pemanduan menjadi lebih selesa dan penyelenggaraan alat itu mudah kerana hanya memerlukan menambah air dalam kotak E-Booster,” katanya.

Maklumat lanjut boleh didapati di http://ebooster-gen.blogspot.com.

SUMBER:HARIAN METRO