Showing posts with label jenayah siber. Show all posts
Showing posts with label jenayah siber. Show all posts

Monday, 2 July 2012

SINDIKET JENAYAH SIBER

Sindiket jenayah siber tumpas
Wartawan Sinar Harian
28 Jun 2012
WASHINGTON - Sekurang-kurangnya 24 individu yang disyaki terlibat dengan aktiviti jenayah siber ditahan, kelmarin dalam satu operasi yang dilancarkan oleh Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Peguam Preet Bharara memaklumkan sindiket itu menjalankan kegiatan penipuan dengan cara mencuri dan menjual maklumat kad kredit di Amerika Syarikat, Kanada dan 11 negara lain di rantau Eropah serta Asia.

Operasi penyamaran yang dijalankan oleh FBI sejak dua tahun lalu berjaya memberkas 11 suspek di Amerika Syarikat manakala 13 lagi yang beroperasi di luar negara.

Sementara itu, serangan siber yang semakin meningkat menyebabkan AS$80 juta (RM256 juta) dilaporkan lesap daripada akaun bank di Eropah, Amerika Syarikat dan beberapa negara lain.

Difahamkan, mereka menggunakan kemahiran tinggi dan teknologi canggih untuk menyasarkan akaun bernilai tinggi di bank terlibat.

SUMBER:SINAR HARIAN