Showing posts with label euro. Show all posts
Showing posts with label euro. Show all posts

Monday 2 July 2012

PEMAIN TERBAIK EURO

Andres Iniesta ialah pemain terbaik Euro kali ini iaitu Euro 2O12 . Keputusan ini dibuat oleh pihak UEFA 


Iniesta telah bermain dalam semua perlawanan Spain dalam kejohanan ini dan juga merupakan nadi penting dalam pasukan tersebut .
 

PEMENANG KASUT EMAS EURO

Torres bawa balik kasut emas
JEN
2 Julai 2012
Torres bawa balik kasut emas
Bintang Sepanyol, Fernando Torres (kanan) meraikan kemenangan bersama dua orang anaknya selepas Sepanyol berjaya menewaskan Itali 4-0 sekaligus dinobatkan sebagai juara.
PEMAIN sensasi Chelsea, Fernando Torres dinobatkan sebagai penerima Kasut Emas Euro 2012 dengan berbekalkan tiga gol. Torres memenangi kasut emas meskipun beliau berkongsi gol dengan enam pemain lain. Beliau dipilih berdasarkan jumlah minit bermain di padang dan jumlah ‘assists’ sepanjang kejohanan.

Berikut adalah statistik gol perlawanan:

Fernando Torres (Sepanyol), dua gol, satu 'assists', minit bermain 189.

Mario Gomez (Jerman), tiga gol, satu 'assists', minit bermain 281

Alan Dzagoev (Rusia), tiga Gol, 'tiada assists', minit bermain 254.

Mario Mandzukic (Croatia), tiga gol, 'tiada assists', minit bermain 269

Mario Balotelli (Itali), tiga gol, tiada 'assists', minit bermain 422.

Cristiano Ronaldo (Portugal), tiga gol, tiada 'assists', minit bermain 480.

Sepanjang Euro 2012, Torres hanya memulakan perlawanan sekali sahaja iaitu ketika menentang Ireland di mana beliau menjaringkan dua gol. Pada minit ke-88, Torres membuat hantaran kepada rakan sepasukannya iaitu Juan Mata yang kemudiannya meledakkan gawang Buffon.

Skuad Sepanyol memulakan perlawanan tanpa penyerang dengan formasi 4-3-3 dan mengharapkan pemain-pemain tengah mereka untuk mencari gol. Torres yang menggantikan Fabregas di babak kedua perlawanan, menambah luka Itali setelah pihak lawan bermain dengan 10 orang iaitu apabila Thiago Motta mengalami kecederaan ‘hamstring’

SUMBER: