PPSI atau Persatuan Bolasepak Seluruh Indonesia (PSSI) Secara Rasmi telah digantung Oleh FIFA. Persatuan Bolasepak Seluruh Indonesia sah digantung FIFA.
PPSI Digantung FIFA
Sabtu, 30 Mei 2015, Persatuan Bolasepak Seluruh Indonesia (PSSI) sah telah digantung oleh FIFA dengan serta merta tanpa tempoh penggantungan (with immediate effect).
PPSI Digantung Serta Merta FIFA Kenyataan Media
Surat rasmi FIFA terhadap keputusan penggantungan PPSI telah dihantar melalui fax kepada Setiausaha PSSI, Karim Azwan beberapa jam yang lalu.
Dengan penggantungan ini, Pasukan Kebangsaan Indonesia adalah dilarang untuk menyertai dan bermain dalam apa sahaja perlawanan dan pertandingan bola sepak anjuran FIFA, AFC dan AFF termasuk World Cup Qualifying, Asia Cup dan AFC Cup semua peringkat.
Semua kelab bola sepak yang terdapat di Indonesia juga tidak terkecuali dilarang menyertai sebarang pertandingan dan perlawanan di peringkat antarabangsa. Selain itu juga, Persatuan Bolasepak Seluruh Indonesia turut dilarang menganjurkan sebarang liga domestik.
Namun, Skuad Bola Sepak Indonesia Sukan SEA yang sedang bertanding di Sukan SEA ketika ini adalah dibenarkan untuk meneruskan aksi meraka sehingga tamat kejohanan dan tidak dibenarkan lagi beraksi selepas SEA Games.
PPSI Digantung Pahang Layak ke Suku Akhir Piala AFC
Dengan pengumuman tentang penggantungan PPSI ini, ianya dilihat menghadirkan berita baik buat Pasukan Bola Sepak Pahang yang mungkin akan layak ke pusingan suku akhir dalam kejohanan Piala AFC kerana kelab Persipura Jayapura turut terlibat dalam penggantungan ini.