Thursday 12 March 2015

SKIM LATIHAN BERSEPADU DI KWSP SELURUH MALAYSIA

KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA mempelawa graduan yang berkelayakan, bermotivasi dan kompeten untuk menjadi Pelatih bagi Skim Latihan Bersepadu seperti berikut :
SYARAT KELAYAKAN

1) Warganegara Malaysia
2) Graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda yang telah menamatkan pengajian dari Institusi Pengajian Tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan
3) Keutamaan diberikan kepada graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi, Pelaburan, Kewangan, Perakaunan, Sains Aktuari, Analisis Kuantitatif, Matematik, Undang-Undang, Fizik, Teknologi Maklumat, Multimedia dan Kejuruteraan atau mana-mana bidang yang bersesuaian
4) Berumur 28 tahun dan ke bawah pada tarikh permohonan

SKOP LATIHAN
Pembelajaran dan latihan menerusi proses operasi harian di Jabatan atau Cawangan KWSP

TEMPOH LATIHAN
12 bulan

KEMUDAHAN

1) Cuti rehat 1 hari setiap bulan
2) Kemudahan perubatan sebagai pesakit luar secara percuma di klinik panel KWSP dan klinik/hospital Kerajaan

PENEMPATAN
Penempatan adalah tertakluk kepada kekosongan di Jabatan atau Cawangan KWSP di seluruh Malaysia

CARA MEMOHON
Calon-calon yang berminat perlu mengemukakan permohonan dengan menyatakan pilihan lokasi Jabatan atau Cawangan KWSP beserta dokumen berikut :

Resume
Salinan Kad Pengenalan
Salinan Sijil Kelahiran
Salinan Skrol Ijazah Sarjana Muda
Salinan Transkrip Ijazah Sarjana Muda
Salinan Skrol Diploma/Matrikulasi/STPM/Foundation
Salinan Transkrip Diploma/Matrikulasi/Foundation
Salinan Sijil SPM


PERHATIAN : Jika tuan/puan tidak mempunyai salinan skrol Ijazah Sarjana Muda kerana belum menghadiri konvokesyen, tuan/puan adalah dikehendaki untuk mengemukakan Surat Pengesahan Tamat Belajar daripada pihak universiti. Surat tersebut hendaklah menyatakan tarikh tamat belajar, tarikh konvokesyen, CGPA dan pencapaian yang akan dianugerahkan kepada tuan/puan.