Tuesday 16 December 2014

UITM PERAK

Program Temu duga dalam Kampus
anjuran Unit Kerjaya dan Kaunseling, Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Teknologi MARA (Perak) 

Tarikh : 17 Disember 2014
Masa : 10.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Pusat Mahasiswa, UiTM (Perak)
Organisasi : Narashima Sdn Bhd, Kampar, Perak

JAWATAN DAN SYARAT KELAYAKAN

1. Kru Pengiklanan – (RM 1200/bulan)
Syarat Kelayakan:-
Umur antara 18 tahun hingga 30 tahun sahaja.
Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan/atau Bahasa Inggeris. Boleh bertutur dalam Bahasa Cina adalah satu kelebihan.
Minimum SPM/STPM.
Mudah bergaul dan bekerja dalam persekitaran yang menyeronokkan.

2. Khidmat Pelanggan (Pengiklanan) – (RM 1500/bulan)

Syarat Kelayakan:-
Umur antara 18 tahun hingga 30 tahun sahaja.
Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan/atau Bahasa Inggeris. Boleh bertutur dalam Bahasa Cina adalah satu kelebihan.
Minimum STPM/SIJIL. Lepasan graduan digalakkan memohon.
Berperwatakan ceria & bercita-cita tinggi serta berminat dalam bidang pengurusan.
Mudah bergaul dan bekerja dalam persekitaran yang menyeronokkan.

3. Pelatih Pengurusan (Pengiklanan) – (RM 1800/bulan)
Umur antara 18 tahun hingga 30 tahun sahaja.
Boleh berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan/atau Bahasa Inggeris. Boleh bertutur dalam Bahasa Cina adalah satu kelebihan.
Minimum DIPLOMA/DEGREE. Lepasan graduan digalakkan memohon.
Berperwatakan ceria & bercita-cita tinggi serta berminat dalam bidang pengurusan.
Mudah bergaul dan bekerja dalam persekitaran yang menyeronokkan.
Mempunyai sifat kepimpinan dan berpotensi untuk memimpin dan melatih orang lain. 

FAEDAH
Kenaikan pangkat dalam masa singkat.
Latihan pengurusan disediakan.
Claim perubatan sepenuhnya.
Hostel disediakan.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah hubungi Puan Julia Juhari di talian 05-3742108 @ 013-2345562 (WhatsApp/Telegram)

*** Sila bawa bersama resume yang lengkap serta sijil-sijil yang berkaitan semasa menghadiri temuduga ini.