Friday 21 November 2014

ZAKAT KEDAH



JAWATAN KOSONG JABATAN ZAKAT NEGERI KEDAH 

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon anak Negeri Kedah Darul Aman yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut di dalam perkhidmatan Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman.

CALON-CALON HENDAKLAH :

Warganegara Malaysia
Mendapat kepujian lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan)
Mahir menggunakan komputer;

SYARAT-SYARAT LANTIKAN MENGIKUT JAWATAN

1.PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN – GRED S27

Jumlah kekosongan : 1 (KONTRAK)
Lelaki
Diploma dalam bidang Komunikasi dan Media, Pengurusan Media, Kewartawanan yang diiktiraf atau diploma di dalam bidang berkaitan dan diiktiraf oleh kerajaan.


Mempunyai lesen memandu sekurang-kurangnya B2 dan D.
Calon yang terpilih akan melalui saringan kompetensi sebelum ditemuduga.

2.PENOLONG JURUUKUR BAHAN – GRED JA29

Jumlah kekosongan : 1 (KONTRAK) 
Lelaki
Kelulusan Ukur Bahan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Calon mempunyai pengalaman adalah diutamakan. 
Calon yang terpilih akan melalui saringan kompetensi sebelum ditemuduga.
Mempunyai lesen memandu sekurang-kurangnya B2 dan D.

3.PEMBANTU HAL EHWAL ISLAM (ZAKAT)- GRED S17

Jumlah kekosongan : 10 (KONTRAK) 
Lelaki
Kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia dan lulus Bahasa Arab.
Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam tulisan jawi dan rumi dengan baik.
Mempunyai lesen memandu sekurang-kurangnya B2.


4.PEMBANTU TADBIR (P/O)- GRED N17
(Pejabat Zakat Daerah)
Jumlah kekosongan : 13 (KONTRAK) 
Lelaki
Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia.
Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik.
Mempunyai lesen memandu sekurang-kurangnya B2.

5.PEMBANTU TADBIR (P/O) – GRED N17
(Untuk Bahagian Korporat)

Jumlah kekosongan : 2 (KONTRAK)
Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia.
Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik serta mampu menjawab telefon dengan baik.
Mempunyai lesen memandu sekurang-kurangnya B2 dan D.
Calon yang mempunyai kemahiran menggunakan kamera DSLR, merekabentuk grafik (adobe photoshop) adalah diutamakan.Calon boleh menghantar hasil kerja fotografi dan grafik bersama-sama dengan resume (sekiranya ada).
Sila catat dihujung kiri sampul surat permohonan 
perkataan “KORPORAT”

UMUR PADA TARIKH TUTUP IKLAN
Tidak kurang 18 tahun

TARIKH TUTUP
20 DISEMBER 2014

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat secara bertulis dengan menyatakan keterangan lengkap peribadi (resume), kelayakan, pengalaman dan disertakan dokumen/sijil-sijil berkaitan (hendaklah disahkan salinan sebenar) kepada :

DATO’ SETIAUSAHA
JABATAN ZAKAT NEGERI KEDAH DARUL AMAN
ARAS 5, MENARA ZAKAT
JALAN TELOK WANJAH
05200, ALOR SETAR, KEDAH
(U/P: Bahagian Sumber Manusia)

Sila nyatakan jawatan dipohon dihujung sebelah kiri sampul 

Tel : 04-7331740 Faks : 04-7316280