BACHOK 21 Mac - Perbincangan secara berkumpulan dan mengulang kaji pelajaran selepas solat Subuh merupakan antara petua tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tok Bachok, dekat sini memperoleh 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011.
Tiga pelajar terbabit ialah anak yatim Luqman Amri dan Mohd. Shafiq Shazwan Saiful Bahari serta Mohammad Amirul Shafiq Mohd. Rashid yang muncul antara pelajar cemerlang sekolah berkenaan.
Luqman, 18, dari Kampung Pa'Pura dekat sini berkata, kematian bapanya Amri Mustafa akibat serangan jantung ketika dia berusia 11 tahun menjadi pendorong kepadanya mencapai kejayaan itu.
Selain itu, dia juga tidak mahu menghampakan ibunya yang memikul beban membesarkan dia dan adik beradik lain selepas pemergian arwah ayah mereka.
Tambah Luqman, kejayaan abangnya, Amir Izuan, 21, yang kini melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan di India juga menyuntik semangatnya bagi mengejar impian untuk menjadi seorang doktor.
"Tetapi memikirkan ibu kini tinggal berseorangan saya mungkin akan memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam negara dengan universiti pilihan saya adalah Universiti Islam Antarabangsa (UIA)," katanya ketika ditemui selepas menerima keputusan SPM 2011 daripada Pegawai Pelajaran Daerah, Saupi Majid di Dewan Besar Tok Bachok, dekat sini hari ini.
Rakannya, Mohammad Amirul Shafiq pula berkata, kejayaannya itu dihadiahkan kepada arwah bapanya yang meninggal dunia akibat serangan jantung seminggu sebelum dia menduduki SPM.
Anak bongsu daripada lima beradik itu berkata, dia juga mahu menghadiahkan kejayaan tersebut kepada ibunya, Azizah Mat Daud, 49, yang kini memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
"Jasa ibu sukar untuk dibalas dan saya perlu berusaha untuk menyambung pelajaran dalam jurusan kedoktoran di universiti tempatan,'' katanya.
Sementara itu, Mohd. Shafiq Shazwan berkata, dia berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai apatah lagi mereka bertiga saling membantu sepanjang berada di asrama.
"Kami belajar melalui kesalahan dan akan memberi lebih tumpuan kepada mata pelajaran yang sukar untuk difahami" kata yang turut bercita-cita menjadi seorang doktor.

SUMBER:UTUSAN MALAYSIA