KUALA LUMPUR - Harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.60 seliter, berkuat kuasa esok.
Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad
Husni Hanadzlah berkata keputusan menurunkan harga tersebut berikutan
purata harga minyak di pasaran bagi Jun 2012 telah menurun.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 bagi Julai 2012 bermula esok.
Harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara
apungan terkawal di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga
pasaran, katanya.
Kerajaan sebelum ini menurunkan harga jualan runcit petrol RON97
sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.80 pada 6 Jun lepas. - Bernama
SUMBER:SINAR HARIAN